HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Monday 31 October 2016

Litar bukit malam

Pada 29-10-2016 litar bukit malam tanjung aur marang terengganu telah menganjurkan satu acara motorcross yang melibatkan tiga katagori.

1   1) CKD Open..
2   2)  Cubcross open
3   3)  Junior


Event pada kali ini telah disertai oleh beberapa rider2 yang datangnya dari sekitar negeri terengganu.Lebih dari 50 rider telah menyertai event yang diadakan dalam tiga katagori yang dipertandingkan,Rider dari team htmcc tak ketinggalan mengambil bahagian dalam dua acara iaitu.

Cubcross open:
      1)  Kamarul harith
3    2)   Khairul haki

CKD Open
1   1)      Kamarul harith

   Kemenangan untuk team Htmcc..
  1) Cubross open..
    Kamarul Harith >>>>>>>> tempat ke-5
   Khairul Haki >>>>>>>>>>tempat yg -Dok tau,sehinggakan yang gi tenguk pun dok tau nombor berapa,rider sendiri pun dia dok tau dia dikedudukan yg keberapa,Hampeh sungguh,Aduiiiiii   

  2) CKD Open..
   Kamarul Harith >>>>>>>>> tempat yg pertama

Pada dasarnya penganjuran litar bukit malam boleh dikatakan sebagai berjaya berdasarkan kapada penganjuran kecik,Kecacatan yang terjadi boleh dibaiki untuk masa2 yang akan datang.ada beberapa kelemahan yang dikenalpasti tapi tidak melibatkan kapada rider2 team htmcc..


Menjadi penganjur mesti bersikap adil dan memuaskan hati semua peserta2 yang terlibat,gagal dalam penganjuran akan menjadi buah mulut disekitar rider2 yang bertanding,cakap2 luar tak boleh dielakan dan cakap2 luar ini lah akan memberi kesan kapada jangka masa panjang untuk satu2 penganjuran,walau macam mana pun diucapkan syabas kapada penganjur litar bukit malam marang terengganu.....Sekian..



jengka enduro challenge 2016

Jengka ialah sebuah gugusan Felda yang terbesar dimalaysia yang terletak di negeri pahang darul makmur.Jengka juga dikenali sebagai tiga segi jengka kerana terletak di tiga daerah iaitu maran,termeloh dan jerantut.Ditengah2 felda ini muncullah sebuah bandar baru yang dulu nya dinamakan sebagai bandar baru jengka,dan sekarang dinamakan sebagai bandar tun razak,Bandar jengka dinamakan sebagai bandar tun razak kerana mengambil sempana nama perdana menteri malaysia yang kedua,ditambahkan lagi Allahyarham Tun Razak lah yang menubuhkan Felda,dan sepatut dan selayaknya nama Perdana Menteri Yg ke-2 ini diabadikan disini...

Pada 29-10-2016 dan 30-10-2016 telah diadakan satu event motocross bagi menyambut 50 tahun jengka ditubuhkan.Sempena 50  tahun ditubuhkan bermacam2 acara telah diadakan untuk memeriahkan lagi acara sambutan.Acara motocross salah satu daripadanya.Acara motocross telah diadakan dilitar yang berhampiran dengan stadium Tun Razak,Stadium Tun Razak merupakan stadium rasmi untuk pasukan bolasepak Felda United.

Acara motocross sempena 50 tahun felda ini telah dianjurkan oleh Felda,Kementerian belia dan sukan,majlis belia malaysia,majlis belia felda malaysia,majlis daerah maran dan kementerian pelancungan malaysia...

Team Htmcc telah mengambil bahagian dalam perayaan sambutan 50 tahun felda dengan diwakili oleh:
1) Zulkifli Abdul Mutalib
2) Kamarul Munir..
3) Amru Asyraf Syamsudin..

Banyak acara yang dipertandingkan Cuma beberapa katagori sahaja yang disertai oleh rider team htmcc.
1) Cubcross Endurance.
2) CKD Endurance
3) Open Endurance

Cubcross Endurance.
1) KamarulMunir
2) Amru Syamsudin.

CKD Endurance.
1) Zulkifli Abdul Mutalib
2) Kamarul Munir

Open Endurance
1) Zulkifli AbdulMutalib.

