HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Sunday 23 April 2017

labu kubong international challenge 2017

Tak banyak diketahui tentang tempat yang bernama labu kubong,Walau pun begitu tempat ini dinamakan sebegitu rupa yang memberi pertunjuk dikawasan tersebut didiami oleh melayu yang benar2 tulin (tempat lain pun tulin jugak,tapi tulin yang ni tulin pelik).

Pada zaman dahulu tempat ini telah didiami oleh melayu yang  mengunakan peralatan lama yang kekal,tempat lain permodenan diterima dengan cepat tetapi  tempat ini sentuhan traditionalnya sangat berkekalan,yakni dibiarkan menyentuh nulari..Dengan sebab itu lah nama labu kubong dibiarkan begitu supaya dizaman akan datang labu kubong akan ditanya oleh anak cucu cicit komuniti disitu...

Walaupun dibiarkan sentuhan traditionalnya sebegitu rupa,labu kubong merupakan satu tempat event motocross yang sangat masyhur di malaysia dan menjadi sebutan dikalangan international.Penganjuran motocrossnya telah menjadi perhatian jaguh2 dimalaysia dan serantau serta rantau2 yang jauh.Pada 22 dan 23-4-2017,penganjur motocross litar labu kubong telah mengadakan satu event yang bertajuk LABU KUBONG INTERNATIONAL CHALLENGE 2017

Pada acara dilitar labu kubong,team htmcc-yry telah diwakili oleh seorang pesertanya yang paling berkaliber dalam acara MX....Zulkifli Abdul Mutalib.Acara nya ialah
MX Novice
MX Expert
Pada 22-4-2017 dan 23-4-2017 rider htmcc-yry telah menyertai ditiga tempat acara motocross,pertama dilitar banggol peradung terengganu,Jerantut pahang dan labu kubong diperak jadi rider dibahagi2 mengikut acara yang menjadi kegemaran masing2 dan keciknya bilangan rider2 disatu2 tempat tak dapat dielakan

Keputusannya...
Dalam acara MX Novice ditempat yang pertama..
Dalam Acara MX OPEN ditempat yang ke-7
SEKIAN.Berjumpa lagi dilitar yang seterusnya
















9

JERANTUT ENDURANCE CHALLENGE 2017



Pada 22 dan 23-4-2017 satu acara dalam perlumbaan motocross telah diadakan dilitar jerantut pahang,acara ini bagi mengisi satu slot dalam tahun melawat pahang 2017,Selain acara motocross banyak lagi acara2 lain untuk mengisi program tahun melawat pahang,Dari promosi makanan tempatan,tempat2 menarik,acara kebudayaan,bersukan dan beriadah.. Acara perlumbaan motocross salah satu yang telah dibuat.Acara ini telah diberi nama sebagai JERANTUT ENDURANCE CHALLENGE 2017.

Nama jerantut telah ada sejak dari sultan pahang yang pertama.Maksudnya jerantut merupakan satu wilayah yang sangat lama dan dikenali sejak dari dulu,Jerantut tempat dimana nama2 besar tertumpu dikawasan tersebut,nama2 seperti Mat kilau datok bahaman sangat terkenal di jerantut,

Jerantut pada asalnya bernama JERAM AWANG TUT Awang tut seorang penangkap ikan disebuah jeram sungai dipahang.Lama kelamaan nama jeram awang tut dipendekan nama nya menjadi jerantut sahaja.Dari nama awang tut ini lah jerantut mendapat nama.Rasa2nya doh2 lah gi care tempat orang,tertumpu sekarang kapada event motocross yang disertai oleh rider2 dari team htmcc.

Peserta..
1) kamarul munir
2) kamarul harith
3) rizuan zamri..
4) Zairie

Acara yang diambil..
Cubcross endurance open
CKD Endurance open..

Keempat2 rider htmcc-Yry telah mengambil bahagian dari kedua2 acara tersebut kecuali zairie hanya dalam acara Cubcross endurance

Keputusan nya..
Cubcross Endurance Open..
1) Kamarul Munir tempat yang pertama.
2) Kamarul harith tempat yang ke-2
3) Rezuan Zamri tempat yang ke-3
4) Zairie tempat yg ke-7

CKD Endurance Open..
1) Kamarul Munir tempat yang pertama..
2) Kamarul Harith tempat yang ke-4
2) Rezuan Zamri tempat yang ke-6

Sekian jmpa lagi dilitar yang lain...

Saturday 22 April 2017

Litar Banggol Peradong

This place is situated in terengganu,malaysia.its geographical coordinate are 5 19’0” north,103 3’ 0”. East and its original name (with diacritics) is kampung banggol peradong..


