HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Saturday 26 November 2016

Litar Makam Long jaafar


Bukit gantang merupakan mukim dalam daerah taiping.Mukim gantang terletak dalam daerah pentadbiran daerah larut matang dan selama.Kampung bukit gantang terletak berhampiran lebuh raya utara selatan.Nama gantang diambil dari nama bukit.Gantang ialah satu alat untuk menyukat padi dan beras dimasa yang lalu.Dibukit tersebutlah alat ini ditemui dan digandingkan dengan bukit,langsung tempat ini dinamakan sebagai bukit gantang.Penyukat yang ditemui itu mungkin kepunyaan orang bunian yang berkampung dibukit tersebut.



Selain itu bukit gantang telah menjadi pusat pentadbiran oleh LONG JAAFAR.Long jaafar telah dilantik oleh ayahandanya iaitu Syed Alang Alaiudin sebagai DO atau distrit official.Ayahanda Long jaafar ini lah diberi gelaran sebagai panglima Bukit Gantang..

Coretan diatas merupakan serba sedikit asal usul Bukit Gantang sehingga bukit gantang mendapat nama nya.Dibukit gantang ini lah team HTMCC datang bertandang kerana menyertai  race motocross yang dipertandingkan di litar makam long jaafar.Team htmcc telah bertolak  kebukit gantang pada 25-11-2016,pada pukul 11.00 malam hari khamis.dan sampai dilitar lebih kurang pukul 10.00 pagi 25-11-2016.Team htmcc disertai oleh crew dan penyokongnya seramai 20 orang termasuk ridernya yang seramai tiga orang:

1)Kamarul munir
2)kamarul harith
3)Zulkifli abdul mutalib


Acara yang dipertandingkan dilitar makam Long Jaafar.
ACARA TREK
1)Cubcross open
2)Cubcross Standard
3)CKD Open
4)MX Novice
5)MX Open.

ENDURANCE.
1)CKD
2)Veteren
3)Open.

Acara yang disertai oleh rider htmcc.
1)Cubcross
2)CKD Endurance
3)MX Novice

Rider-rider
Kamarul Munir
1)Cubcross Open tempat yang ke-3
2)CKD Endurance tempat yang ke-5


Zulkifli Abdul Mutalib
1)MX Novice tempat yang ke-2

Kamarul Harith
1)Cubcross Open tempat yang ke-6


Sekian...Jumpa lagi dilitar yang lain

Thursday 24 November 2016

Litar bandar behrang


Bandar behrang terletak di tanjung malim perak,Sekali dengar seakan2 belerang,Asal usul diberi nama behrang hanya penduduk kat situ sahaja yang tahu.Bandar Behrang terletak dipinggir jalan persekutuan dari kuala lumpur ke Ipoh.Behrang membangun kerana adanya ladang getah dan kemudian telah diganti dengan ladang kelapa sawit melalui Felda Ulu behrang..



Tempat yang berhampiran dengan bandar behrang ialah behrang ulu Behrang stesen.Kampung kelawar,tanjung Malim,Ulu bernam dan slim river.Gunung Liang timur terletak disebelah timu laut Behrang..Serba sedikit tentang bandar Behrang (pelik nama ni)
Pada 12-11-2016  team htmcc telah bertandang ke litar bandar behrang untuk menyertai satu event yang diadakan ditempat tersebut,Cuma pada event kali ini penyertaan ramai tidak berlaku kerana pasukan htmcc telah mengalami masalah.Pada event kali ini hanya seorang saja peserta yang mengambil bahagian iaitu Zulkifli Abdul Mutalib.
Acara yang telah disertai oleh nya ialah CKD Open dan Endurance Open,Pada acara CKD Open Zulkifli Abdul Mutalib telah gagal awal kerana mengalami masalah jentera.Pada acara  Endurance Open beliau telah menduduki tempat yang ke-2....Sekian. Jumpa lagi dilitar yang lain,sekurang2nya dilitar yang sama pada 27-11-2016...