Kemenangan..
1) Cubcross Endurance
Kamarul Munir >>>>>>>>>>>tempat pertama
Amru Syamsudin >>>>>>>>>>tempat ke-8

2) CKD Endurance.
Kamarul Munir >>>>>>>>>>>Tempat ke-2..
Zulkifli Abdul Mutalib>>>>>> tempat ke-3

3) Open Endurance
Zulkifli Abdul Mutalib >>>>>>> tempat pertama

Sekian,...


Sunday 30 October 2016

tasik atas bukit

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh
Penulisan kali ini tidak berkait sangat dengan race motor dilitar tetapi berkaitan dengan pengembaraan angota htmcc didalam hutan.Walau macam mana pun semua penulisan htmcc memang berkait rapat dengan dunia pemotoran.

Pengembaraan pada kali ini tak sepatutnya diangkat kedalam blog kerana aktiviti htmcc telah banyak kali ketempat ini,jadi boleh dikatakan sebagai biasa2 sahaja,Walau pun biasa2,masih ramai ahli group tak sampai ketempat ni,hanya beberapa orang sahaja yg telah mencapainya.Untuk kesini mesti mempunyai kekentalan yg tinggi kerana laluan nya sangat menguji,dengan bukit tingginya,dengan jauhnya dan dengan macam2 dengan lagi.....Selepas ini semua ganti nama mengunakan sebagai  KAMI...

Tempat yang kami pergi pada kali ini telah terjumpa dalam google map,Point itu ternampak sebagai sebuah kolam,dari situ kami bercita2 untuk mencapainya,kami jugak tau untuk kesitu mesti menempah berbagai dugaan kerana tempatnya tak pasti.hutan tebal,lurah2 yang dalam serta mendaki cerun yg tinggi dan mungkin ada bapok sawa dan mungkin ada bapak gajah,hehehe..


Pada 30-10-2016 telah diadakan satu event di jengka pahang,pada event ini ramai yang telah pergi sebagai penyokong kerana beberapa org rider dari team htmcc telah mengambil bahagian.Disamping itu ramai juga penyokong yang tak dapat pergi,mungkin kerana jauh dan mungkin kerana bajet tak ada dan tidak mungkin sama sekali kerana ingin menyambut hari depavali..

Kami yang tak pergi ini lah yang membuat program sendiri untuk ketasik yang dimaksudkan didalam google map.Seawal pukul 9.00 pagi kami bertolak,Seramai hanya enam orang peserta yang mengambil bahagian,Perjalanan diambik selama 3 jam dengan bermotor kerana telah berlaku kerosakan keatas sebuah motor jadi perjalanan yang sepatutnya sejam setangah menjadi tiga jam..


Sesampai ketempat yang dituju kami terus mendaki dengan panduan google map di tablet yang dibawa.Semua jejak ditanda di tablet supaya tak sesat,Dengan mendaki cerun yang tinggi menyebabkan tempat tak dapat dikesan dengan baik oleh benda alah tu,kami telah semakin jauh dari sasaran,kami mencuba lagi ketempat yang lebih tinggi dan ternyata tasik yang kami nak tuju dah pun semakin jauh,kami mengambil keputusan untuk turun semula ketempat asal dimasa itu waktu pun dah menunjukan pukul 1.30 tengah hari,bermakna kami dah mendaki dan menurun balik dah hampir sejam setengah,bermakna sejam setengah masa dah terbuang sia2,Oleh kerana tengah hari dan dah pun lapar kami mengambil keputusan untuk makan sebelum mencari laluan lain,

Sesudah solat zohor,pukul 2.30 petang kami mula mencari laluan baru berpandukan google map,tablet dibuka pada keseluruhan nya kerana bimbang tersesat balik,kami mengambil satu titik yang paling dekat dengan tasik,skrin(m!) menunjukan tempat yang paling dekat ialah 500 meter,500 meter dalam skrin tidak menunjukan ketepatan,mungkin lebih jauh dari itu,Kami mendaki hampir pukul tiga petang,permulaan pendakian ini merupakan tempat cerun yang berkecerunan  60-70 darjah,(senang cerita,kasut mu kat muka aku).Untuk mengelakan dari tersasar jauh dari laluan, tablet dibuka sepenuhnya kerana setiap langkah penanda ditablet akan menunjukan kearah dekat atau kearah yang lebih jauh,Dengan kecerunan yang macam itu pendakian menjadi sangat payah,sebelah tangan nak pegang tab,sebelah lagi nak pegang anak2 kayu takut tergolek kebawah (hok bawa tablet je payah,hok lain tentu beruh berah2 je, ) Lima belas minit mendaki,hujan turun dengan lebat sehinggakan laluan dah tak nampak,tab terpaksa dibungkus dengan plastik (jabir plastik boh).Kami terus mendaki dengan berpandukan kapada naluri sahaja,Hampir sejam mendaki,puncak belum lagi nampak,belum nampak bermakna tasik mungkin jauh lagi (mana ada tasik terjadi dicerun,kalau terjadi dicerun,tasik tu hanya kubang babi,kalau kubang babi mana ada ternampak dalam google map).


