HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Friday 24 March 2017

FIM ASIA MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2017 PART 2.


Sejarah dan matlamat penubuhan FIM Asia..
FIM Asia Motocross telah wujud selama lebih daripada satu dekad. Setelah pembentukan Kesatuan FIM Continental (CONU), Asia Motocross FIM (MX) / Supercross (SX) Kejohanan sekarang adalah salah satu acara Motocross dan Enduro Suruhanjaya FIM Asia.

Perkembangan terkini dalam sukan itu termasuk kerjasama antarabangsa Motocross dan Enduro Suruhanjaya FIM Asia, FIM dan Persekutuan Motosikal Jepun (MFJ). Melalui kerjasama ini, kejohanan itu berjaya mendapatkan beberapa mesin motocross dari pengeluar Jepun untuk digunakan untuk semua pusingan acara FIM Asia Continental Motocross Championship.Rider2 dalam acara Fim asia datang nya  dari Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Sri Langka dan Thailand.
Zulkifli Abdul Mutalib

Objektif Motocross Championship FIM Asia adalah seperti berikut:

1)Untuk meningkatkan dan membangunkan acara untuk CONU Asia di Motocross dan Enduro disiplin dan mempunyai acara yang mencapai penyelarasan dan populariti di kalangan penganjur tuan rumah yang berbeza dan FMN.

2)Membangunkan bakat Asia dan menggunakan FIM Asia Motocross Championship sebagai batu loncatan kepada FIM Motocross World Championship Series dan acara2 FIM Enduro Championship.

3)Untuk memaksimumkan nilai promosi sukan itu dan menggunakan kejohanan itu sebagai laluan untuk menggalakkan hubungan lebih dekat untuk acara2 masa depan di rantau Asia di kalangan negara-negara FMN yang berbeza yang terlibat dalam FIM dan FIM Asia. Untuk mencari negara baru bersedia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan dan untuk membangunkan sukan negara.

4)Menggubal peraturan CONU sendiri dan peraturan-peraturan yang sesuai dengan keadaan di Asia dan untuk membangunkan lesen Racing Asia, sah di CONU untuk Asia.

5)Menganjurkan acara CONU antara benua, selaras dengan dasar FIM.
Kamarul Munir

Motocross dan acara Supercross mempunyai tahap tertinggi keseronokan dan dapat menarik pelbagai peringkat penonton (35,000 penonton di beberapa peristiwa) dan penaja. Dalam musim perlumbaan lalu, FIM Asia Motocross Championship Series telah secara global disiarkan kepada lebih 1.7 bilion penonton melalui Star TV dan ESPN.FIM Asia Motocross Championship Series mempunyai ramai rider terdiri daripada rider2 yg menjuarai acara2 dinegara masing untuk dibawa keperingkat yang lebih tinggi.Banyak sekolah perlumbaan motocross dan klinik telah ditubuhkan dan akan terus ditubuhkan untuk mengasah kemahiran dan kepakaran pelumba Asia.

Kira2nya begitu lah sedikit sebanyak motif nya tertubuh FIM Asia..Fim asia merupakan peringkat yang paling tinggi penganjurannya dimalaysia dalam acara motocross selain dari Malaysia motocross series dan series2 dinegeri masing2,Contoh nya Johor motocross series.Selain itu penganjuran diperingkat daerah yang penganjurnya terdiri dari orang perseorangan dan parti politik.
Kamarul Harith

Kita gi terus ke event yang telah dilangsungkan pada 23-24 dan 25-3-2017,Dok pasal jugak gi cara hal Fim asia lebih2 sangat,kita peduli hape kan,Yang kita nak mencara sangat ialah tentang rider2 team HTMCC yang mengambil bahagian dalam event anjuran Fim asia ni.Pada kali ini litar gong badak menjadi tuan rumah pertama anjuran Fim Asia.Acara2 yang disertai oleh rider2 htmcc ialah.