Pada 22-4-2017 satu event motocross telah dilangsungkan dilitar kampung banggol peradong,manir.Beberapa acara telah dilangsungkan,Pada event ini team HTMCC-YRY Racing telah mengambil bahagian dilitar yang julung2 kali diadakan,senang cerita litar banggol peradong merupakan litar baru dan acara diadakan hanya dalam bentuk suka2 sahaja atau pun fun race,Walaupun fun race,walau pun hanya suka2 sahaja hadiah tetap disediakan oleh pihak penganjur,Dikatakan juga penganjur bukan lah calang2 orang,dikatakan juga penganjur datang nya dari individu yang ternama dalam masyarakat dan dikatakan penganjur akan mengadakan event yang lebih besar tak beberapa lama lagi setelah melihat kejayaan pada event kali ini.Senang cerita race yang diadakan pada kali ini hanya ingin melihat pasaran dan ternyata pasaran sangat memuaskan,Laku molek J

Team HTMCC dengan kerjasama YRY Racing telah disertai oleh empat orang ridernya.
Raja Ahmad Falahi
Amru Asyraf
Mohd Norshahafizan
Mohd Redzuan Embong.

Sebanyak tiga acara telah disertai oleh team HTMCC YRY Racing.
Norvice Cubcross
Cubcross open
CKD Open

Keputusan.
Cubcross norvice.
Raja Ahmad Falahi tempat yang ke-3
Mohd Norshahafizan tempat yang ke-5
Amru Asyraf tempat yang ke-6
Mohd Redzuan Embong tempat ke-9

Cubcross open
Mohd Norshahafizan tempat yang ke-6
Amru Asyraf tempat yang ke-7
Raja Ahmad Falahi tempat yang ke-8

CKD Open.
Mohd Norshahafizan tempat yang ke-4
Raja Ahmad Falahi tempat yang ke-6
Amru Asyraf tempat yang ke-10..


Tahniah kapada yang berjaya dan cuba lagi untuk mendapat tempat yang baik pada event yang akan datang,SEKIAN

Sunday 2 April 2017

litar bukit tempurong 2017

Pada 31-3-2017 dan 1-4-2017 telah berlangsung satu event dilitar bukit tempurong.Kerandang.Besut..Pertama2 dengar nama tempat ni menyebabkan admin jadi keliru dengan nama yang diberikan.Kerandang dan bukit tempurong.Nama kerandang seolah2 nama yang keras maksudnya,kerana kerandang boleh menyebabkan orang akan teringat perkataan cika tandang,satu sumpah yang sangat menakjubkan,tapi mungkin ada yang menyamakan perkataan kerandang hanya lah galang2 kayu didangau2,Walau macam mana pun,setelah diogeh2 dalam google maka didapati maksud kerandang sangat jauh bezanya dari yang difikirkan.

KERANDANG:
Kerandang atau serandang (Channa pleurophthalma) adalah sejenis ikan air tawar anggota suku Channidae (kerabat gabus). Ikan buas ini menyebar terbatas di Kalimantan dan Sumatera. Ada pula yang menyebutnya toman bunga atau selendang mayang. Dalam Bahasa Inggris disebut Ocellated Snakehead, merujuk pada pola bulatan-bulatan serupa mata di sisi badannya

Kerandang versi wikipedia mengatakan kerandang ialah ikan toman dan ikan toman jenis ni hanya ada disumatera sahaja,Apa yang kita tahu ikan toman ada juga ditempat kita seperti ditasik kenyir tetapi mungkin juga kerandang yg dimaksudkan ialah ikan jalal (bukan jalal hok katok body bukit muruh toh,HADUHHH).Walau mcm mana pun kerandang bermaksud ikan toman..Habis situ..

