Litar jerangau sungai memang tak payah diperkenalkan lagi
kerana dah beberapa kali rider2 htmcc mencuba nasib dilitar ini.Litar ini
terletak di kampung jerangau sungai iaitu sebuah kampung yang sangat terkenal
sedikit masa yang lalu.Kampung ini merupakan tempat singgah bot2 yang membawa
penumpang dari kuala dungun kekampung2
disekitar sungai dungun sehingga kekampung yang paling hulu iaitu kampung pasir
raja.Dimasa itu jalan hubungan yang utama ialah melalui sungai kerana jalan
raya belum lagi dibina.Product utama dimasa itu dikampung jerangau sungai ialah
kayu gergaji nya sangat murah.Kayu gergajinya dikeluarkan oleh sawmill yang
beroperasi dimasa itu.Sekarang sawmill nya dah tinggal sejarah untuk dikenang
oleh penduduk setempat.Dimasa2 itu Jerangau sungai seperti sebuah pekan kecil
yang sibuk,seolah2 jerangau sungai menjadi pelabuhan etreport.Mengambil dan
membekalkan bekalan kapada tempat2 yang lain,Jerangau sungai tak boleh
dipandang rendah dimasa itu,Jerangau sungai seolah2 pusat dagang utama didaerah
dungun.(puji lebih neh,macam ada apa2 jer)kikiki...
Admin pernah mencuba perkhidmatan bot ini untuk ke kampung
kuala jengal,pengalaman menaiki bot tambang menyusuri sungai dungun dan
menghayati pengalaman indahnya merupakan sesuatu yang tak dapat dilupakan.Suatu
pengalaman yang tak mungkin dapat diulangi oleh sesiapa pun dimasa
sekarang.Dimasa itu,dirasakan waktu terlalu lambat berputar,seolah2 minit
menjadi jam dan saat menjadi minit.Pengalaman dimana makan nasi dipasir sungai
kerana tempat yang dituju masih sangat jauh.Dimasa itu untuk kekampung kuala
jengal merupakan tempat yang sangat jauh,untuk pergi kekampung itu terpaksa
membawa bekal yang banyak seolah2 hendak menjadi pemautautin tetap.Dimasa
sekarang sekarang untuk kekuala jengal merupakan sesuatu yang biasa.Stop...
malas nak cerita pengalaman silam banyak2,kang ada yang kata nak tulis cerpen
plk.....huhuhu
Kampung jerangau sungai terletak lebih kurang 50km dari
kuala berang terengganu dan 70km dari bandar raya kuala terengganu (agak2
jer,tak pernah ukur).Kampung jerangau sungai
telah mengadakan event motorcross pada 24-4-2015 yang baru lalu,Event
ini merupakan agenda penganjurnya nya yang sangat berminat dengan race motor
lasak.Beberapa acara telah menjadi pilihan penganjurnya iaitu:
1)Motocross open..
2Cubcross open
3)Junior..
4)Motocross endurance
5)Cubcross Endurance
6)CKD Endurance..
Rider2 Htmcc yang mengambil bahagian ialah:
1)Mohd Khairul Haki..
2) Mat Yie..
3)Kamarul firdaus..
4)Kamarul Harith..
5) Kamarul Munir
Acara yang disertai oleh rider2 htmcc:
1)Cubcross 0pen
a)Kamarul Munir..
b)kamarul firdaus
c) khairul Haki
d) Kamarul Harith
e) Mat yie..
2)CKD Endurance
a) Kamarul Harith
b) Kamarul Munir
3) Cubcross Endurance
a) Kamarul Munir..
Pemenang untuk Rider2 Htmcc:
1)Cubcross 0pen
a) Kamarul Munir>>>>>>>> Tempat
pertama
b) Kamarul Harith >>>>>>>.Tempat Ke-2
c) Kamarul Firdaus>>>>>>>Tempat ke-4
d) Khairul haki >>>>>>>>>>
Tempat ke-6
2) CKD Endurance:
a) Kamarul Munir >>>>>>>>>Tempat
pertama
b) Kamarul Harith>>>>>>>>>Tempat
ke-2
3) Cubcross Endurance.
a) Kamarul Munir
>>>>>>>>>>
Tempat pertama
Acara bermula seawal pukul 10 pagi dengan sedikit taklimat
dan bacaan doa(jangan dipandang rendah bacaan doa,kerana sesiapa yang berdoa
dan mengaminkan nya beroleh pahala yang sangat besar,asalkan segala urusan tak
melanggar perintah ALLAH) oleh pihak penganjur.Seramai hampir 100 orang rider
telah mengambil bahagian dalam keenam2 acara yang dipertandingkan.Acara
dimulakan dengan cubcross open,Cubcross open telah mengadakan saringan kerana
peserta nya lebih kurang 50 orang,Terbahagi kapada tiga saringan dan 20 peserta
telah keakhir pada petang nya,Acara motocross telah dipertandingkan dengan
kiraan moto 1 dan moto 2,Semua acara endurance hanya sekali
dipertandingkan.Event selesai pada pukul 6 petang diikuti dengan pembahagian
hadiah.
Boleh dikatakan event pada 24-4-2015 yang diadakan dilitar
jerangau sungai telah berjaya dengan tiada kecuiaan yang berlaku hanya ada dua
kemalangan yang melibatkan peserta cedera dan dibawa kehospital oleh jabatan pertahanan
awam.Satu kemalangan melibatkan rider htmcc,rider tak cedera tetapi motor telah
mengalami kerosakan akibat terbakar,mungkin kerana terlalu panas atau motor
ingin mencuba sistem pemganjuran dalam bahagian pemadaman api,kikiki..
Tabik kepada pihak penganjur,Kesilapan dimasa2 yang lalu
mungkin menjadi pengalaman berguna kapada penganjur dan kapada sesiapa yang
ingin menjadi penganjur dalam bidang penganjuran motocross..Sekian