Chengal besar menjadi idaman kapada angota team Htmcc yang
belum lagi sampai kepokok chengal yang dikatakan yang terbesar didunia,Telah
ramai ahli group htmcc yang telah mengapai kekawasan ini dan Chengal besar
bukan lah asing kapada ahli group Htmcc baca disini .
http://alamiindah.blogspot.com/2011/06/cengal-besar.html.Chengal besar juga menjadi
idaman kapada pecinta sukan lasak sama ada kapada kederaan 4x4 atau pun yang
bermotor.Laluan ke-Chengal besar sangat sesuai untuk sukan yang macam ini.
Pada 20hb.mac 2015 dan 21hb.mac 2015 sekali lagi htmcc telah
mengatur satu ekpedisi yang digerakan oleh orang kuat AJK Htmcc iaitu saudara
afnizam nizam (nama facebook).Pada ekpedisi kali ini telah disertai oleh 16
orang ahli clubnya.Pada ekpedisi yang lalu (baca disini)
http://htmcc-motocross-cubcross.blogspot.com/2013/12/htmcccengal-besar.html htmcc telah gagal
untuk mengcapai Chengal besar kerana kesuntukan masa dan Cuma telah sampai
dihentian terakhir iaitu hentian sungai loh,dari hentian ini masa telah suntuk
dan ekpedisi telah berpatah balik.Pada kali ini htmcc telah mengatur satu masa
yang baik iaitu selama dua hari dan ekpedisi pada kali ini telah mencapai
matlamatnya.
Untuk ke Chengal besar dengan mengambil laluan dari Felda
Mengkawang boleh dikatakan mempunyai 4 bahagian,iaitu;
1)Felda Mengkawang ke-sungai Kelemin.>>>>> 10
km
2)Sungai Kelemin ke Jambatan Besi Sungai Loh.>>>
8km
3)Jambatan Besi Sungai Loh ke-boundary Chengal Besar.
>>> 4km
4)Dari boundary Chengal besar ke Pokok Chengal besar>>>
15km
Catitan: jarak jauh yg ditunjukan berdasarkan agak2 admin
sahaja>>(dok boleh buat kira cara)
1) Hari Pertama:
Bertolak tepat pada pukul 4 petang 20hb.mac difelda
Mengkawang iaitu salah satu pintu masuk untuk ke-Chengal besar.Dari Felda
Mengkawang mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke sungai kelemin
iaitu salah satu sungai yang agak besar,Dilaluan ini tak banyak masalah yang dihadapi
Cuma sebuah motor telah meragam.Motor ditinggalkan.Kelewatan perjalanan
disebabkan oleh masalah yang seperti ini.Laluan jalan ke sungai kelemin sangat
baik dan tak perlu memerah tenaga yang
banyak.
Tiba dan menyemberang sungai kelemin pada pukul 5 petang dan
sampai ke jambatan besi sungai Loh pada pukul 5.40 petang dengan sedikit pun
tak mengalami masalah Cuma laluannya yang penuh dengan debu kerana laluan ini
merupakan jalan balak baru dan masih beroperasi.Laluan ini sangat mendamaikan
kalau tak disebabkan dengan debu laluan balak,Sungai Loh yang merentangi laluan
ini sangat menghiburkan dengan pemandangan nya yang indah dan mengembalikan
ingatan kecantikan seperti yang digambarkan didalam buku2 cerita.Sungai loh
yang sangat menghiburkan dengan air jernih mengalir laju dijeram2nya hingga
kesungai Dungun.
Berhenti sebentar untuk solat asar dan meneruskan perjalanan
untuk bahagian yang ke-3 iaitu untuk ke boundary Chengal besar,Dari sini tak
menjadi masalah langsung kerana sebahagian besarnya merupakan jalan yang
berturap tar,Cuma laluan ini hanya 4-5 km sahaja.Biasanya pengunjung keChengal
besar akan berhenti dipapan kenyataan yang menunjukan kita berada dikawasan
Chengal besar,Disini para peserta akan bergambar untuk membuktikan mereka
mengunjungi tempat ini dan tak kecuali ahli2 group htmcc.