BUKIT TEMPURONG..
Terlalu mudah untuk menamakan tempat ni dengan nama bukit tempurong,Kita boleh saja mereka2 ceritanya  dengan terjumpa tempurong kelapa dibukit ni dan langsung menamakan tempat ni sebagai bukit tempurong.Sebenarnya tempat ni tak ada pun tempurong yg dijumpai atau pun fosil tempurong.Bukit tempurong dinamakan sebegitu rupa kerana bentuk nya seperti tempurung kelapa apabila dilihat dari jauh,Terutamanya apabila dilihat dari laut.Pada zaman dahulu sebelum kisah perlayaran mushi Abdullah tempat ini telah dikesan oleh pelayar2 sebelum nya,Perlu juga diketahui bukit ini boleh dikatakan tinggi sehingga terlihat dari dari jauh dan dapat dikesan dgn mudah.Dari situ lah bukit tempurong mendapat nama.Kisah yang menakjubkan telah berlaku disini sehingga kesan nya terjadi sampai sekarang,Pada masa dahulu bukit tempurong telah dijadikan tempat untuk membuang makhluk halus (BUKAN JARUM ATAU SEMUT ATAU PUN BENDA2 YANG HALUS2,TAPI SATU JENIS HIDUPAN YANG DIGUNAKAN OLEH ORANG DULU2) Dalam ceritanya yang dikesan telah terjadi pengambilan tanah oleh penduduk tempatan untuk dibuat kebun dan sebagainya,Ada pantang larang yang telah dilanggar,maksudnya tak minta izin dan  kemusnahan yang berleluasa dan tambah dengan tempat tu tempat pembuangan sisa2 yang tak dikehendaki,Dari situ lah kawasan tersebut telah mengalami ganguan.Ganguan tersebut telah diceritakan sampai sekarang (Dari 31-3-2017 sehingga selamanya tempat ni dah tak ada ganguan,Tok Bomo gi hambat dah belaka)hahahaha..Kalau malas nak baca jangan baca..:)

Habis lah cerita tempat race motor 2017 mendapat namanya..Terus saja kapada keputusan race moto yang telah disertai oleh rider2 team HTMCC.Kerana rider Team HTMCC telah menyahut cabaran dilitar bukit tempurong.Pada blog kali ni malas rasanya nak isi gambar banyak2 kerana gambar dan video telah banyak diisi dalam wall Facebook HTMCC,Klu nak tenguk video rujuk saja ka dinding tersebut.


Rider2..
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Amru Asyraff
4) Rizuan Zamri
Katagori yang disertai.
1) Cubcross Open..
2) CKD Open
3) Cubcross Endurance

CUBCROSS OPEN
1)Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Amru Asyraff
4) Rizuan Zamri

CKD OPEN
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Rizuan Zamri

CUBCROSS ENDURANCE
1) Rizuan Zamri
Keputusan.
Cubcross Open..
1) Kamarul Munir tempat pertama
2) Kamarul Harith tempat ke-2
3) Amru Asyraff tempat yg ke-gagal
4) Ridzuan Zamri tempat yang ke-6

CKD Open..
1) Kamarul Munir tempat yang ke-2
2) Kamarul Harith tempat yang ke-3.
3) Ridzuan Zamri tempat yg ke-6

Cubcross Endurance
1) Ridzuan Zamri tempat yang ke-gagal

Cerita2 dilitar.
Yang admin nak cerita sikit tentang keselamatan.Ramai pengunjung yang datang membawa kereta dan moto,Angota rela yang bertugas sangat tegas dengan tugasnya.Mengarahkan pengunjung meletak kederaan ditempat yang sepatutnya,tetapi ketegasan nya sangat berhemah dan tak mendatangkan kemarahan pengunjung,Susunan kederaan mesti disusun dengan spatutnya.Kata anggota trsebut untuk memudahkan aliran kenderaan pasukan kecemasan untuk menjalankan tugasnya.Kesungguhan arahannya dan kata2nya menyebabkan admin terfikir adakah dalam fikiran anggota tersebut akan terjadi kemalangan yang kerap sehingga kederaan mesti diletak sedemikian rupa,Walau mcm mana pun kesungguhan beliau mungkin akibat dari latihan yang diberikan.Cemas pada muka nya menyebabkan kereta admin diletak jauh2 supaya tak menjadi kesusahan kapadanya.Tabik kepada anggota rela yang sorang ni.. (dok ingat nok ambik gambar dia).

Tentang penonton.
Pada event dilitar bukit tempurong ini penontonnya sangat ramai.Boleh dikatakan kesemua penduduk berhampiran telah keluar menonton acara yang diadakan.Begitu jgk dengan peniaga,dari sebelah bawah sehingga sebelah atas ramai peniaga yg berniaga.Laris jualan jgn dikira.(mcm nok gi nega etekk jer,heehehehe).

Tentang litar..
Litar bukit tempurung telah dibina ditepi sawah padi dan menjanjikan pemandangan yang sangat indah.Boleh dikatakan litar dibukit tempurung sangat memuaskan.tiada debu yang berterbangan seperti dikebanyakan litar yang lain.Keadaan litar kering pun tidak,basah pun tidak,keadaan ini terjadi disebabkan oleh hujan turun dimalam harinya..

Last sekali...Tiada komen apa2 kerana kalau komen pun penerimaan dari perkomenan tidak akan diterima sama ada salah atau pun betul kerana kebanyakan dari penganjur mesti mendakwa penganjuran nya lah yang terbaik..Sekian

Macam booth nak jual ubi kayu.:)

video dalam katagori CKD Open

Starting.