HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Saturday 25 April 2015

litar jerangau sungai



Litar jerangau sungai memang tak payah diperkenalkan lagi kerana dah beberapa kali rider2 htmcc mencuba nasib dilitar ini.Litar ini terletak di kampung jerangau sungai iaitu sebuah kampung yang sangat terkenal sedikit masa yang lalu.Kampung ini merupakan tempat singgah bot2 yang membawa penumpang  dari kuala dungun kekampung2 disekitar sungai dungun sehingga kekampung yang paling hulu iaitu kampung pasir raja.Dimasa itu jalan hubungan yang utama ialah melalui sungai kerana jalan raya belum lagi dibina.Product utama dimasa itu dikampung jerangau sungai ialah kayu gergaji nya sangat murah.Kayu gergajinya dikeluarkan oleh sawmill yang beroperasi dimasa itu.Sekarang sawmill nya dah tinggal sejarah untuk dikenang oleh penduduk setempat.Dimasa2 itu Jerangau sungai seperti sebuah pekan kecil yang sibuk,seolah2 jerangau sungai menjadi pelabuhan etreport.Mengambil dan membekalkan bekalan kapada tempat2 yang lain,Jerangau sungai tak boleh dipandang rendah dimasa itu,Jerangau sungai seolah2 pusat dagang utama didaerah dungun.(puji lebih neh,macam ada apa2 jer)kikiki...




Admin pernah mencuba perkhidmatan bot ini untuk ke kampung kuala jengal,pengalaman menaiki bot tambang menyusuri sungai dungun dan menghayati pengalaman indahnya merupakan sesuatu yang tak dapat dilupakan.Suatu pengalaman yang tak mungkin dapat diulangi oleh sesiapa pun dimasa sekarang.Dimasa itu,dirasakan waktu terlalu lambat berputar,seolah2 minit menjadi jam dan saat menjadi minit.Pengalaman dimana makan nasi dipasir sungai kerana tempat yang dituju masih sangat jauh.Dimasa itu untuk kekampung kuala jengal merupakan tempat yang sangat jauh,untuk pergi kekampung itu terpaksa membawa bekal yang banyak seolah2 hendak menjadi pemautautin tetap.Dimasa sekarang sekarang untuk kekuala jengal merupakan sesuatu yang biasa.Stop... malas nak cerita pengalaman silam banyak2,kang ada yang kata nak tulis cerpen plk.....huhuhu



Kampung jerangau sungai terletak lebih kurang 50km dari kuala berang terengganu dan 70km dari bandar raya kuala terengganu (agak2 jer,tak pernah ukur).Kampung jerangau sungai  telah mengadakan event motorcross pada 24-4-2015 yang baru lalu,Event ini merupakan agenda penganjurnya nya yang sangat berminat dengan race motor lasak.Beberapa acara telah menjadi pilihan penganjurnya iaitu:
1)Motocross open..
2Cubcross open
3)Junior..
4)Motocross endurance
5)Cubcross Endurance
6)CKD Endurance..



Rider2 Htmcc yang mengambil bahagian ialah:
1)Mohd Khairul Haki..
2) Mat Yie..
3)Kamarul firdaus..
4)Kamarul Harith..
5) Kamarul Munir



Acara yang disertai oleh rider2 htmcc:
1)Cubcross 0pen
a)Kamarul Munir..
b)kamarul firdaus
c) khairul Haki
d) Kamarul Harith
e) Mat yie..



2)CKD Endurance
a) Kamarul Harith
b) Kamarul Munir


3) Cubcross Endurance
a) Kamarul Munir..




Pemenang untuk Rider2 Htmcc:
1)Cubcross 0pen
a) Kamarul Munir>>>>>>>> Tempat pertama
b) Kamarul Harith >>>>>>>.Tempat Ke-2
c) Kamarul Firdaus>>>>>>>Tempat ke-4
d) Khairul haki >>>>>>>>>> Tempat ke-6



2) CKD Endurance:
a) Kamarul Munir >>>>>>>>>Tempat pertama
b) Kamarul Harith>>>>>>>>>Tempat ke-2

3) Cubcross Endurance.
a) Kamarul Munir >>>>>>>>>>  Tempat pertama


Acara bermula seawal pukul 10 pagi dengan sedikit taklimat dan bacaan doa(jangan dipandang rendah bacaan doa,kerana sesiapa yang berdoa dan mengaminkan nya beroleh pahala yang sangat besar,asalkan segala urusan tak melanggar perintah ALLAH) oleh pihak penganjur.Seramai hampir 100 orang rider telah mengambil bahagian dalam keenam2 acara yang dipertandingkan.Acara dimulakan dengan cubcross open,Cubcross open telah mengadakan saringan kerana peserta nya lebih kurang 50 orang,Terbahagi kapada tiga saringan dan 20 peserta telah keakhir pada petang nya,Acara motocross telah dipertandingkan dengan kiraan moto 1 dan moto 2,Semua acara endurance hanya sekali dipertandingkan.Event selesai pada pukul 6 petang diikuti dengan pembahagian hadiah.



Boleh dikatakan event pada 24-4-2015 yang diadakan dilitar jerangau sungai telah berjaya dengan tiada kecuiaan yang berlaku hanya ada dua kemalangan yang melibatkan peserta cedera dan dibawa kehospital oleh jabatan pertahanan awam.Satu kemalangan melibatkan rider htmcc,rider tak cedera tetapi motor telah mengalami kerosakan akibat terbakar,mungkin kerana terlalu panas atau motor ingin mencuba sistem pemganjuran dalam bahagian pemadaman api,kikiki..

Tabik kepada pihak penganjur,Kesilapan dimasa2 yang lalu mungkin menjadi pengalaman berguna kapada penganjur dan kapada sesiapa yang ingin menjadi penganjur dalam bidang penganjuran motocross..Sekian