Litar batu pahat


Apabila sebut batu pahat, mesti teringatkan negeri johor tetapi batu pahat bukan hanya ada dijohor tetapi batu pahat ada juga ditempat lain.Tempat lain yang dimaksudkan ialah di negeri perlis.Tempat tersebut dinamakan sebagai sungai batu pahat.Sungai batu pahat dikenali sebagai tempat rekreasi iaitu sungai nya sendiri sebagai tempat perkelahan.Tarikan lain sungai batu pahat ialah taman ular dan taman burung.Tarikan baru sungai batu pahat ialah trek motocross.Banyak acara motocross telah dilangsungkan ditrek ini,sama ada diperingkat malaysia atau hanya diperingkat tempatan...
Tempat perkelahan sungai batu pahat perlis,Sungai ini hanya lapan km sahaja panjang nya

Pada 19-11-2016 dan 20-11-2016  telah dilangsungkan satu event motocross yang melibatkan peserta dari seluruh malaysia serta disertai oleh rider2 dari thailand.Team dari HTMCC tidak ketinggalan mengambil bahagian dilitar paling atas disemenanjung tanah melayu dengan disertai oleh beberapa orang ridernya.

booth cokeng dera tganu

Rider dari team HTMCC yang mengambil bahagian.
1)Kamarul Munir
2)Kamarul Harith
3)Ridwan Zamri..

Beberapa acara telah dipertandingkan,Acara2 yang dipertandingkan ialah..
1)MX Expert
2)MX Novice
3)MX 30
4)junior
5)CRD Open
6)Cubcross Open
7)Cubcross Tertutup Perlis
8)CKD Endurance
9)Endurance Open
10)Endurance Veteren
11)Modenas Open 

Acara yang disertai oleh rider team htmcc ialah.
1)Cubcross Open
2)CKD Open.
3)CKD Endurance

Kamarul Munir telah mengambil bahagian dalam ketiga2 acara iaitu
1)Cubcross Open
2)CKD Open
3)CKD Endurance

Kamarul harith telah mengambil satu acara sahaja iaitu,
1)Cubcross Open..

Ridwan Zamri telah mengambil bahagian dalam acara.
1)CKD Open..

KEMENANGAN RIDER TEAM HTMCC.
Kamarul munir.
1)Cubcross Open ditempat yang ke-3
2)CKD Open ditempat yang ke-2
3)CKD Endurance tempat yang ke-3

Kamarul Harith
Cubcross Open tempat yang ke-7

Ridwan Zamri..
CKD Open   di gagal.

Jumpa lagi dilitar yang seterusnya nya iaitu litar dibukit gantang perak pada 26-11-2016 dan 27-11-2016...

Cerita kaki: Misi ke sungai batu pahat telah diketuai oleh chef de mission saudara zairie abu bakar,(hentam saja) Saudara zairie merupakan mekanik bagi team htmcc,seorang yang cukup berwibawa dalam pengurusan.Dengan sebab beliau lah misi ini terlaksana.


Kederaan untuk membawa jentera ke lokasi pertandingan telah mengalami kerosakan dan tak sempat untuk dibaiki,jadi beliau telah membuat satu inisiatif lain dengan membina sebuah lori tunda yang akan ditarik  mengunakan kereta,Sehari suntuk penunda ini dibuat iaitu pada 17-11-2016,Penunda yang dibuat siap pada pada pukul 11.00 malam pada hari yang sama.Team telah telah disertai seramai tujuh orang termasuk rider dan crew.Rombongan bertolak pada pukul 2.00 pagi 18-11-2016 dan sampai dilokasi sejauh 600km selepas 12 jam perjalanan iaitu pada pukul 2.00 petang...



Sebenarnya kejayaan rider team htmcc bergantung kapada pengorbanan ramai dari crew2nya.Sama ada dorongan atau persiapan kemudahan selain dari sokongan moral.. Umpamanya pembinaan lori tunda,bukan perkara mudah kederaan yang macam tu untuk dibina kalau sikit pengorbanan,Wang ringgit dan keringat.Nama2 yang terlibat dengan pembinaan lori tunda ialah KP Af nizan dan anak buah nya,rombongan tujuh orang terdiri tiga rider dan empat orang crew termasuk zairie dan wan fazrullah..malas dah nak citer,sekian...