Pukul 4 petang lebih sikit, hujan pun dah reda,kami pun dah sampai ketempat yang landai,Tablet dibuka dibawah daun lat dan penanda di skrin telah menunjukan kami dah sampai ditasik,Semua anggota dah jadi macam orang gila,terselak kat situ dan selak kat sini mencari tasik,kerana penanda dah menunjukan kami semua dah ada didalam tasik,tercari2 tasik kami terjumpa dibawah semak samun,kami cari lagi ditempat yang boleh snap gambar dan hasilnya seperti gambar kat bawah ni..



Hanya lebih kurang 15 minit sahaja kami disitu,kami mengambil keputusan untuk turun balik kebawah sebab hari dah gelap dan agak berkabus,Walau 15 minit kami sempat snap gambar beberapa keping gambar untuk buat bukti bahawa kami memang sampai kat situ.Nak memancing memang tak patut kerana hari pun dah lewat.

Hanya  setengah jam lebih sikit kami menurun,kami sampai kebawah pada pukul 5.00 petang.Sampai sahaja kebawah, kami start motor dan menunggang balik dengan kelajuan yang sangat tinggi,hanya masa menurun ditempat yang bahaya sahaja kelajuan dikurang,takut tergolek kedalam tasik kenyir (perlu juga diketahui ditengah perjalanan terpaksa melalui hampir dengan tasik kenyir,Ditempat tersebut kecerunan dalam 80 darjah,maksudnya hampir menegak dan laluan pula hanya 15-20 kaki  sahaja.)


Kami sampai dikampung pada pukul 6.30 petang,mengambil masa sejam setengah..SEKIAN


Catitan:kalau pergi ramai2,mungkin mengambil masa yang lama untuk pergi dan masa yang lama juga untuk balik.Kami berbangga kerana sampai kat tasik ni hanya berpandukan dengan tablet je..

Monday 24 October 2016

kbs motocross challenge 2016

Litar teluk mak nik,kemaman Terengganu merupakan salah satu litar yang menjanjikan hadiah yang paling lumayan kapada rider2 yang bertanding dalam acara motocross,Litar teluk mak nik atau dikenali juga sebagai Monica Bay,salah satu litar yang paling disegani ,Yang paling disegani kerana pengurusan nya yang baik.Disegani kerana hadiah ringgitnya antara litar yang paling mahal..Dengan sebab2 tersebut Litar teluk mak nik menerima rider2 untuk mencuba.
Litar pantai teluk mak nik berwajah baru.

Pada 22-10-2016 dan 23-10-2016 sekali lagi litar ini menganjurkan event nya untuk kali yg tah berapa kali,huhuhu,event yang dinamakan sebagai KBS MOTOCROSS CHALLEGE.Litar teluk mak nik telah mengamit ramai peserta dari seluruh Negara dan dari luar Negara,Litar teluk mak nik juga telah mengadakan acara khusus untuk rider2 dari singapura.Yang dinamakan sebagai MX Singapore..

Rider dari team htmcc tidak ketinggalan mencuba nasib dilitar yang paling mencabar ini kerana penyertaan nya boleh dikatakan terdiri dari star2 dari seluruh Negara,Rider2 yang datang merupakan kan yang terbaik  dari kalangan yang terbaik..

Penganjur event dilitar teluk mak nik telah mengadakan banyak acara,Hanya beberapa acara sahaja telah disertai oleh rider2 dari team htmcc. Acara yang disertai oleh rider2 dari team  htmcc ialah:

1) Cubcross Open
2) CKD Open.
3) MX Novice
4) Kawasaki one make race
5) MX Expert.


