Sunday 2 April 2017

litar bukit tempurong 2017

Pada 31-3-2017 dan 1-4-2017 telah berlangsung satu event dilitar bukit tempurong.Kerandang.Besut..Pertama2 dengar nama tempat ni menyebabkan admin jadi keliru dengan nama yang diberikan.Kerandang dan bukit tempurong.Nama kerandang seolah2 nama yang keras maksudnya,kerana kerandang boleh menyebabkan orang akan teringat perkataan cika tandang,satu sumpah yang sangat menakjubkan,tapi mungkin ada yang menyamakan perkataan kerandang hanya lah galang2 kayu didangau2,Walau macam mana pun,setelah diogeh2 dalam google maka didapati maksud kerandang sangat jauh bezanya dari yang difikirkan.

KERANDANG:
Kerandang atau serandang (Channa pleurophthalma) adalah sejenis ikan air tawar anggota suku Channidae (kerabat gabus). Ikan buas ini menyebar terbatas di Kalimantan dan Sumatera. Ada pula yang menyebutnya toman bunga atau selendang mayang. Dalam Bahasa Inggris disebut Ocellated Snakehead, merujuk pada pola bulatan-bulatan serupa mata di sisi badannya

Kerandang versi wikipedia mengatakan kerandang ialah ikan toman dan ikan toman jenis ni hanya ada disumatera sahaja,Apa yang kita tahu ikan toman ada juga ditempat kita seperti ditasik kenyir tetapi mungkin juga kerandang yg dimaksudkan ialah ikan jalal (bukan jalal hok katok body bukit muruh toh,HADUHHH).Walau mcm mana pun kerandang bermaksud ikan toman..Habis situ..

BUKIT TEMPURONG..
Terlalu mudah untuk menamakan tempat ni dengan nama bukit tempurong,Kita boleh saja mereka2 ceritanya  dengan terjumpa tempurong kelapa dibukit ni dan langsung menamakan tempat ni sebagai bukit tempurong.Sebenarnya tempat ni tak ada pun tempurong yg dijumpai atau pun fosil tempurong.Bukit tempurong dinamakan sebegitu rupa kerana bentuk nya seperti tempurung kelapa apabila dilihat dari jauh,Terutamanya apabila dilihat dari laut.Pada zaman dahulu sebelum kisah perlayaran mushi Abdullah tempat ini telah dikesan oleh pelayar2 sebelum nya,Perlu juga diketahui bukit ini boleh dikatakan tinggi sehingga terlihat dari dari jauh dan dapat dikesan dgn mudah.Dari situ lah bukit tempurong mendapat nama.Kisah yang menakjubkan telah berlaku disini sehingga kesan nya terjadi sampai sekarang,Pada masa dahulu bukit tempurong telah dijadikan tempat untuk membuang makhluk halus (BUKAN JARUM ATAU SEMUT ATAU PUN BENDA2 YANG HALUS2,TAPI SATU JENIS HIDUPAN YANG DIGUNAKAN OLEH ORANG DULU2) Dalam ceritanya yang dikesan telah terjadi pengambilan tanah oleh penduduk tempatan untuk dibuat kebun dan sebagainya,Ada pantang larang yang telah dilanggar,maksudnya tak minta izin dan  kemusnahan yang berleluasa dan tambah dengan tempat tu tempat pembuangan sisa2 yang tak dikehendaki,Dari situ lah kawasan tersebut telah mengalami ganguan.Ganguan tersebut telah diceritakan sampai sekarang (Dari 31-3-2017 sehingga selamanya tempat ni dah tak ada ganguan,Tok Bomo gi hambat dah belaka)hahahaha..Kalau malas nak baca jangan baca..:)

Habis lah cerita tempat race motor 2017 mendapat namanya..Terus saja kapada keputusan race moto yang telah disertai oleh rider2 team HTMCC.Kerana rider Team HTMCC telah menyahut cabaran dilitar bukit tempurong.Pada blog kali ni malas rasanya nak isi gambar banyak2 kerana gambar dan video telah banyak diisi dalam wall Facebook HTMCC,Klu nak tenguk video rujuk saja ka dinding tersebut.


Rider2..
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Amru Asyraff
4) Rizuan Zamri
Katagori yang disertai.
1) Cubcross Open..
2) CKD Open
3) Cubcross Endurance

CUBCROSS OPEN
1)Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Amru Asyraff
4) Rizuan Zamri

CKD OPEN
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
3) Rizuan Zamri

CUBCROSS ENDURANCE
1) Rizuan Zamri
Keputusan.
Cubcross Open..
1) Kamarul Munir tempat pertama
2) Kamarul Harith tempat ke-2
3) Amru Asyraff tempat yg ke-gagal
4) Ridzuan Zamri tempat yang ke-6

CKD Open..
1) Kamarul Munir tempat yang ke-2
2) Kamarul Harith tempat yang ke-3.
3) Ridzuan Zamri tempat yg ke-6

Cubcross Endurance
1) Ridzuan Zamri tempat yang ke-gagal

Cerita2 dilitar.
Yang admin nak cerita sikit tentang keselamatan.Ramai pengunjung yang datang membawa kereta dan moto,Angota rela yang bertugas sangat tegas dengan tugasnya.Mengarahkan pengunjung meletak kederaan ditempat yang sepatutnya,tetapi ketegasan nya sangat berhemah dan tak mendatangkan kemarahan pengunjung,Susunan kederaan mesti disusun dengan spatutnya.Kata anggota trsebut untuk memudahkan aliran kenderaan pasukan kecemasan untuk menjalankan tugasnya.Kesungguhan arahannya dan kata2nya menyebabkan admin terfikir adakah dalam fikiran anggota tersebut akan terjadi kemalangan yang kerap sehingga kederaan mesti diletak sedemikian rupa,Walau mcm mana pun kesungguhan beliau mungkin akibat dari latihan yang diberikan.Cemas pada muka nya menyebabkan kereta admin diletak jauh2 supaya tak menjadi kesusahan kapadanya.Tabik kepada anggota rela yang sorang ni.. (dok ingat nok ambik gambar dia).

Tentang penonton.
Pada event dilitar bukit tempurong ini penontonnya sangat ramai.Boleh dikatakan kesemua penduduk berhampiran telah keluar menonton acara yang diadakan.Begitu jgk dengan peniaga,dari sebelah bawah sehingga sebelah atas ramai peniaga yg berniaga.Laris jualan jgn dikira.(mcm nok gi nega etekk jer,heehehehe).

Tentang litar..
Litar bukit tempurung telah dibina ditepi sawah padi dan menjanjikan pemandangan yang sangat indah.Boleh dikatakan litar dibukit tempurung sangat memuaskan.tiada debu yang berterbangan seperti dikebanyakan litar yang lain.Keadaan litar kering pun tidak,basah pun tidak,keadaan ini terjadi disebabkan oleh hujan turun dimalam harinya..

Last sekali...Tiada komen apa2 kerana kalau komen pun penerimaan dari perkomenan tidak akan diterima sama ada salah atau pun betul kerana kebanyakan dari penganjur mesti mendakwa penganjuran nya lah yang terbaik..Sekian

Macam booth nak jual ubi kayu.:)

video dalam katagori CKD Open

Starting.

0 comments:

Post a Comment