Step yang keempat ini merupakan cabaran nya yang sebenar untuk
ke-pokok Chengal besar yang sejauh 15 km.Dari boundary sejauh beberapa
kilometer menyaksikan laluan yang baik.Tak mempunyai masalah langsung tetapi
setelah hampir separuh perjalanan laluan dah semakin meninggi dan beberapa
jentera telah mengalami kerosakan,mungkin kerana perahan tenaga yang teruk atau
pun disebabkan ramai dari peserta rombongan telah jatuh semasa menunggang.Kegetiran
menunggang dikawasan yang laluan berlurah serta sempit menyebabkan perjalanan
semakin lambat ditambah dengan hari yang semakin gelap disebabkan malam telah
pun tiba.Sebuah jentera telah ditinggalkan kerana mengalami kerosakan yang
teruk dan tak dapat dibaiki didalam malam yang gelap,Kegetiran menunggang
berakhir pada pukul 8.20 malam setelah tiba dihentian terakhir ditepi sungai
loh.Memasak untuk makan malam dengan cara ala kadar dan tidur untuk menunggu
cabaran untuk ke pokok Chengal besar pada keesukan hari nya.
Hari ke-2..
Setelah makan pagi pada pukul 9.00 pagi peserta bergerak ke
Chengal besar dengan hanya 9 orang peserta sahaja dari 16 semuanya,Kegagalan
untuk menyertai kumpulan pendaki keChengal besar kerana kecederaan yang dialami
semasa menunggang pada hari pertama dan tak ingin memburukan keadaan lagi untuk
mengambil risiko dimasa balik.
Chengal besar sangat gah nama nya disuatu masa yang lalu
kini telah tidak dikunjungi lagi berdasarkan keadaan laluan yang sangat
terbiar,Laluan yang team htmcc lalui merupakan jalan yang langsung tak di
diperbaharui oleh pihak berkenaan,Dengan memikul motor menyemberangi sungai Loh
dan mengambil masa yang agak lama untuk menyudah kan sesi memikul pada masa
pergi menyebabkan kelewatan masa diambil untuk sampai ke Chengal besar,Beberapa
tempat tanah runtuh yang teruk dan menghela motor dengan cara memikul dibanyak
tempat,Team sampai ke pokok Chengal besar pada pukul satu tengah hari dengan
berjalan kaki selama satu jam setengah kerana untuk mengunakan motor tak
mungkin sama sekali.
Setelah sesi bergambar team telah turun balik pada setengah
jam kemudian nya dengan cara yang serupa dimasa mendaki iaitu memikul satu
persatu motor menuruni bukit dijalan yang runtuk serta memikul motor semasa
menyemberang sungai Loh untuk bergabung dengan team yang gagal mendaki.Team
telah sampai ke hentian terakhir ditepi sungai Loh pada pukul 3.30 petang
dengan menamatkan impian melihat pokok CHENGAL BESAR YANG TERBESAR DIDUNIA.
Bertolak balik pada pukul 4.30 petang,masa bertolak balik
yang agak lewat kerana perjalanan yang diambil semasa datang ialah 4 jam
setengah dan bertolak balik pada waktu ini merupakan sesuatu yang sangat
menyukarkan kerana berkemungkinan besar perjalanan pada waktu malam akan
terjadi,Balik pada laluan yang sama pada masa datang dan membaiki motor yang
rosak menyebabkan masa yang diambil sangat lama di laluan yang sukar.Setelah
bersusah payah menghela motor dengan cara menarik menaiki dan menuruni bukit
team htmcc telah sampai ke jambatan besi disungai loh pada pukul 8 malam.