1) MX Open
2) MX 125
3) CKD Open
4) Cubcross Open
Mohd Norshahafizan Yusuf

Rider dari team HTMCC yang mengambil bahagian ialah.
1) Taqiuddin Jamaluddin
2) Kamarul Munir.
3) Kamarul Harith.
4) Zulkifli Abdul Mutalib
5) Norshahafizan yuysuf

Katagori yg disertai..
MX Open.
1) Zulkifli abdul Mutalib
2) Taqiuddin Jamalluddin

MX 125..
1) Zulkifli Abdul Mutalib
2) Taqiuddin Jamaluddin

Cubcross Open..
1) Kamarul Harith
2) Norshahafizan Yusuf

CKD Open..
1) Kamarul Munir
Taqiuddin Jamaluddin

Dalam anjuran Fim Asia ini beberapa peraturan telah dibuat,berlainan dgn anjuran2 biasa seperti Malaysia motocross series,Rider2 mesti ada lesen dgn bayaran yang tertentu dan wajib mengikut semua aturacara yang ditetapkan,Peserta tak boleh sembarangan untuk mengunakan litar sesuka hati,Mesti mengambil ujian masa untuk menentukan petak,Ada latihan,bebas pemeriksaan jentera yang teliti..

Jadual pada  24-3-2017 untuk rider2 HTMCC  dengan memulakan ujian masa,pada ujian masa ini kamarul harith ditempat yg ke-2 dalam acara Cubcross Open,kamarul munir ditempat yg ke-2 juga dalam acara CKD Open.Taqiuddin Jamaluddin ditempat yang ke-4 dalam acara MX 125

Pemenang Untuk Team htmcc.
MX Open..
1) Zulkifli Abdul Mutalib tempat yang ke-gagal
2) Taqiuddin Jamaluddin tempat yang ke-gagal

MX125.
1) Zulkifli Abdul Mutalib tempat yang ke-2
2) Taqiuddin Jamaluddin tempat yang ke-8

Cubcross open..
1) Kamarul Harith tempat yang ke-2
2) Norshahafizan Yusuf tempat yang ke-4

CKD Open.
1) Kamarul Munir tempat yang ke-2

Sesuatu yang perlu disebut disini ialah team HTMCC telah ditaja oleh sebuah syarikat yang beroperasi dikedah,Penajaan berupa pakaian untuk perlumbaan motocross.Terima kasih banyak2 kapada GO AUTO...Penajaan berupa 5 helai pakaian untuk berlumba dan 20 helai t shirt,Walau pun nampak sikit tetapi memakan kos ribuan ringgit..

Tiada apa yg perlu diberi perhatian kapada penganjuran pada kali ini kerana yang menganjur ialah FIM ASIA..(klu nak komen lagi gak memang macam tikus laaa)
SEKIAN

Rider2 team htmcc nampak nya bangga benar pakai baju tajaan,sampai tersengeh2 gitu..
Video starting di Fim Asia

Gambar2..
Penonton



Khemah-khemah peserta dan gerai-gerai.

 Khemah HTMCC paling koman,





Gambar bawah ni gambar saja2 isi.




Gambar ambik hadiah



gambar penyokong telah hilang,hitam jer gambar,nak buat mcm mana



Thursday 23 March 2017

FIM ASIA MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2017 PART 1.

Kejohanan Fim Asia Motocross Championship Gong Badak kuala terengganu bermula dari 23-3-2017 sehingga 25-3-2017.Seramai 110 orang peserta akan mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan.Peserta  kali ini telah datang dari  Jepun,Thailand,Singapura,Indonesia,Nepal,India dan tidak ketinggalan peserta2 ternama dari Malaysia sendiri..Hadiah RM 45,000 telah ditawarkan pada kejohanan ini
Team HTMCC tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti MX Open,Cubcross Open dan CKD CROSS Open..Peserta dari team HTMCC ialah Taqiuddin Jamaluddin,Zulkifli Abdul Mutalib,Kamarul Munir,Kamarul Harith,Rizuan Zamri,Raja Ahmad Falahi..Jumpa disana pada hari ini (Jumaat) sehingga 25-3-2017..Sekian..

