HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Saturday 14 December 2013

htmcc/cengal besar

Untuk kecengal besar melalui felda mengkawang adalah seperti berikut,dari felda mengkawang kesungai kelemin 10km,dari sungai kelemin kesungai Loh 15km,dari sungai Loh (bawah) ke-Gate 4-5 km,Dari gate kesungai Loh sebelah hulu 14 km,dari situ kepokok cengal besar sejauh 4 km dengan berjalan kaki sejauh 800 meter
( Kampung Felda Mengkawang)


Htmcc dengan kerjasama pelbagai pihak ingin ke cengal besar,dungun terengganu,tp sudah banyak kali tertangguh,Oleh kerana sentiasa sahaja tertanguh beberapa org rider2 dari htmcc telah mengambil satu keputusan untuk pergi kecengal besar walaupun hanya beberapa org...
 Sungai kelemin

Pada 14-12-2013 seramai 11 org rider2 dari htmcc telah memulakan xpdc nya..bertolak pada pukul 7 pagi melalui kg pelandan.ceting, peris,menerung dan terus kefelda mengkawang iaitu jalan masuk kecengal besar melalui hulu terengganu khas nya hulu berang,DEngan menunggang lebih kurang setengah jam kami dah pun sampai kefelda mengkawang dengan hujan yg agak lebat..Dari situ mengambil masa yang agak lama kami sampai pukul 8.50 pagi,Oleh  kerana musim banjir sungai kelemin mempunyai kedalaman yang agak ketara berbanding dengan musim kemarau,Oleh itu motor terpaksa diangkut satu persatu,Mengambil masa setengah jam kerja pun selesai
(Kedalaman sungai kelemin hampir paras pinggang)

Bertolak dari sungai kelemin hingga kesungai loh mengambil masa selama 45 minit dgn jalan yang kurang halangan cuma kadang terjumpa dgn pokok tumbang.Tiba disungai Loh kami dapati jambatan sungai tersebut telah putus dan kami terpaksa mengangkat motor seperti disungai kelemin satu persatu mengambil masa yang agak lama untuk mengangkut semua motor dan meneruskan perjalanan hingga keboundary/papan tanda cengal besar pada pukul 11.45 pagi
(Sungai loh,lebar sungai loh ditempat ini lebih kurang 200 meter,Gambar aku yg paling hit aku rasa kerana mempunyai nilai,huhuhu)

Sebenarnya perjalanan dari papan tanda ini lah perjalanan yang sebenar kerana laluan kecengal besar menjanjikan laluan yang mencabar terutama nya pada musim hujan,Didapati laluan ini sudah rosak teruk akibat dari hujan atau tiada penjagaan dari pihak yang bertanggung jawab,Pukul 12.15 bertolak kecengal besar sejauh 14 km kesungai Loh disebelah hulu,Didapati banyak bahagian jalan dah rosak teruk,Tanah runtuh dibanyak tempat serta pokok tumbang,Mengambil masa lebih 2 jam kami sampai ke Sungai Loh dibahagian hulu untuk kecengal besar,Didapati sungai loh masih lagi besar dan dalam dan hajat kecengal besar tidak kesampaian,Dari sungai Loh ini untuk  kecengal besar mengambil masa sejam setengah kalau berjalan kaki sejauh 4 km dan hanya 45 minit kalau berkederaan motor/4x4..
(Untuk menyemberang sungai loh,motor terpaksa dibawa satu persatu)

Dengan tak payah pikir apa2 untuk kecengal besar kerana sungai yg dalam dan lebar dan untuk mengangkat motor adalah terlalu mustahil kami bertolak balik pada pukul 3.30 petang dan perjalanan yang sebenarnya telah pun bermula kerana diketika in lah hujan mula turun dengan lebatnya.Laluan tentu menjadi payah kerana laluan telah menjadi basah serta berkemungkinan tanah runtuh semakin banyak.Disesetengah tempat laluan pun dah tak ada kerana aliran air telah menjadikan lalauan lurah yang besar2..
(Jambatan telah dihanyut banjir,motor terpaksa diangkat seperti ini)

Setelah membuat perjalanan dua jam setengah  kami tiba di boundary pada pukul 6 petang dan terus kesungai  loh dan mengangkut motor seperti mula2 datang pagi tadi.Meneruskan perjalanan kesungai kelmin dan tiba pada jam 8 malam,

Sesuatu yg tak diduga telah pun terjadi setiba nya kami disungai kelemin,didapati banjir besar telah terjadi,Air menderu laju dan keruh,Dengan ini kami dah pun terkurung,kedepan tak boleh pergi kebelakang sesuatu yg mustahil,Saat cemas bila melihat arus yang mengila hinggakan nak letak motor ditepi sungai pun jadi tak berani kerana bimbang dibawa hanyut arus..
(Jambatan yang tinggal separuh,separuh lagi jambatan merupakan tanah yang ditambak dan telah dibawa arus sungai yang banjir)

Lapar dan dahaga dah pun terasa dengan memakan nasi lebihan yang dibawa balik sesuap seorang lapar nya memang jauh dari hilang,Memasang unggun api untuk memanaskan badan dapat meredakan keadaan kerana panas bahang nya,Memasang unggun api juga dapat menghalau agas dan gajah yang telah ada disekitar kami berehat sambil menunggu,

