HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Sunday 7 September 2014

htmcc/bukit rimau

 bukit rimau

Bukit rimau merupakan satu kawasan pembalakan lama,Kawasan ini telah dibuka lebih dari 40 tahun yang lalu,Bukit rimau telah diberi nama oleh pembalak,Bukit rimau diberi nama hanya untuk memudahkan pembalak menanda satu2 kawasan,bagi memudahkan kerja2 pembalakan,Bukit rimau tak ada kena mengena dengan harimau.
 Gunung Kacang

Laluan ditepi tasik kenyir terpaksa diambil untuk kebukit rimau yang jauh nya lebih kurang 25km mengikut likuan jalan.Diperjalanan banyak anak2 sungai yang sangat jernih air nya,Selain itu perjalanan diberikan dengan keindahan tasik kenyir yg jauh mejunam didasar.Dari bukit rimau juga ternampak dengan jelas gunung kacang iaitu gunung yang menjadi sempadan antara kelantan dan terengganu,Pemandangan dibukit rimau sangat menakjubkan dengan suhu 19 darjah celcius
 Tasik Kenyir dipandang dari Bukit Rimau

Sejarah ringkas bukit rimau:
Diceritakan bukit rimau kawasan yang sangat keras,disini telah terjadi beberapa kemalangan maut yang melibatkan pembalak,Dikatakan telah berlaku sekurang2nya 3 kematian dan cedera parah kerana mesin yang digunakan jatuh kedalam cerun bukit yang berkecerunan sehingga 70-80 darjah dan dikatakan juga ada mayat yang tidak dijumpai sehingga sekarang,Ada yang kata kerana kawasan keras atau hutan yg sangat tebal serta cerun yang dalam menyebabkan mayat2 tak dijumpai,...

Dari penelitian penulis memang kawasan bukit rimau sangat keras dengan batu batan serta pokok2 kayu nya yang sangat keras,Kayu cengal,kayu tengkawang,kayu merbau,kayu kuin,kayu minyak beruk dan segala macam jenis kayu keras2 belaka,malah kayu kubung pun keras,mana ada kayu yang lembik macam agar2,tak ada kan, dan sememang nya kawasan bukit rimau mempunyai benda2 yang keras2,huhuhuhu.....

Bukit rimau ini lah yang menjadi target rider2 HTMCC dalam kembara bermotornya...
 
 Tasik yang dijumpai,Hitam air nya,mungkin kesan dari Ilmu hitam,huhuhu

Pada 6hb september 2014 htmcc sekali lagi memenuhi progran nya dengan kembara bermotor.Pada kali ini seramai 26 pesrta telah mengambil bahagian dengan menunggang 25 buah motor yang biasa digunakan untuk program yang semacam ni.
 Aliran ini telah dijumpai pada ketinggian 2500 kaki,Sangat jernih air nya

Bertolak pada pukul 10.00 pagi dengan 25buah motor dan 26 peserta semua nya,Program HTMCC pada kali telah dilepaskan oleh kpn,ketua pemuda negeri iaitu En Johari bin Abu Bakar setelah doa dibacakan oleh pengerusi HTMCC iaitu En Ramlee Ismail...
Ketua pemuda negeri terengganu (kpn) Johari bin Abu Bakar bersama rider2 HTMCC
Bermula dari kampung bukit gemuroh memasuki kampung kemat dan perjalanan yang sebenar nya bermula dari kem rela wilayah timur kerana dari situ lah kembara bukit rimau bermula setelah  habis jalan yang bertar..memasuki hutan yang penuh dengan kedamaian merupakan salah satu yang di impikan oleh ramai pecinta alam tapi yang paling malang rider2 htmcc tak menghirau kan itu semua,Mereka hanya giat memerah minyak masing2 ke maksimun yang mungkin dan akibat nya terjadi lah kerosakan pada motor..
Kerosakan tak dapat dielakan kerana pengunaan jentera yang ektrem

Sekurang2nya 5 buah motor telah mengalami masalah,rantai putus,body patah dan enjin tak hidup,Akibat nya tak ramai yang boleh mencapai puncak,Seluruh perjalanan telah menjadi huru hara akibat dari kerosakan yang dialami Dengan kecekalan dan kerja sama perjalanan balik dapat diteruskan untuk berehat dan makan disungai kenyir, setelah hampir 4 jam berhempas pulas.

Bersiap sedia untuk pemburuan,pemburuan mengunakan batang kail,huhuhu

Makan pukul 3.00 petang dan bertolak balik pada pukul 4.00 petang,Sampai kerumah pukul 5.00 petang Sekian...
Makan disungai kenyir yang tinggi nya 1000 kaki dari paras laut,