Monday 13 March 2017

Litar kerteh


Pengenalan Litar motorcross kerteh.
Litar motocross kerteh terletak dikampung tengah 1,kerteh.Litar ini juga terletak berhampiran dengan kuala sungai kerteh.Kuala sungai kerteh mempunyai pantai yang sangat cantik,memanjang saujana mata memandang,Litar motocross kerteh dibuat untuk acara track dan acara endurance,panjang litar ini ialah 1.2km,Oleh kerana terletak ditepi pantai litar ini adalah 100% litar yang berpasir.Mem,punyai beberapa halangan khusus untuk perlumbaan motocross.Boleh dikatakan litar motocross kerteh merupakan satu2 litar yang berpasir 100%.Litar yang seperti ini menjanjikan cabaran yang bukan sedikit kepada rider2 yang ingin  mmencuba dalam acara motocross.

Pada 10-11 dan 12-3-2017 satu acara motocross telah dilangsungkan dilitar ini.Acara ini dinamakan sebagai PIALA YB IR HAJI ROSLI OTHMAN iaitu adun dikawasan tersebut.Team HTMCC tidak ketinggalan menyertai event yang diadakan.Beberapa orang dari rider htmcc telah mengambil bahagian.
1 Zulkifli Abdul Mutalib
2 Kamarul Munir
3 Kamarul harith
4 Amru Asyraf Samsudin
5 Raja Ahmad Falahi
 6 Rizuan Zamri
7 Raja Ahmad Hazwan

Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan,Team HTMCC telah mengambil bahagian didalam lima acara.
1 CKD OPEN
2 CUBCROSS OPEN
3 CUBCROSS/CKD ENDURANCE
4 MX OPEN
5 ENDURANCE OPEN

Kemenangan yang diperolehi oleh rider2 HTMCC

CKD CROSS OPEN.
1 Ahmad Kamarul munir.------------- tempat pertama
2 Ahmad kamarul harith-------------- tempat ke-4
3  Raja Ahmad Hazwan-----------------tempat ke-6
4  Raja Ahmad Falahi-------------------tempat ke-12

 Cubcross Open
1 Ahmad kamarul harith---------------tempat ke-2
2 Ahmad Kamarul Munir-------------tempat ke-3
3 Rizuan Zamri--------------------------tempat ke-4
4 Raja Ahmad Falahi--------------------tempat ke-15

Cubcross/CKD Open endurance
1 Rizuan Zamri-------------------------tempat pertama
2 Raja Ahmad Falahi-----------------tempat ke-7
3 Ahmad kamarul Munir------------tempat ke-10
4  Amru Asyraf-------------------------tempat ke 13

MX OPEN.
1 Zulkifli Abdul Mutalib-------------tempat ke-4

Endurance open.
1 Zulkifli Abdul Mutalib------------tempat pertama.

Keputusan diatas bersumberkan di mylaps.com.Untuk lebih detail mengenai keputusan dilitar kerteh harap kunjungi MYLAPS.COM.Disitu semua ada keputusan yang lalu atau yang terkini..Sekian

Acara ckd moto 2







Monday 6 March 2017

rain forest tayar dua

Pada 4 & 5-3-2017 htmcc dan belia kampung bukit gemuroh telah buat satu program bermain motor.Distinasi merupakan tempat dah biasa dibuat iaitu laluan kechengal besar.Laluan ini merupakan satu2nya laluan yang yg diketahui oleh team htmcc tak melibatkan jalan raya gazet kerajaan yang memerlukan cukai jalan untuk lalu diatasnya (kalau puok2 tu tau ada tempat yg dok perlu cukai jalan,ke Rusia pun puok2 ni gi)Dengan sebab itu lah team htmcc sentiasa buat program hanya ke Chengal besar,Laluan ini cukup memadai kerana panjang laluan ini sekitar 50 km.Cukup memadai untuk merasai kesempitan dan kesusahan kalau sesuatu diluar jangka terjadi (puok2 htmcc ni miskin sangat,dok rok nok kluar pitih banyak klu terjadi sesuatu yg tak diingini).Maksudnya kalau susah tak lah susah sangat,kalau senang pun tak lah senang sangat,kira boleh sentel.Kalau nak terkengkeng tak tak lah sampai tersiat.Kalau rebah pun tak lah sampai repah,Kalau luka pun tak lah perlu sampai berjahit,Kalau lapar tak lah sampai kebulor sehingga terbelalak biji mata. J..


