HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Saturday 22 February 2014

htmcc/litar lubuk periuk


Atas daya usaha Mohd Zamani rezali dan krew2nya litar lubuk periuk telah mengadakan satu lagi event pada 22hb februari 2014..Pada event kali ini event yang diadakan sebagai fun race,event untuk suka2 bersama fren rider2 yang dekat,..Litar lubuk periuk telah menampakan kesepakatan antara yg muda dan tua,Yang tua mungkin kurang berminat dgn upacara yg seperti ini dan yg muda sentiasa ingin kan cabaran menjadikan satu pertembungan budaya dikawasan yg agak terkeluar dari kelendar motocross,Tetapi atas daya usaha dan kehendak serta kesepakatan, maka event yg dianjurkan mendapat kejayaan setaraf dgn tempat race dianjurkan...Stop merapu,huhuhu.....
Pada race kali ini htmcc hanya menghantar seorang dari ridernya iaitu Kamarul Munir kerana rider2 yang lain tak dapat menyiapkan jentera mereka akibat kerosakan pada event di gong badak pada 21hbfeb,sehari sebelum acara di litar lubuk periuk
Hanya tiga acara yang dipertandingkan:
1) Endurance Open..
2) Cubcross terbuka..
3) Cubcross tertutup

Kamarul Munir telah menyertai dua acara iaitu:
1) Endurance Open..
2) Cubcross Open
Dalam kedua2 acara yang disertai nya,Kamarul Munir telah mendapat tempat pertama..
Gambar n video ada kat bawah,tgk lah weh..hahahaha...









Friday 21 February 2014

htmcc/litar gong badak

Litar gong badak sentiasa menjanjikan kemenangan kapada rider2 HTMCC,Pada edisi bulan februari htmcc telah diwakili oleh..
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Khairul Haki

Dua acara yang dipertandingkan..
1)Motocross open..
2)Cubcross Open..

Rider2 Htmcc hanya menyertai dalam katagori Cubcross
Hanya Kamarul Harith yang berjaya mendapat tempat pada edisi bulan februari iaitu mendapat tempat pertama..Kamarul Munir dan Khairul Haki telah gagal kerana kegagalan jentera..

Kesuraman dilitar Gong Badak sangat jelas dengan hanya 13 rider sahaja yang menyertai acara dalam katagori cubcross,Dalam katagori motocross hanya 7 rider sahaja yang menyertainya,Sekian