Htmcc telah diwakili beberapa orang  ridernya.
1 Khairul haki
2 Amru Shamsudin
3 Zulkifli AbdulMutalib
4 kamarul munir
5 Tagiudin Jamaluddin
6 Kamarul Harith


Acara yang disertai oleh  htmcc
CUBCROSS OPEN
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Amru Shamsudin
4) Khairul Haki

CKD OPEN
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith


MX NOVICE
1) Taqiuddin  Jamaluddin
2) Zulkifli  Abdul  Mutalib


Kawasaki one make race
1) Zulkifli Abdul Mutalib
2) Kamarul Harith
3) Kamarul Munir

Mx Expert
1) Zulkifli Abdul  Mutalib


Pemenang team  Htmcc
1 Cubcross  Open
Kamarul Munir >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat pertama
Kamarul harith >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat ke-3
Amru Shamsudin >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat yang ke-11
Khairul Haki >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat yang ke-dok habis

2) CKD Open.
Kamarul Munir >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat pertama
Kamarul Harith >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat ke-5


3) MX  NOVICE
Zulkifli Abdul Mutalib>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Tempat yang pertama
Taqiuddin Jamaluddin >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat yang ke-6

4) Kawasaki one make race
Zulkifli Abdul Mutalib >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Tempat pertama
Kamarul Harith >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat ke- tak habis
Kamarul Munir>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tak habis.

5) Mx Expert
Zulkifli Abdul Mutalib>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Tempat ke-5

Sekian,bertemu lagi dilitar teluk mak nik pada tahun hadapan dan berjumpa lagi dilitar yang lain pada tahun ini, tahun 2016...

Team htmcc telah menerima kunjungan menteri komunikasi dan multimedia iaitu Dato' Jailani Johari..Sempat bergambar dan beramah tamah dengan crew serta rider htmcc


Litar kerteh


Kerteh merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah kemaman..Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis,Kg Baru, Kg Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg Mat Ikal, Kg Lama, Rasau Kerteh dan KETENGAH JAYA.
Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar laut china selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.
Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di kerteh. Antaranya ialah bandar seri kerteh,lapangan terbang kerteh,kawasan perindustrian petronas,pelabuhan kerteh,loji penapisan minyak terengganu,rantau petronas,sekolah rantau petronas,rantau mall kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu
Dibandar kerteh ini lah telah diadakan satu event kerteh motocross challenge yang telah diadakan pada 7-10-2016 dan 8-10-2016,Event ini diada sempena menyambut hari sukan negara pada tarikh tersebut. Beberapa acara telah dipertandingkan.Acara2 itu ialah:

1) CKD Endurance
2)Cubcross Open
3)CKD Open
4) MX Endurance
5)MX Junior
6)MX Veteren
7)MX Open...

litar kerteh motocross challenge..

Pada event kali ini htmcc telah menghantar dua orang peserta nya iaitu kamarul munir dan kamarul harith.Kamarul munir telah mengambil bahagian dalam tiga katagori iaitu

1)CKD Open
2)CKD Endurance..
3)Cubcross Open

Kamarul harith telah mengambil bahagian dalam katagori.

1)Cubcross open..
2)CKD Open



Kemenangan..

Kamarul Munir:
CKD Endurance>>>>>.>>>>>>>>>>>> tempat ke-2
CKD Open >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> tempat ke-3
Cubcross Open >>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat ke-2

Kamarul Harith
Cubcross Open >>>>>>>>>>>>>>>>> tempat ke-6
CKD Open>>>>>>>>>>>>>>>>>>>xxxxxxxx  gagal

Jumpa lagi dilitar yang lain,SEKIAN

Sunday 2 October 2016

htmcc/litar kemasik


Pada 30-9-2016 htmcc telah menyertai satu event yang diadakan dilitar kemasik, kemaman terengganu.Event ini diadakan sempena program himpit (himpunan pemuda islam) yang dianjurkan oleh parti PAS Terengganu. Hanya beberapa acara sahaja yang dipertandingkan.Pada event kali ini htmcc telah menghantar seorang peserta nya iaitu kamarul munir.Acara yang dipertandingkan iaitu:

1) CKD Endurance
2)Cubcross Open


Kamarul munir telah menyertai kedua2 katagori iaitu CKD Endurance dan Cubcross open dan dikedua2 acara tersebut telah mendapat ditempat yang pertama,Sekian