Boleh juga dikatakan program ni merupakan program tahunan atau dwi tahunan.Dengan bekalan itu lah terjadinya program pada kali ini.

Hari pertama.

Target pada hari pertama ialah

 Ke felda mengwang

Dari felda mengkawang ke sungai kelemin

Dari sungai kelemin ke sungai loh (jambatan besi)

Dari jambatan besi ke jambatan gantung,hulu sungai loh

 (Kem terakhir untuk mencapai chengal besar)


Seramai 15 orang peserta bermula dari kampung bukit gemuroh.Setelah diberi sedikit taklimat dan bacaan doa oleh ketua program iaitu En Afzanizam,peserta telah dilepaskan oleh En Azizul pada pukul 10.30 pagi.Laluan masuk yang dipilih seperti juga pada program yang lalu iaitu di Felda mengkawang,Laluan tar untuk ke felda mengkawang sejauh 22km.Kampung2 yang dilalui ialah,kg kuala menjing,lubuk pait,durian bador,padang setar,kampung sekayu air terjun sekayu merupakan laluan ini,selepas itu felcra kuala embong,lalu berhampiran air terjun belukar bukit dan ke felda mengkawang (biar ditel, admin rajin bercerita,kadang2 tu sampai bersembur air liur J).Sampai dipintu gerbang felda mengkawang peserta di kira sorang2 supaya jelas bilangan nya bimbang kut ada yang tercicir (kut menangis kena tinggal) Setelah jelas semua nya dan setelah sesi mengambil gambar serta mengisi minyak sepenuh2 tangki, (ada pam minyak difelda mengkawang,admin pun baru tau) Peserta bermula memasuki hutan lebih kurang pukul 11.30 pagi.Permulaan penunggangan melalui laluan yang terhenjut2 akibat dari long balak yang dbuat ditanah yang lembut.Sekurang2nya empat alur yang besar dan kecil dilalui dilaluan ini.Selain itu laluan ini mempunyai laluan berbatu2 yang memerlukan kemahiran penunggangan (klu gelecoh sikit boleh terjerebab reboh)


Sungai kelemin dicapai pada pukul 12.15 tengah hari,sampai sungai kelemin maka bermula lah sesi memikul motor sebuah demi sebuah.Masa yang diambil disini sangat lama (klu meleh lembu,siap dengan bergulai mcm kenduri nikoh dan siap boleh buat sup gear box,punya lah lama kat sini).Sejam setengah hanya mengangkat motor sahaja disungai kelemin,Perjalannan diteruskan setelah semua sesi angkat mengangkat selesai,Disungai kelemin juga peserta menjadi semakin ramai kerana bergabung dgn peserta dari kampung sekayu seramai lima orang,jadi peserta sudah menjadi 20 orang semuanya.


Laluan sungai kelemin ke sungai loh merupakan laluan yang sangat selesa kerana laluan ini merupakan laluan balak yang sangat baru ditinggalkan,Jadi penunggangan menjadi lancar,tak sangkut2..Juga beberapa anak sungai dilalui,Sebenarnya anak2 sungai dilaluan ini dah pun memadai  untuk mandi dan memancing,kalau sekadar ikan tebal sisik,ikan rom memang banyak disini,(umpan kulit kaki,hanya sekadar kail dengan tin susu je,belanar doh boleh,tp sombong tu lah,heeeeee.tp bkn team htmcc,team lain hok sombong toh,hahahaha.team htmcc nok gi main motor boh bkn nok ngail)


