HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Wednesday 23 September 2015

Litar Air Hitam..#mms



Litar Air Hitam Jempol negeri Sembilan terletak 5 km dari Bandar Jempol.Litar Air Hitam ini lah telah menjadi tempat acara yang ke-4 dalam Malaysia motocross series (MMS).Htmcc telah bertandang ke siri kejohanan MMS untuk ke-3 kali iaitu Litar putrajaya,litar batu pahat,perlis dan litar jempol sendiri.Htmcc telah menghantar dua ridernya iaitu Kamarul Munir dan Kamarul Harith,

Acara yang disertai oleh rider Htmcc Ialah..
1)      Cubcross open
2)      CKD Open


    Cubcross Open
1)Kamarul Munir
2)Kamarul Harith

CKD Open
1)Kamarul Munir

Monday 14 September 2015

htmcc dipekan budaya



Pekan budaya kuala berang bermula pada 3-9-2015 hingga 9-9-2015.Pengisian Pekan budaya ialah pamiran oleh jabatan2 kerajaan serta jualan oleh peniaga2 yang datang dari pelbagai tempat dari negeri terengganu,Jabatan yang popular dipekan budaya seperti Jabatan kerja Raya,pejabat daerah kuala berang,Egensi kerajaan seperti ketengah,jabatan bomba dan penyelamat,dan pelbagai jabatan lain seperti polis dan disertai oleh lebih tiga puluh jabatan kerajaan yang lain...

Htmcc tidak ketinggalan dijemput untuk memeriahkan lagi pekan budaya edisi 2015,Seperti biasa Htmcc mempamirkan barangan nya yakni jentera2 yang digunakan semasa event motocross yang disertai oleh rider2 htmcc yang diadakan diseluruh negara,tiga buah moto cub,tiga buah klx,dua buah MX 250 serta beberapa motor klasik,Barangan lain yang dipamirkan berupa peralatan keselamatan yang digunakan oleh rider2 semasa perlumbaan,termasuk baju,topi keledar,kasut dan peralatan lain yang gagal dikenal pasti oleh admin,kikikiki

Boleh dikatakan sambutan di “booth” htmcc sangat mengalakan dengan pengunjung tak henti2 melawat gerai htmcc seawal dibuka hingga larut malam.Diacara pembukaan gerai htmcc telah dikunjungi oleh Datuk SUK  negeri terengganu dan rombongan dengan menunjukan minat yang mendalam dalam aktiviti sukan lasak yang diceburi oleh team htmcc,boleh dikatakan gerai htmcc mendapat minat yang mendalam oleh pengunjung2 dengan melihat serta bertanya pelbagai soalan kapada urus setia...

Untuk memeriahkan lagi  gerai Htmcc dimasa yang akan datang,dicadangkan supaya pengurusan htmcc dapat mengadakan cabutan bertuah pada setiap malam dengan hadiah berupa T shirt htmcc atau barangan lain yang difikirkan sesuai seperti payung htmcc,keychain htmcc dan sebagai nya...... Sekian...

Saturday 5 September 2015

Litar teluk mak nik


Pantai teluk mak nik,Kemaman sekali lagi menjadi gelangang untuk acara motocross/cubcross yang dianjurkan oleh dacs Malaysia.Terdahulu daripada itu event ini sepatutnya diadakan dipasir minal kemaman tetapi untuk keselesaan rider2 yang bertanding, litar teluk mak nik telah dipilih menjadi gelangang untuk acara cubcross dan CKD dan tidak melibatkan acara MX...
CKD Open

Pantai teluk mak nik sebuah pantai yang sedang dinaik taraf oleh pihak berkuasa dengan mengindahkan kawasan pantai nya dengan penanaman pokok ru,iaitu penambahan kapada pokok ru yang sedia ada.Pantai teluk Mak Nik juga disebut2 sebagai monica bay oleh sesetengah orang,Admin sendiri boleh meneka macam mana nama monica boleh muncul,Mungkin ada awek mat saleh yang bernama monica sering mengunjungi pantai ini sejak berabad2 yang lalu,langsung nama nya dipilih dan pantai ini diberi nama sempena namanya yang cun itu.Admin boleh menyelesaikan masalah ini tak sampai 10 minit dengan pergi bertanya kapada cleaner2 yang menyapu dipantai dan kawasan sekitar nya,Admin sudah biasa dengan mok cik2 cleaner kat pantai teluk mak nik,Admin dah biasa bercakap2 dengan mereka dan untuk mengetahui asal usul pantai teluk mak nik dan nama monica bay, tak jadi masalah yang besar,Kalau payah2 sangat Admin boleh bertanya kat pak cik yang sedang mencari barang dalam tong sampah kat pantai tu.Admin ada cerita sedih dengan pak cik tua,pak cik yang mengeledah tong2 sampah sebagai mata pencarian nya.Tapi admin malas nak cerita takut ada pembaca yg akan menangis berminggu2 lama nya,Misteri sungguh.....tak percaya??? Ada aku kisah....
CubCross Open

Walau macam mana pun admin nak cerita jgk sikit sebagai intro kapada cerita tentang pak cik  tua ini..Disuatu maghrib yang hening aku telah berkunjung kepantai ini seorang diri dalam siri penjelajahan mencari hantu2 yang sering diperkatakan orang.Ketika aku tiba dipantai ini,hari telah pun gelap (sembahyang maghrib tak perlu kerana boleh jamak)tiba2 aku melihat sesosok tubuh yang berdiri kat tepi tong sampah,Sosok itu telah berpaling kapada aku dan terserlah lah rupanya yang hodoh,rasa nak lari tetapi aku tahan kan jugak rasa takut itu, kerana keinginan kapada takut telah menjadi idaman aku,dan...... malas dah nak cerita....huhuhu..


Nama asal pantai teluk mak nik memang nama teluk mak nik dan nama monica bay hanya lah pelat mat saleh untuk menyebut mak nik,jadi terkeluar perkataan mak nik sebagai mo nic dan A itu hanya lah untuk melengkapkan lagi nama perempuan mat saleh iaitu monica,jadi terkinja2 lah orang kita bangga dengan nama monica bay..hohhhh tu sebenarnya asal usul nama monica bay...kan payah pun kalau nak reka,dan maksud bay ialah teluk..huhuhu

Point sekarang ialah kapada acara yang telah diadakan dilitar teluk mak nik pada 5-9-2015,Acara hanya melibatkan katagori Cubcross dan CKD sahaja dan telah diberi beberapa katagori untuk memenuhkan jadual..

Acara/katagori
1) CKD Open
2)Cubcross Open 4T
3) Cubcross Open 2T
4) Cubcross Junior

Rider2 HTMCC yang mengambil bahagian.
1)Kamarul Harith
2) Kamarul Munir

Acara yang disertai oleh rider2 HTMCC...
1) CKD Open
2) Cubcross Open 4T

Pemenang untuk rider2 htmcc..
1        CKD Open
Kamarul Munir >>>>>> Tempat Pertama
Kamarul Harith >>>>>> Tempat Ke-2

      Cubcross Open 4T
Kamarul Munir >>>>>>> tempat pertama
Kamarul Harith >>>>>>> Tempat ke-2

Dalam katagori Cubcross Open seramai 24 orang rider telah mengambil bahagian dan dalam katagori CKD Open seramai 14 rider telah menyertai  event yang diadakan selama sehari dengan beberapa acara sampingan untuk memeriahkan lagi acara yg julung2 kali dianjurkan oleh DACS  MALAYSIA...Pada keseluruhan nya acara ini telah berjaya menarik ramai rider2 dari sekitar negeri terengganu,Sekian...