HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Sunday 14 December 2014

htmcc/litar gong badak

Pada 12-12-2014 merupakan race penutup yg diadakan dilitar gong badak untuk tahun 2014.Pada kali ini hanya 7 rider yang mengambil bahagian,Dua dari nya merupakan rider dari team htmcc
Peserta htmcc:
1) kamarul munir
2) kamarul harith

Pemenang.
1) kamarul munir->>>>>>>>> tempat pertma
2) pijo>>>>>>>>>>>>>>>>>>> tempat ke-2
3) kamarul harith>>>>>>>>> tempat ke-3

Race pada kali ini telah diadakan dua pusingan iaitu moto 1 dan moto 2.Pada moto 1 pijo telah mendapat tempat pertama,kamarul munir tempat ke-2,kamarul harith tempat ke-3.Pada moto 2 kamarul munir tempat pertama,kamarul harith tempat ke-2,Pijo tempat ke-3..keputusan penuh ialah,kamarul munir tempat pertama,pijo tempat ke-2 dan kamarul harith tempat ke-3...Sekian...








Tuesday 2 December 2014

htmcc/litar rawang



Rawang selangor,Sebuah bandar yang terletak ditengah2 negeri selangor.Rawang boleh dikatakan bandar yang agak besar,Boleh dikatakan semua kemudahan sebagai sebuah bandar ada di rawang.Yang pertama terpikir tentang rawang ialah maksud rawang,Apa kah rawang? Setelah bertanya2  setengah hari di rawang makna rawang masih tidak diketahui,last sekali dapat tau jugak apa yang dimaksudkan dgn rawang


Asal usul rawang...
Disuatu masa yang lalu,semasa bandar kuala lumpur di buka oleh yap ah loy,ramai penduduk dikampung sekitar selangor telah bertandang ke kuala lumpur untuk mencari kerja melombong bijih timah,ada yang ingin membeli barang dagangan yang dijual oleh pendatang china,ada yang hanya ingin melihat sekitar bandar kuala lumpur yang dah agak maju diketika itu.Dimasa itu agak ramai penduduk yang datang dan telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk pekan kuala lumpur,dari situ timbul lah pertanyaan yang begini,
“orang mana tu,”
“orang mari merewang lah tu,”
Lama kelamaan perkataan rewang telah bertukar kapada rawang dan orang yang datang merewang pula tinggal disekitar rawang yang sekarang,dari situ terbitlah perkataan rawang yang sentiasa diucapkan oleh penduduk pekan kuala lumpur,Yang memberi nama rawang bukan lah orang yang datang merewang tetapi telah diberikan oleh penduduk pekan kuala lumpur.Lama kelamaan telah diketahui oleh oleh yang datang merewang tentang  mereka yang datang dari rawang,kerana peniaga sentiasa bertanya kapada pembeli,
“datang dari rawang ker,”
Dan dari situ penduduk yang datang kekuala lumpur memberi nama tempat mereka sebagai RAWANG,dari situ lah rawang mendapat nama...huhuhuhu(orang rawang pun dok tau cerita neh)



Pada 29 dan 30 hb november yang baru telah diadakan race motor mx dibandar  rawang, berhampiran dengan sekolah tun Perak. Event telah diadakan selama dua hari melibat kan acara2 seperti berikut:
1     Cubcross
2     CKD endurance
3     Junior MX
4     Open endurance
5    Vateren Endurance




Team htmcc telah mengambil bahagian di dua acara iaitu
1)      Cubcross
2)      CKD Endurance



Seperti biasa Team Htmcc telah menghantar dua rider popularnya iaitu Kamarul Munir dan kamarul Harith.Kedua2 rider Htmcc telah mengambil bahagian dalam acara cubcross dan CKD endurance.

Keputusan untuk rider htmcc ialah:
1) Cubcross
a)kamarul munir>>> tempat ke-2
b)kamarul harith>>>tempat ke-7

2)    CKD endurance.
a)kamarul munir >>> tempat ke-2
b)kamarul harith>>> gagal



Kesimpulan..
Event dilitar rawang sangat mengecewakan kapada acara itu sendiri,banyak perlangaran yang telah dibuat oleh pihak penganjur,Penganjur terlalu longgar dalam pelaksanaan program dan syarat2 bertanding,Penganjur seperti menelan kahak yang diludahnya sendiri.Penganjur seperti dikuasai oleh pihak tertentu.Penganjur sangat lemah dlm banyak hal terutama dalam perkiraan markah,Penganjur seolah2 telah dibuli oleh pihak yang tamak.Dilitar pula penganjur seperti tiada upaya dalam pengedalian litar dengan menyediakan penjaga litar dikalangan budak2 sahaja yang tak ada upaya untuk membuat keputusan.

Di starting gate plk (xde pun gate) penganjur seperti hilang upaya untuk berfikir cara pelepasan,pelepasan rider langsung tak menesabah kerana tiada keadilan kapada sebahagian dari rider kerana rider diatur memanjang litar bukan melintang litar,jadi rider yang jauh akan kehilangan masa.

Kapada team htmcc sendiri telah mengalami situasi yang sangat mengecewakan,Penganjur telah meminta untuk menyediakan RM 500 ketika membuat bantahan,yang sebelum nya penganjur meletakan harga bantahan sebanyak RM 300..Tak pernah terjadi dalam sejarah penyertaan team Htmcc dalam mana2 event yang disertainya telah berlaku kekecuhan yang teruk seperti di litar rawang,Imej kapada sukan motocross rosak teruk seolah2 rider2 yang menyertai sukan ini datang dari golongan samseng.


Walau macam mana sekali pun rider2 Htmcc telah mendapat tempat yang baik dengan kamarul munir ditempat kedua dalam acara CKD endurance dan Cubcross.Kamarul harith ditempat ke-7 dalam acara Cubcross dan gagal dalam acara CKD kerana kegagalan jentera,Sekian..