Sampai disungai loh pada pukul 2.30 petang.Disini sesi angkat mengangkat untuk kali kedua bermula,tapi disungai loh angkat mengangkatnya tak lah menjadi kerisauan sangat kerana sebahagian dari sungai ini terbinanya jambatan yang team htmcc menamakan sebagai jambatan besi,Jambatan ini dibina dengan besi pada bahagian rasuknya dan kayu sebagai lantainya.Pada masa pembalakan beroperasi,sebahagian dari jambatan ini dibina dengan pasir yang ditambun dan terbinalah sebuah laluan yang baik tapi pada musim banjir, pasir yang ditambun akan terhakis menyebabkan jambatan sahaja yang tinggal.Sesi angkat mengangkat mengambil masa hanya setengah jam,Perjalanan bermula pada lebih kurang pukul tiga lebih2 sikit,Disini dua lagi peserta bergabung menjadikan jumlah nya seramai 22 orang.


Sampai disempadan chengal besar sesi bergambar mengambil masa ala kadar kerana perjalanan mesti diteruskan untuk menjimatkan masa,bimbang laluan teruk dihadapan kerana kepastian tak ada langsung dilaluan ini.Mungkin sangat teruk dan tak mungkin sama sekali laluan ini selesa macam lapangan terbang, kerana selepas banjir biasanya akan terjadi banyak tanah runtuh dan lurah2 air yang besar,perlu juga diingatkan kawasan ini telah menjadi larangan untuk memasukinya.jadi kawasan ini bukan lah merupakan jalan balak yang dijaga malah telah pun ditinggalkan sedemikian rupa walaupun telah diwar2kan disinilah ada pokok chengal besar yang terbesar dimalaysia. (dalam erti kata lain pihak kerajaan dok cara doh).


Permulaan dari papan tanda chengal besar tak lah teruk sangat,boleh dikatakan sebagai santai2 sahaja(tempat ni pun ada jgk yg tertonggeng) sehinggalah disatu tempat,dimana tanah runtuh yang besar terjadi akibat dari hujan lebat diwaktu banjir pada bulan disember dan januari baru2 ini.Tanah runtuh ini menyebabkan terjadinya lurah air yang besar,jadi laluan nya sangat sukar dan lambat,disini memerlukan masa yang sangat lama untuk melepasi halangan,motor terpaksa dibawa sebuah demi sebuah.Disini masa yang diambik selama sejam.Lebih dari pukul 5 perjalanan diteruskan kerana mengejar masa.Oleh kerana semua peserta dah kehabisan tenaga perjalanan terpaksa berhenti untuk makan dianak sungai.Ketika ini kouta dah pun nak habis,mungkin dah tinggal satu bal sahaja atau pun dah ada amaran warna merah,ketika ini operator dah tak kira sama ada celcom,digi,umobile,maxis semua hentam belaka,kalau dia nak remove pun biar dia remove sendiri,bab topup mesti kena topup,kalau tak topup memang tak boleh nak online.Admin sendiri sedap2 topup lauk budu rasa plk nk muntah,Operator memang yang dah biasa tp mungkin kerana dah betul2 habis kouta sim dah tak pandai nak baca,mungkin terhentak2 kuat mengakibatkan terkena jangkitan virus sbb tu nak muntah. J.


Sesudah semua dah topup perjalanan diteruskan lagi sehingga lah terjumpa lagi dengan tanah runtuh yang menyebabkan laluan tertutup semua nya,perjalanan sangat sukar kerana laluan sangat curam.Ketika ini semua dah merah muka tapi masih lagi bersemangat untuk mengheret motor untuk meneruskan perjalanan,ketika ini perjalanan dah pun mencapai 6 km dari papan tanda chengal besar,masih ada lagi 4 km untuk sampai ke kem satu.Yang betul2 merah muka ialah admin sendiri,Setelah bermesyuarat dengan panjang lebar dengan ketua program,admin serta lima orang lagi akan bermalam di kem tiga.Semua 17 peserta lain meneruskan perjalanan untuk ke kem dua dan seterusnya ke kem satu.Dari sini putus lah hubungan untuk kem tiga dengan kumpulan yang besar,ketika ini jam dah menunjukkan pukul 6.30..Kem tiga telah berkhemah dengan jayanya pada pukul 6.45 petang dan tidor untuk menunggu pagi esuk.


