HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Friday 28 November 2014

htmcc/gong badak

Pada 28-11-2014 pihak penganjuran litar gong badak telah mengadakan event motocross sempena bulan sukan negeri terengganu.. Litar gong badak sentiasa menjanjikan kemenangan kapada rider2 HTMCC bila event motocross berlangsung,Tapi pada edisi kali ini rider2 produk htmcc telah gagal untuk menjuarai di event ini kerana rider utama nya tidak mengambil bahagian. Pada edisi bulan november ini htmcc telah diwakili oleh..
1) Kamarul firdaus
2) Khairul haki


Berbanding dengan event pada 7-11-2014 yang baru lalu,event pada kali ini sangat menyedihkan dari segi penyertaan,Hanya 5 orang rider sahaja yang mengambil bahagian dan ini telah menimbulkan tanda tanya sebab2 kelesuan litar gong badak yang dibiayai oleh kerajaan negeri.Mungkin ada sesuatu yang tak kena dalam penganjuran litar gong badak,Harap penganjur dapat baiki kelemahan pada masa yang akan datang.,..


Kemenangan rider htmcc ialah.
1) kamarul firdaus..>>>>>>>> tempat ke-4
2) khairul haki>>>>>>>>>>>  tempat ke-5
Sekian...

Sunday 9 November 2014

htmcc/gong badak


Litar gong badak telah lama tidak diadakan race motocross,kali yang terakhir penganjuran event motocross dilitar gong badak ialah pada 21-2-2014 yang lalu.Lebih dari lapan bulan litar gong badak sepi dari deruan enjin motor.Tidak diketahui sebab2 mengapa ini terjadi...
Pada 7-11-2014 pihak penganjuran litar gong badak telah mengadakan event motocross setelah sekian lama tak diadakan.. Litar gong badak sentiasa menjanjikan kemenangan kapada rider2 HTMCC bila event motocross berlangsung,Pada edisi bulan november ini htmcc telah diwakili oleh..
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Kamarul firdaus
Pada edisi bulan november ini hanya acara cubcross dipertandingkan,tak ramai rider yang datang,Hanya 8 orang rider sahaja yang menyertai nya.Nampak sangat litar gong badak tak mendapat sambutan.

Pada acara november ini litar gong badak menyaksikan seorang rider dari pengkalan berangan telah mengalami kecederaan .teruk dengan patah tulang kaki.Rider telah dibawa kehospital untuk mendapat rawatan lanjut..
Keputusan penuh,:
1) Kamarul Munir>>>>>>>>>>>>> tempat pertama.
2) Kamarul Harith>>>>>>>>>>>>> tempat ke-2
3) Pijo>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> tempat ke-3.
4) Kecek kemasek>>>>>>>>>>>>>tempat ke-4.
5) Kamarul Firdaus>>>>>>>>>>>> tempat ke-5
SEKIAN















Monday 3 November 2014

htmcc/litar chalok

Felda chalok barat terletak didaerah setiu,Felda chalok mempunyai penduduk seramai 5000 orang.Felda chalok boleh dikatakan sebuah Felda yang berjaya memberi pendapatan yang tinggi kapada peserta nya.Mempunyai kawasan yang sangat luas sehingga kekaki gunung tebu.Penduduk nya boleh dikatakan sebagai orang kaya.Kelihatan diwaktu petang ramai peserta felda chalok hanya bergoyang kaki kerana telah diberi ensentif oleh pengurusan felda.Boleh dikatakan kehidupan di felda chalok sangat harmony dan aman damai.Terletak hanya 6 km dari jalan utama dan urusan sangat mudah dengan penyediaan jalan yang baik..

Ngauman motor cub menjadi biasa difelda calok barat kerana disini ramai budak2 kecik yang menungang motor bebas lepas, Mungkin kawasan felda merupakan jalan kampung jadi budak2 tak hirau sangat tentang keselamatan dan sebagai nya.Tapi pada 1-11-2014 yang baru lalu ngauman motor tak separti biasa,Ngauman nya membingitkan telinga,memecah damai nya felda chalok barat.Ngauman itu datang nya dari event motocross yang di anjurkan oleh JKKK felda chalok barat yang diadakan dilitar yang dibuat khas untuk event motor lasak..
Ramai rider2 yang datang menyambut cabaran litar calok barat khas nya rider2 dari negeri terengganu,ada beberapa orang rider yang datang dari kelantan dan seorang rider datang dari thailand dan sudah tentu nya tak ketinggalan rider2 dari team HTMCC...
Acara yang dipertandingkan ialah.
1) MX open
2) MX endurance
3) CKD open
4) CKD endurance
5) Cubcross Open
Rider2 htmcc yang mengambil bahagian ialah.
1) Kamarul Munir..
2) Kamarul Harith.

Rider dari team Htmcc yang bahagian hanya dalam katagori CKD open dan Cubcross open.
CKD.Open
1) Kamarul Munir

Cubcross Open.
1) Kamarul Munir..
2) Kamarul Harith
Pemenang.
1) CKD.
a)Kamarul Munir gagal kerana kerosakan Jentera.

2) Cubcross Open.
a) Kamarul Munir>>>>>>>tempat pertama..
b) Kamarul Harith>>>>>>>Tempat ke-3 tapi telah dibatalkan oleh penganjur.
Kesimpulan nya.Penganjuran event motocross dilitar chalok barat boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak baik dari rider2 dari negeri terengganu.Ramai yang datang untuk melihat aksi dari rider2 yang brtanding kerana ramai penduduk yang datang memenuhi kawasan ditepi litar.Cuma penganjurnya tak memberi taklimat yang baik kapada peserta,Pemberi taklimat kadang2 memberi taklimat dari atas motor sahaja,(kerana dia sendiri nok berlumba)
tengah panas hati neh

Team Htmcc tak berpuas hati kapada pembatalan ridernya Kamarul Harith.Penganjur tak langsung memberi isyarat yang rider Htmcc telah batal.Rider hanya menyedari pembatalan semasa ingin mengetahui keputusan ketika melihat dimeja urus setia.Sepatutnya penganjur memberi isyarat batal semasa dalam pelumbaan lagi.Apabila dibantah menganjur dengan sombong mengatakan keputusan pengadil adalah muktamad,Bereh situ,tak boleh buat apa2.