HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Sunday 24 November 2013

htmcc/mencari litar



Seperti dicameron highland

Bermain motor sudah menjadi kebiasaan kapada member htmcc,pada saban minggu ada sahaja kegiatan yang dirancang sama ada pada kumpulan yang ramai atau pun sikit.Pada kali ini pada 23-11-2013 sekali lagi htmcc  bergerak memenuhi acara mereka.Pada kali ini jalan yang diambil merupakan  laluan bercuram dipinggir gunung daun lat sebuah gunung yang tinggi nya 1187meter dari paras laut,Puncak yg paling tinggi ialah gunung gajah trom yang tingginya 1207 meter dari paras laut...Puncak yang hendak dicapai oleh htmcc mungkin dalam lingkungan melebihi 2 ribu kaki ,Laluan ini tak  ramai member2 htmcc yang mencapai nya dan kali ini lebih kurang jam 2.30 petang seramai 11orang rider telah cuba untuk mencapainya..Ada tiga tujuan perjalanan pada kali ini yang pertama kami memang pergi untuk mencapai laluan baru,yang kedua kerana ingin meninjau pagar gajah dan yang ketiga untuk mencari litar...
Jauh dipandangan adalah kampung2 disekitar

Bertolak pada pukul 2.30 petang dgn permulaan yang agak baik,semua jentera kelihatan tak memberi masalah sehingga lah pada jalan curam yang pertama sebuah motor memberi masalah,enjin meragam,tak nak run..setelah didesak sampai juga ke jalan curam yang kedua tetapi enjin semakin meragam dan buat hal,setelah disepakati kami semua menurun balik dan mengambil laluan yang agak selesa..Hasrat untuk mencapai ketinggian 2ooo kaki tak tercapai.Walau pun kami mengambil laluan yang kurang mencabar tetapi tak lah sampai berlenggang kangkung kerumah mak limah,ianya laluan yang memenatkan cuma kecuramannya agak rendah dan yang paling penting laluan ini telah dicadangkan oleh penasihat htmcc sebagai litar motocross.Beliau benar2 ingin merealisasikan satu acara yang julung2 kali diadakan dikawasan ini.Pada pandangan nya acara yang sepatutnya diadakan ialah acara endurance sahaja dan dicadangkan dalam tiga acara iaitu dalam  acara motocross endurance,cubcross endurance dan CKD endurance,itu pun kalau mendapat sokongan oleh pihak2 yang tertentu kerana kalau diadakan acara ini ianya merupakan satu acara yang memang julung2 kali diadakan dikawasan yang berbukit yang menpunyai cerun2 yang dalam...Boleh dikatakan laluan yang dicadangkan sangat mencabar kapada rider2 yang tak biasa dengan laluan yang macam ini,Walau macam mana pun laluan yang dicadangkan ini tak memberi masalah kapada rider2 htmcc,huhuhu..Panjang laluan ini  mungkin 8 km,Panjang yang sebenarnya tak pernah diukur...
Pagar gajah yang dirosakkan oleh laluan pembalak

Walaupun laluan ini dikata kurang mencabar tetapi ketinggian nya boleh dikatakan hampir 1ooo kaki dari paras laut berdasarkan kapada cakap2 dari pembalak dan renjer hutan..Masa yang diambil untuk melepasi laluan ini mungkin 1 jam dan mungkin juga selama 6 jam bergantung kapada keadaan cuaca,kalau cuaca panas mungkin tidak mengambil masa yang panjang,tetapi acara yang dicadangkan akan diadakan pada musim hujan,tentu laluan menjadi sangat mencabar dan sukar.Walau macam mana pun acara yang dicadangkan dan akan diadakan berdasarkan kapada respon dari banyak pihak.kalau tiada respon langsung mungkin acara ini tak dapat diadakan kerana laluan nya,bukan calang2 rider yang dapat melepasi nya kalau laluan benar2 mencabar...
disini lah tingginya hampir 1ooo kaki dari paras laut

Sebenarnya laluan yang diambil setelah gagal untuk kepuncak yang lebih tinggi merupakan kawasan pagar gajah,Dimasa2 yg tertentu laluan ini boleh juga dikatakan sbagai membahaya kerana tempat ini sering menjadi laluan gajah,pagar yang dibina merupakan sebagai penghalang kapada gajah2 liar berkeliaran kekampung2 yang berdekatan..Apakah kepentingan pagar gajah kapada htmcc?Jawab nya tak ada kepentingan apa pun,cuma ada dari rider2 yang datang mengangap pagar gajah macam great wall diChina.Pada pandangan mereka untuk memagar gajah mesti mengunakan bahan yang kukuh seperti batu atau pun besi yang tebal,hahaha....Yang paling nyata pagar gajah hanya lah pagar letrik seperti memagar kebun sawit,huhhu
Diwaktu pagi atau petang sentiasa berkabus.
.
Setelah bersantaian selama 4 jam kami sampai rumah pada pukul 6.30 petang dengan semangat nak baiki motor yang rosak dan ingin menawan laluan lebih 2000 kaki dari paras laut yang telah tergendala,sekian...
Laluan keGunung daun lat
 
Catitan:Harap bagi respon kapada yang membaca blog ini yang berkaitan dengan litar endurance yang dicadangkan
Kadang2 motor terpaksa ditolak.Dalam gambar mungkin kelihatan sesuatu yang mudah tp bila dalam keadaan sebenar memang memenatkan..
 
Laluan menjadi licin bila dibasahi hujan
 
Berehat sebentar..
 
summit untuk litar yang dicadangkan
 
Video menunjukan perjalanan laluan litar yang dicadangkan,Melalui kawasan berbukit,curam,bercerun kiri kanan dan 2 anak sungai..