Keputusan yang dibuat ialah kami akan menunggu air banjir surut walau pun seberapa lama,untuk membuat kerja gila dan panik tidak sekali..Menunggu dalam kelaparan dirasakan terlalu lama.Pada pukul 11.30 malam setelah menunggu beberapa jam kami mengangkut semua motor keseberang,Dalam kegelapan malam kami dapat menghabiskan semua nya  pada pukul 12.30 tengah malam
( Melepasi sempadan iaitu kekawasan cengal besar,laluan untuk kesitu telah banyak yang rosak,tp disesetengah tempat laluan nya masih baik sehinggakan boleh dilalui kereta)

Perjalanan dari sungai kelemin untuk balik kekampung pada pukul 1.00 pagi dan tiba dirumah pada pukul 3.20 pagi setelah membuat perjalanan sejauh 140 km pergi dan balik..Sebenarnya dalam perjalanan dari bahagian ini ada banyak juga cerita menarik,Jalan yang teruk akibat hujan,Takutkan gajah,berjumpa ular sawa yang besar,Motor yang rosak,rider yang rebah,rider yang dah kesejukan,melalui long yang panjang dan bahaya,Anak sungai yang memberi masalah,terjerumus kedalam lopak besar dan macam2 hal lagi
( Ada nampak laluan?? tak ada kan,disesetengah tempat laluan langsung tak ada,Kena redah je,tanah runtuh seperti ini memang banyak)

Kesimpulan nya:
Permainan yang macam ni tak sepatutnya dilakukan dimasa musim hujan melanda,Walau macam mana pun perjalanan boleh juga dibuat tapi jangan terlalu sangat mendesak.Sepatutnya perjalanan hendak lah dibuat dengan keadaan santai sahaja,tak perlu pergi sejauh itu..
 (Banyak lurah air yang lebih besar dari ini)


 (Rehat setelah sampai kecengal besar,Cengal besar terletak 4 km dari sini)


 (Sungai Loh tempat pemancing memancing ikan kelah.Diarea ini ikan kelah ada yang sebesar betis,ditempat yang lebih ulu mungkin ada yang lebih besar)


 (Kerjasama mesti diutamakan walaupun hanya berehat,hehehe)


 Rider yang paling kecil,Irfan,Umur 10 tahun


( Menunggu banjir surut..Teperangkap banjir disungai kelemin)


 (Air banjir menderu kuat nya)


( Unggun api terpaksa dinyalakan kerana agas yg terlalu banyak dan ada beberapa ekor Gajah sedang berkeliaran,Membuat unggun adalah salah satu cara untuk menghalau gajah..)


(Air sungai Loh yang membiru dan tak mungkin untuk kecengal besar dimusim tengkujuh,kerana cengal besar terletak diseberang sungai Loh)



Pintu masuk kecengal besar--Dari sempadan ini cengal besar terletak sejauh 18 km,melalui beberapa anak sungai,Jalan berbukit tinggi dan sungai Loh,Dari sungai Loh terpaksa menyemberang dan terpaksa bermotor/4x4 sejauh 3-4km dan berjalan kaki sejauh 800 meter..(klu dok rut jgn nok nebeng gi)


(Dipandang dari tempat tinggi)

Sunday 1 December 2013

htmcc/paras 2000 kaki

Pada pukul 4.00 petang 1-12-2013 sekali lagi rider2 htmcc meredah laluan untuk ke-paras 2000 kaki dari paras laut yang terbengkalai beberapa hari yang lalu. Seramai 9 orang rider telah menyertai nya pada kali ini.Rider yang paling kecil berumur 10 tahun..
 
Dipermulaan yang agak baik dengan hujan monsoon timur laut berehat untuk sekatika.Dipetengahan perjalanan hujan monsoon mula menunjukan aksi nya.Tidak patah semangat dengan cuaca,rider2 meneruskan pejalanan..Laluan yang diambil merupakan jalan balak yang masih lagi beroperasi tetapi untuk musim tengkujuh semua kegiatan pembalakan diberhentikan untuk seketika..
 Agak mengecewakan sedikit kebanyakan laluan yang dilalui telah terjadi Tanah runtuh dan pokok2 tumbang,Perjalanan memang menjadi lambat dengan membuat laluan baru yang sangat memenatkan,Sekurang2nya empat tanah runtuh dan pokok tumbang menjadi penghalang yang membuatkan pejalanan menjadi amat lambat..
 Mengecewakan jgk tidak banyak gambar2 yg dapat diambil kerana hujan yang lebat,Setelah bersusah payah,pada pukul 6 petang,cita2 untuk mencapai paras 2000 kaki dari paras laut tercapai juga,Pada ketinggian ini semua tempat dipenuhi kabus yang tebal ditambah pula dengan hujan yang turun.Setelah mengambil gambar dengan teduhan daun pisang hutan kami mula menurun dan sampai kerumah pada pukul 7.45 malam,Perjalanan  yang gelap gelita pada malam hari tidak dapat diambil gambar kerana keadaan yang benar2 tak mengizinkan dengan cuaca yg buruk serta nak cepat keluar dari hutan.
Pada kesimpulan nya perjalanan yang dibuat pada petang 1-12-2013 tidak patut sama sekali dibuat kerana musim tengkujuh yang melanda,Dengan hujan yang lebat serta berterusan memungkin kan terjadinya Tanah runtuh dan pokok tumbang dan laluan menjadi sangat bahaya,sekian
 Laluan yg agak selesa

Belum lagi pukul 6 tetapi tempat ini menjadi gelap akibat kabus yang tebal..
 

Diketinggian 2000 kaki dari paras laut,kabus yang tebal serta sejuk