HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Sunday 31 August 2014

htmcc/hari kebangsaan

Selamat hari kemerdekaan malaysia kali yang ke-57 diucapkan kapada semua  pembaca blog htmcc yang dihurmati dari pengerusi dan ahli jawatan kuasa hulu terengganu motocross & cubcross club (HTMCC)

Pengurusan htmcc telah mengadakan program nya sendiri untuk menyambut hari yang sangat besar ertinya kapada penduduk malaysia,Program yang diadakan bertujuan untuk memberi erti pengurbanan kapada ahli,Kesepakatan didalam satu2 program merupakan kesinabungan dari mereka yang terdahulu untuk memerdekakan negara,tanpa kerjasama dan pengurbanan serta kesepakatan, kemerdekaan negara payah untuk perolehi.


SELAMAT MENYAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57



Monday 25 August 2014

htmcc/motocross challenge 2014


Litar tasik kenyir memang tak payah diperkenalkan lagi kerana litar ini telah memasuki pusingan kelapan dalam penganjuran motorcross.Sejak beberapa lama dahulu dan mungkin untuk selama2nya, litar ini telah menarik ramai rider2 samada dari dalam negara atau pun dari luar negara.Litar yang terletak disungai gawi iaitu pintu masuk utama ketasik kenyir yang sangat dikenali didunia dan mungkin juga sangat dikenali diplanet lain,huhuhu...

Perkara yang sangat menarik tentang nama sungai gawi ialah GAWI.Apa itu gawi??Mungkin ramai yang tak tau apakah yang ada disebalik nama GAWI.GAWI tanpa melihat mana2 kamus telah diberi maksud KETEGUHAN KAPADA YANG MAHA ESA,yang memberi maksud penduduk sungai gawi mempunyai keteguhan keimanan,keteguhan dalam hidup,keteguhan dalam membuat keputusan,keteguhan dalam adat budaya dan keteguhan dalam cara hidup seharian.

Cerita kat atas tu merupakan cerita yang telah pun berlaku disungai gawi sejak lama dahulu,mungkin 100 tahun yang lalu atau mungkin sejak terengganu menerima islam pada tahun 1298 masihi yg lalu.Sungai Gawi yang dahulu bukan lah sungai gawi yang sekarang kerana sungai gawi yang sekarang dipenuhi dengan manusia yang dah tak macam dulu,Manusia yang dah tak mesra manusia,Walau macam mana pun Keteguhan sungai gawi terserlah dengan terbinanya dame side yang dibina untuk menahan limpahan air setelah terbina nya empangan kenyir dikampung Jenagor dan itu lah satu2 nya yang paling teguh kalau nak diertikan dengan perkataan GAWI,


Kalau Litar tasik kenyir menganjurkan race motocross admin biasa nya akan melalut menceritakan kehebatan tasik kenyir yang dibina khusus untuk penjanaan letrik.Admin ada kenangan yang sangat mengimbau ditasik kenyir.Dulu dulu dulu dulu dulu dulu dulu dulu dulu,ditasik kenyir ini lah admin mendengar kekalahan saddam husain yang berperang dengan Amerika Syarikat,Ditasik ini lah juga Admin mendapat berita kematian penyanyi Sudirman Haji Arshad.Ditasik kenyir jugak admin dihambat harimau dihambat gajah dan melihat ikan sebesar kereta mini Mr Bean,Ditasik kenyir ini lah jugak admin di tekel oleh tuan puteri yang jadi penghuni tetap kat situ,ditasik kenyir ini juga admin duduk2 dan berbual dengan hantu(naik seriau bulu tengkuk weh!!!)Ditasik kenyir ini lah juga Admin menyabung nyawa kerana terkandas sebab2 ingin meneruskan hidup.Ho ho ho ho dah sampai kapada bercerita hal peribadi pulok doh,Stop setakat tu.hehehe...
 cubcross moto 2

Pada 23 dan 24 hb ogos 2014 yang baru lalu, litar tasik kenyir telah mengadakan satu lagi kejohanan motocross yang dianjurkan oleh airbone motor dengan kerjasama ketengah,Kejohanan ini merupakan kejohanan kali ke-8 dan telah menarik minat beberapa rider2 dari luar negara dan rider2 dalam negara sendiri.Seramai lebih dari 200 orang rider telah mengambil bahagian didalam kejohanan ini dalam berbagai katagori yang diadakan..
Acara yang dipertandingkan ialah:
1) Motocross expert
2) Motocross novice
3) CKD
4) Cubcross open
5) moto junior
6) Endurance veteran
7) CKD Endurance
8) Endurance Open..
9) MX Veteren
10) Expert International
Rider htmcc yang mengambil bahagian ialah,
1) Ahmad Kamarul Munir
2) Ahmad Kamarul Harith..
3) Khairul Haki..

Acara yang disertai oleh rider Htmcc ialah..
1) CKD..
a) Kamarul Munir
b) Kamarul Harith

2) Cubcross Open
a) Kamarul Munir
b) Kamarul Harith..
c) Khairul Haki
Keputusan untuk rider2 htmcc ialah..
CUBCROSS OPEN
1) Kamarul Munir tempat ke-3
2) Kamarul Harith---- Gagal top ten
3) Khairul Haki --------Gagal top ten
CKD..
1) Kamarul Munir >>>> tempat ke-4
2) Kamarul Harith>>>> tempat ke-6
Keputusan Penuh dalam katagori Cubcross open dan CKD..
CUBCROSS..
1) Muhammad Ruhaimi bin Che Lah
2) Mohamad Khuzaini bin Mahmud
3) Ahmad Kamarul Munir bin Abdul Rashid
4) Muhamad Hafiiz bin Zulkifli
5) Muhamad Haqqi bin zulkifly
6) Ismadi bin Isa
7) Mohamad Zaharul
8) Mohamad Amirul Syafiq..
9) Mohd Zulkifli bin Abdul Mutalib
10)Mohd Aiman bin Ramli
CKD..
1) Mohd Khuzaini bin Mahmud
2) Mohd Ajmal bin Kamarudin
3) Mohd Khairi Zakaria..
4) Ahmad Kamarul Munir bin Abdul Rashid
5) Mohd Zulkifli bin Abdul Mutalib
6) Ahmad Kamarul Harith Bin Abdul Rashid..
7) Mohd Fazil
8) Mohd Ridza Endut..
9) Ku Rodzi bin Ku Ismail..
10) Muhamad Zulfikri Rahim..


Pujian sepatutnya diberikan kapada,Mr Najmi dan Puan Mariah.... Sekian