Sunday 1 December 2013

htmcc/paras 2000 kaki

Pada pukul 4.00 petang 1-12-2013 sekali lagi rider2 htmcc meredah laluan untuk ke-paras 2000 kaki dari paras laut yang terbengkalai beberapa hari yang lalu. Seramai 9 orang rider telah menyertai nya pada kali ini.Rider yang paling kecil berumur 10 tahun..
 
Dipermulaan yang agak baik dengan hujan monsoon timur laut berehat untuk sekatika.Dipetengahan perjalanan hujan monsoon mula menunjukan aksi nya.Tidak patah semangat dengan cuaca,rider2 meneruskan pejalanan..Laluan yang diambil merupakan jalan balak yang masih lagi beroperasi tetapi untuk musim tengkujuh semua kegiatan pembalakan diberhentikan untuk seketika..
 Agak mengecewakan sedikit kebanyakan laluan yang dilalui telah terjadi Tanah runtuh dan pokok2 tumbang,Perjalanan memang menjadi lambat dengan membuat laluan baru yang sangat memenatkan,Sekurang2nya empat tanah runtuh dan pokok tumbang menjadi penghalang yang membuatkan pejalanan menjadi amat lambat..
 Mengecewakan jgk tidak banyak gambar2 yg dapat diambil kerana hujan yang lebat,Setelah bersusah payah,pada pukul 6 petang,cita2 untuk mencapai paras 2000 kaki dari paras laut tercapai juga,Pada ketinggian ini semua tempat dipenuhi kabus yang tebal ditambah pula dengan hujan yang turun.Setelah mengambil gambar dengan teduhan daun pisang hutan kami mula menurun dan sampai kerumah pada pukul 7.45 malam,Perjalanan  yang gelap gelita pada malam hari tidak dapat diambil gambar kerana keadaan yang benar2 tak mengizinkan dengan cuaca yg buruk serta nak cepat keluar dari hutan.
Pada kesimpulan nya perjalanan yang dibuat pada petang 1-12-2013 tidak patut sama sekali dibuat kerana musim tengkujuh yang melanda,Dengan hujan yang lebat serta berterusan memungkin kan terjadinya Tanah runtuh dan pokok tumbang dan laluan menjadi sangat bahaya,sekian
 Laluan yg agak selesa

Belum lagi pukul 6 tetapi tempat ini menjadi gelap akibat kabus yang tebal..
 

Diketinggian 2000 kaki dari paras laut,kabus yang tebal serta sejuk

2 comments:

  1. Terbaiklah....memang jiwa kental

    ReplyDelete
  2. klu xkental mmg tak sampai atas bukit tu,meh lah klu nk join,huhu

    ReplyDelete