Cerita kumpulan yang meneruskan perjalanan,yang telah diceritakan oleh ketua program;
Kumpulan yang akan meneruskan perjalanan telah menghela motor menaiki curam yang terjadi akibat dari runtuhan tanah.Masa disini diambik agak lama tetapi meneruskan perjalanan dengan keadaan yang tak pasti.Laluan ini mempunyai beberapa anak sungai yg agak besar.Dengan keadaan yang susah payah kumpulan yang besar telah sampai ke kem 2 pada pukul 7.15 petang.Ketua kumpulan telah mengambil keputusan untuk bermalam disitu disebabkan perjalanan dimalam hari sangat membahaya,ditambah dengan peserta yang tak ada lampu dan ada yang tak punya brek langsung.Oleh kerana terlalu letih ramai peserta telah tidur awal untuk menunggu hari esuk yang tak pasti,(komputer pun bleh hanging klu on sokmo,ni kan plk manusia, main kerja sokmo,patoh riuk boh).tetapi ada peserta yg agak lasak telah memncing untuk dibuat lauk.Maka tamat lah hari pertama dengan jayanya.


Hari ke-2.seperti yang diceritakan oleh afzanizam.
Bangun pagi pada hari kedua setelah hari pertama yang sangat letih menjanjikan kelewatan (mayang ke dok toh boh,aduhhhh ). Mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perjalanan atau nak patah balik seawal mungkin kerana mengenangkan laluan yang sukar dihari pertama.Ahli2 mesyuarat telah pun dipanggil oleh ketua program.Ahli mesyuarat telah dilantik dengan cara anumerta dan mungkin ada juga yang jenis persona non grata,kihkihkih,(hentam sajer lah labu).maksudnya tak payah bawak bincang.hahahaha.Keputusan telah diambik dgn keputusan sebulat suara untuk berpatah balik dengan semua peserta tak sampai ke kem satu dan jauh dari pokok chengal besar.Alasan keputusan tersebut kerana didapati kebanyakan peserta dah pun sampai ke chengal besar dan tak perlulah sangat untuk menghabiskan masa terlalu banyak untuk ke kem satu dan terus ke pokok chengal besar,perlu juga diingat untuk sampai ke chengal besar terpaksa lagi mengharung perjalanan sejauh lebih kurang 4 km,(kurang terlebih tu sikit2 jer,dok rajin ukur dgn tali tape) iaitu 2 km dengan bermotor dan 2 km dengan by walk,By walk ni lah yang menjadi halangan yang sangat besar.Dengan keputusan tersebut semua peserta berlepas balik pada pukul 11.00 pagi dengan mengharung perjalanan yang seperti dihari pertama.Perjalanan balik melalui laluan yang menurun dan tempat2 yang teruk menjadi agak senang dilalui.Sampai dipapan tanda kawasan chengal besar,tiga orang peserta telah mengambil laluan ke jongok batu dan meneruskan perjalanan ketempat masing2.Mereka ialah En Azmi Mohamad dari binjai kemaman seorang dari fren group htmcc yg baru dikenali dan dua peserta dari felda jerangau. Admin di kem tiga dengan peserta dikem dua telah bergabung disungai kelemin lebih kurang pada pukul 3 petang. Meneruskan perjalanan ke kampung pada pukul 3.30 petang dengan melalui 11km dilaluan ke felda mengkawang dan 24 km dijalan tar iaitu laluan semasa datang.Sampai rumah masing2 pada pukul 4.45 petang secara lebih kurang.Tamat lah sudah kembara kechengal besar yang gagal untuk bergambar dichengal besar,tapi sangat berjaya  mengharung laluan yang paling sukar dalam sejarah perjalanan team HTMCC.SEKIAN ADANYA. :) TERIMA KASIH KERANA BACA

(PANJANG JGK CERITA TRIK NI,DOK CAKAP NOK BACA,KER GUANER,ADMIN BOLEH KELETONG LEBIH DARI NI,TP MALAS,KOT ORANG XBOH BACA,HEHEHE)

gambar-gambar;












banyak lagi gambar,tp takut jeluok je,hahaha..