Oleh kerana dua buah motor dah tak boleh digunakan lagi
bantuan luar dipanggil untuk mengambil motor yang rosak,(panggilan talipon
dibuat mengunakan talipon pekerja balak yang kebetulan lalu,Talipon mengunakan
perkhidmatan line maxis,line celcom hampeh kat sini) Team telah berkampung
dijambatan besi selama 2 jam untuk menunggu bantuan luar tiba.Mengambil masa
itu beberapa orang angota team telah keluar membeli makanan ringan dikampung
jongok batu yang terletak 8 km dari jambatan besi sungai Loh.Kebanyak angota
team memang kelaparan pada masa itu,Menunggu bantuan luar mengambil masa yang
lama kerana bantuan yang akan sampai kejambatan besi sejauh lebih kurang 100km.Bantuan
akan datang melalui lebuhraya pantai timur Ajil-Bukit besi dan mengambil jalan
kekampung pasir raja dikampung jongok batu dan kejambatan besi sungai Loh.
Hampir 2 jam menunggu, bantuan tiba pada pukul 9.45.Setelah
mengangkat motor team berbaki seramai 14 orang kerana dua orang anggota nya
balik mengunakan pancuan 4 roda yang datang.Bertolak pada pukul 10.00 malam dengan laluan yang penuh debu team telah
sampai agak lewat disungai kelemin kerana sebelum itu semua angota team telah
tersesat jalan sehingga kekaki gunung,Satu pengalaman yang sangat
mengerikan.Sesuatu yang tak patut terjadi,kerana sesat yang panjang
mengakibatkan berapa perkara akan terjadi iaitu berkemungkinan minyak akan
habis,sejuk yang teruk dikawasan gunung,semangat akan luntur,bahaya dari
binatang buas seperti gajah dan sebagainya (memang terjumpa gajah,salah seorang
angota hampir melanggar gajah yang kebetulan lalu kat kawasan itu,yang hairan
gajah pun ada rombongan jugak,mungkin rombongan meminang kut kerana angota
rombongan gajah memang agak ramai,kalau bukan rombongan meminang mungkin nak
pergi kenduri,kikikikiki).Berpatah balik untuk mencari laluan yang sebenar
dengan keributan dengan angota kumpulan pak besar,team telah sampai kesungai
kelemin pada pukul 11.30,Seperti masa datang team hanya menyemberang sungai
kelemin tanpa masalah kerana sungai kelemin sangat cetek air nya iaitu sedalam
paras lutut sahaja,
Laluan antara sungai kelemin dan felda mengkawang tak banyak
mengambil masa kerana semua angota mengunakan kelajuan agak tinggi,Cuma sedikit
masa diambil kerana menarik motor yang rosak yang ditinggalkan pada hari
pertama.Sampai ditepi Felda mengkawang pada hampir pukul 12.30 malam,Setelah
mengangkat motor yang rosak kedalam pacuan empat roda yang sedia menunggu
kerana semua masalah telah diberitahu
semasa dijambatan besi disungai Loh.
Bertolak dari Felda Mengkawang pada pukul 12.40 dengan
melalui kampung belukar bukit dan ke kampung sekayu dan terus kekampung angota
team yang terletak 25 km dari felda mengkawang.Sampai kedistinasi pada pukul
1.05 tengah malam dengan semua angota mengunakan kelajuan yang tinggi seperti
nak masuk race motor.huhuhuhuhu..SEKIAN
Catitan: Terus terang aku cakap sebagai seorang admin bahawa
team htmcc yang pergi tak mempunyai peralatan yang cukup terutamanya dari segi
penyediaan jentera,kerana hingga diperjalanan balik kebanyakan jentera yang
digunakan tak mempunyai brek,sama ada brek belakang dan hadapan.Bayangkan
jentera yang sedang menuruni bukit yang tinggi dan alur air yang dalam melalui
tempat2 tersebut,Walau macam mana pun kerosakan brek memang tak dapat dielakan
kerana pengunaan brek yang maksimun dalam perjalanan..