 Kamarul Harith

 Khairul haki

Kamarul Munir

 Rantai putus...Kegagalan Khairul Haki

 Tayar bocor...Kegagalan kamarul Munir

Juara cubcross 21hb feb 2014 litar gong badak,Kamarul Harith

Mula dalam katagori cubcross moto 2

Sunday 9 February 2014

htmcc/Litar burung mandi


Start dalam katagori cub endurance

Tasik burung mandi pahang terletak dikampung kemahang, daerah lipis,telah menjadi tarikan dalam event motor lasak.Event yang julung2 kali diadakan telah menarik seramai lebih dari 300 peserta dari dalam dan luar negara.Event ini juga merupakan event yang menganjurkan diperingkat endurance yang merupakan pertama dimalaysia..Event ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 8 dan 9 feb 2014.Event ini dirasmikan oleh tengku Amir dan ditutup oleh Tengku Abdullah,Tengku Mahkota Pahang...
Hari pertama
8feb 2014
8.00-9.30                                              Pendaftaran dan pemeriksaan motor
8.00-9.15                                              Latihan bebas
9.00-9.45                                              Taklimat
10.00-10.45                                          Cub endurance moto 1
11.00-12.00                                          Veteran endurance moto 1
12.15-1.00                                             CKD Endurance moto 1
2.00-3.00                                               Novice endurance moto 1
4.15-5.45                                               Open Endurance moto 1
Hari ke-dua..
8.00-9.00                                 cub endurance moto 2
9.00-10.00                                Veteran Endurance 2
10.00-11.00                             CKD endurance 2
11.00-12.00                              Novice endurance.2.
2.00 -3.00                                 Pahang tertutup
3.00-4.00                                   Open Endurance 2
Penyampaian hadiah oleh tengku Abdullah
Htmcc telah menghantar dua ridernya dalam katagori cub endurance dan CKD endurance,
Rider2nya ialah:
1)Ahmad Kamarul Munir Rashid..
2)Ahmad Kamarul Harith Rashid
Hari pertama menyaksikan rider htmcc gagal mendapat tempat yg baik hanya kamarul harith mendapat tempat ketujuh dari 56 rider2 yang menyertai katagori ini,Kamarul Munir telah gagal sepenuhnya dalam  2 katagori yg disertainya kerana kegagalan jentera...
Hari Ke-2 rider2 htmcc sekali lagi telah gagal mendapatkan tempat yg baik kerana masalah yang serupa seperti di hari pertama,Keputusan penuh yang diperolehi oleh rider2 htmcc dlm katagori cub endurance ialah Ahmad Kamarul Harith ditempat ke-6 keseluruhan...
Event ditasik burung mandi boleh dikatakan sangat berjaya dengan keadaan litar yang menepati pada peringkat endurance,Cuma ada beberpa perkara yang agak mengecewakan yang melibatkan peserta dan penonton,Yang pertama penonton bebas menyemberang litar,kedua Jentera yang tak berkenaan dengan perlumbaan bebas bersimpang siur dalam litar semasa perlumbaan dan semasa perlumbaan hendak dimulakan...sekian

 laluan litar burung mandi yg menyebabkan ramai rider yg terkandas dan mengalami kerosakan jentera..

Bersama Tengku Amir

Tempat ke-6

Tengku mahkota Pahang bersama pemenang dalam katagori 0pen Endurance

Video menunjukan kederaan masih ada dilitar sedangkan perlumbaan hendak dimulakan
keputusan cub endurance

Saturday 8 February 2014

htmcc/burung mandi


 Jadual dan aturcara..
7 feb 2014.
3petang - 9 malam                                  Pendaftaran

8feb 2014
8.00-9.30                                              Pendaftaran dan pemeriksaan motor
8.00-9.15                                              Latihan bebas
9.00-9.45                                              Taklimat
10.00-10.45                                          Cub endurance moto 1
11.00-12.00                                          Veteran endurance moto 1
12.15-1.00                                             CKD Endurance moto 1
2.00-3.00                                               Novice endurance moto 1
4.15-5.45                                               Open Endurance moto 1
Litar pusat perkelahan burung mandi benta pahang telah menjadi event yang  julung2 kali  dalam penganjuran
motocross endurance dengan jumlah hadiah yg paling banyak yang menandingi kejohanan yang dianjurkan oleh FIM asia,Dengan hadiah yang begitu lumayan event ni telah berjaya menarik rider2 dari dalam dan luar negara lebih dari 3oo peserta dan tak ketinggalan rider2 dari htmcc..

Htmcc telah menhantar dua orang rider nya iaitu Kamarul Munir dan Kamarul Harith,Katagori yang disertai ialah dalam acara cub endurance dan CKD endurance..Semua katagori diadakan dengan kiraan mata kecuali dalam katagori CKD,Dalam acara CKD telah disertai oleh 113 rider dan terpaksa diadakan dengan cara saringan iaitu dibahagikan kapada 2 kumpulan dan setiap saringan 25 orang akan keperingkat akhir pada 9 feb 2014..Dalam acara ini kamarul munir gagal mendapat tempat 25 terbaik dan tak dapat meneruskan cabaran diperingkat akhir..

start dalam katagori cub endurance Moto 1

Dalam acara cub Endurance kamarul harith telah mendapat tempat ke-7 dan kamarul Munir tak berjaya menghabiskan perlumbaan pada moto 1..Moto 2 akan dijalankan 9 feb,pukul 9.00 pagi...Tenguk gambar2 kat bawah neh,banyak tau,huhuhuhu...(malas ar nok cerita kelemahan penganjuran,mungkin malam esuk)