HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Showing posts with label johor motocross series. Show all posts
Showing posts with label johor motocross series. Show all posts

Monday, 5 December 2016

litar bandar tenggara

Bandar tenggara terletak dinegeri johor.Bandar tenggara adalah  sebuah penempatan yang dibangunkan didalam wilayah pembangunan KEJORA .Terletak ditengah2 antara bandar kulai bandar kota tinggi dan keluang.Mula diujudkan pada tahun 1972.Asalnya merupakan penempatan  untuk pekerja ladang sawit.Pada masa itu (1972) terdapat hanya 100 buah rumah sahaja,Sekarang bandar tenggara merupakan tempat yang pesat membangun dibawah KEJORA.
Bandar tenggara telah berkembang pesat dengan terbinanya banyak penempatan baru serta premis perniagaan dan kemudahan awam.Kawasan penempatan penduduk telah dibahagikan kapada 17 zon kecil dibawah JK Masyarakat bandar tenggara..Salah satu dari kemudahan yang dibina ialah Masjid Al-Husna bandar tenggara...


Pada 3-12-2016 dan 4-12-2016 Dibandar tenggara telah mengadakan satu event motor yang dinamakan sebagai Johor Motocross Series.Acara ini telah diadakan dilitar bandar tenggara yang terletak dipinggir bandarnya.Acara ini telah mendapat sambutan dari rider johor sendiri dan beberapa orang rider dari luar johor.Salah satu club dari luar yang menyertai Johor Motocross Series ialah club dari HTMCC.Banyak acara yang telah dipertandingkan,hanya empat acara sahaja yang disertai oleh team HTMCC.

1)MX Expert
2)MX Novice
3)CKD Open
4)Cubcross Open
Peserta yang mewakili htmcc ialah
1)Zulkifli Abdul Mutalib
2)Kamarul Munir.


Kemenangan rider HTMCC:
1)Zulkifli Abdul Mutalib
MX Expert tempat yang ke-gagal
MX Novice tempat yg ke-4

2)Kamarul Munir
Cubcross Open tempat yang ke-2

CKD Open tempat yang ke-5.

Cerita Kaki:
Team telah bertolak dari terengganu pada pukul 12.00 tengah malam pada hari jumaat dan sampai dilitar pada pagi esuk nya pada 3-12-2016.Pada kali ini hanya rider dan enam orang crew sahaja telah menyertai event di bandar tenggara.Yang diketuai oleh saudara Zerie,seorang makanik yg sgt berwibawa.Seramai lapan orang itu merupakan satu keadaan yang cukup menyedihkan,rebah bangun hanya lapan orang tu je tanpa penyokong.Harap masa depan ramai penyokong yg pergi .Sekian

Masjid Al Husna Masjid jamek bendar tenggara

Wednesday, 23 December 2015

Litar bandar tenggara


Pada 19 dan 20-12-2015 htmcc telah bertandang ke negeri johor,menyertai Johor Motocross series 2015 di litar bandar tenggara.Negeri johor merupakan penyertaan pertama oleh team htmcc sejak ditubuhkan lima tahun yang lalu.Negeri2 lain yang belum htmcc bertanding ialah negeri melaka sahaja,selain sabah dan serawak.Penyertaan pertama dinegeri johor telah membawa malang kapada rider  htmcc,Seorang dari rider nya telah mendapat cedera ketika sesi latihan dilitar bandar tenggara iaitu kamarul harith.Akibat dari kecederaan yang dialami telah mematahkan semangat kapada rider htmcc yang lain.Akibat dari itu rider htmcc telah mendapat tempat yang kurang baik..Bertolak ke johor dari terengganu selewat pukul 6.00 petang 18-12-2015 dan sampai kelitar bandar tenggara pada pukul 5.00 pagi 19-12-2015 menambahkan lagi penurunan stamina.

Htmcc telah diwakili oleh tiga orang rider.
Zulkifli Abdul Mutalib
Kamarul Munir.
Kamarul Harith

Acara yang disertai.
Zulkifli Abdul Mutalib
1)      MX Novice

Kamarul Munir
1)      Cubcross Open
2)      CKD Open

Kamarul Harith
1)      Cubcross Open
2)      MX Novice

Keputusan..
Zulkifli Abdul Mutalib
1)      MX Novice>>>>>>>tempat ke-3

Kamarul Munir
1)      Cubcross Open>>>>>>> tempat yang ke-6
2)      CKD Open >>>>>>>>>>>tempat ke-4

Kamarul Harith
1)      Cubcross Open>>>>>>> gagal
2)      MX Norvice>>>>>>>>>> gagal

Pada keseluruhan nya litar bandar tenggara mempunyai penganjur yang cukup berwibawa dalam penganjuran motocross,mungkin pengalaman yang lama menjadi penganjur telah membuatkan hal ini terjadi.Anjuran seperti ini sepatutnya diterap dinegeri2 yang masih baru dalam penganjuran motocross.sekian jumpa lagi dilitar yang seterus nya.( malaysia motocross series pusingan akhir telah diubah kapada 30 dan 31-01-2016)