HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Showing posts with label Tips Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Keselamatan. Show all posts

Saturday, 4 August 2012

Perkongsian Maklumat : Topi Keledar Perlumbaan

Keselamatan perlumbaan motocross/Cubcross melibatkan beberapa isu. Perkara pertama yang kebanyakan orang berfikir apabila keselamatan dibincangkan adalah pakaian keselamatan atau 'Safety Gear' yang dipakai oleh penunggang.

Tidak cukup hanya membuang beberapa gear dan berfikir bahawa anda adalah selamat. Malah, gear yang tidak dipasang dengan betul boleh mewujudkan kemalangan. Sekurang-kurangnya, anda perlu memakai topi keledar dengan betul, baju lengan panjang, seluar panjang, sarung tangan, goggle, kasut but, pelindung dada dan talipinggang pelindung buah pinggang/belakang bawah.

 

Topi keledar merupakan kehendak mutlak perlumbaan. Topi keledar sepatutnya tidak longgar, ringan, dan mempunyai penilaian Snell M95. Sedikit maklumat tentang Yayasan Snell, ia adalah merupakan satu organisasi yang tidak berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat. Organisasi ini telah menetapkan piawaian atau standard bagi helmet perlumbaan motosikal, basikal dan kereta, berlainan dengan DOT yang hanya mentapkan piawaian minima untuk kegunaan di jalan raya awam. Ianya diketahui umum merupakan piawaian terketat di dunia.

Mana-mana topi keledar yang telah diuji dan disahkan oleh Yayasan Snell telah menjalani ujian yang ketat dan terbukti untuk menyediakan standard perlindungan yang tidak dijamin dengan penarafan mana-mana pihak. Yayasan Snell melakukan ujuian berasingan bagi setiap saiz topi keledar untuk menyediakan tahap perlindungan yang sama.

Topi keledar yang baik tidak semestinya mahal, tetapi ia perlu untuk menyediakan perlindungan yang mencukupi. Terdapat topi keledar di pasaran yang murah tetapi masih memenuhi standard keselamatan tertinggi.

Ingat! Keselamatan adalah keutamaan, keseronokan hanya akan menyusur sekiranya keselamatan suksess....