Sunday 22 March 2015

htmcc/chengal besar




Chengal besar menjadi idaman kapada angota team Htmcc yang belum lagi sampai kepokok chengal yang dikatakan yang terbesar didunia,Telah ramai ahli group htmcc yang telah mengapai kekawasan ini dan Chengal besar bukan lah asing kapada ahli group Htmcc  baca disini .http://alamiindah.blogspot.com/2011/06/cengal-besar.html.Chengal besar juga menjadi idaman kapada pecinta sukan lasak sama ada kapada kederaan 4x4 atau pun yang bermotor.Laluan ke-Chengal besar sangat sesuai untuk sukan yang macam ini.

Pada 20hb.mac 2015 dan 21hb.mac 2015 sekali lagi htmcc telah mengatur satu ekpedisi yang digerakan oleh orang kuat AJK Htmcc iaitu saudara afnizam nizam (nama facebook).Pada ekpedisi kali ini telah disertai oleh 16 orang ahli clubnya.Pada ekpedisi yang lalu (baca disini)http://htmcc-motocross-cubcross.blogspot.com/2013/12/htmcccengal-besar.html htmcc telah gagal untuk mengcapai Chengal besar kerana kesuntukan masa dan Cuma telah sampai dihentian terakhir iaitu hentian sungai loh,dari hentian ini masa telah suntuk dan ekpedisi telah berpatah balik.Pada kali ini htmcc telah mengatur satu masa yang baik iaitu selama dua hari dan ekpedisi pada kali ini telah mencapai matlamatnya.






Untuk ke Chengal besar dengan mengambil laluan dari Felda Mengkawang boleh dikatakan mempunyai 4 bahagian,iaitu;
1)Felda Mengkawang ke-sungai Kelemin.>>>>> 10 km
2)Sungai Kelemin ke Jambatan Besi Sungai Loh.>>> 8km
3)Jambatan Besi Sungai Loh ke-boundary Chengal Besar. >>> 4km
4)Dari boundary Chengal besar ke Pokok Chengal besar>>> 15km
Catitan: jarak jauh yg ditunjukan berdasarkan agak2 admin sahaja>>(dok boleh buat kira cara)



1) Hari Pertama:
Bertolak tepat pada pukul 4 petang 20hb.mac difelda Mengkawang iaitu salah satu pintu masuk untuk ke-Chengal besar.Dari Felda Mengkawang mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke sungai kelemin iaitu salah satu sungai yang agak besar,Dilaluan ini tak banyak masalah yang dihadapi Cuma sebuah motor telah meragam.Motor ditinggalkan.Kelewatan perjalanan disebabkan oleh masalah yang seperti ini.Laluan jalan ke sungai kelemin sangat baik  dan tak perlu memerah tenaga yang banyak.



Tiba dan menyemberang sungai kelemin pada pukul 5 petang dan sampai ke jambatan besi sungai Loh pada pukul 5.40 petang dengan sedikit pun tak mengalami masalah Cuma laluannya yang penuh dengan debu kerana laluan ini merupakan jalan balak baru dan masih beroperasi.Laluan ini sangat mendamaikan kalau tak disebabkan dengan debu laluan balak,Sungai Loh yang merentangi laluan ini sangat menghiburkan dengan pemandangan nya yang indah dan mengembalikan ingatan kecantikan seperti yang digambarkan didalam buku2 cerita.Sungai loh yang sangat menghiburkan dengan air jernih mengalir laju dijeram2nya hingga kesungai Dungun.



Berhenti sebentar untuk solat asar dan meneruskan perjalanan untuk bahagian yang ke-3 iaitu untuk ke boundary Chengal besar,Dari sini tak menjadi masalah langsung kerana sebahagian besarnya merupakan jalan yang berturap tar,Cuma laluan ini hanya 4-5 km sahaja.Biasanya pengunjung keChengal besar akan berhenti dipapan kenyataan yang menunjukan kita berada dikawasan Chengal besar,Disini para peserta akan bergambar untuk membuktikan mereka mengunjungi tempat ini dan tak kecuali ahli2 group htmcc.



Step yang keempat ini  merupakan cabaran nya yang sebenar untuk ke-pokok Chengal besar yang sejauh 15 km.Dari boundary sejauh beberapa kilometer menyaksikan laluan yang baik.Tak mempunyai masalah langsung tetapi setelah hampir separuh perjalanan laluan dah semakin meninggi dan beberapa jentera telah mengalami kerosakan,mungkin kerana perahan tenaga yang teruk atau pun disebabkan ramai dari peserta rombongan telah jatuh semasa menunggang.Kegetiran menunggang dikawasan yang laluan berlurah serta sempit menyebabkan perjalanan semakin lambat ditambah dengan hari yang semakin gelap disebabkan malam telah pun tiba.Sebuah jentera telah ditinggalkan kerana mengalami kerosakan yang teruk dan tak dapat dibaiki didalam malam yang gelap,Kegetiran menunggang berakhir pada pukul 8.20 malam setelah tiba dihentian terakhir ditepi sungai loh.Memasak untuk makan malam dengan cara ala kadar dan tidur untuk menunggu cabaran untuk ke pokok Chengal besar pada keesukan hari nya.



Hari ke-2..
Setelah makan pagi pada pukul 9.00 pagi peserta bergerak ke Chengal besar dengan hanya 9 orang peserta sahaja dari 16 semuanya,Kegagalan untuk menyertai kumpulan pendaki keChengal besar kerana kecederaan yang dialami semasa menunggang pada hari pertama dan tak ingin memburukan keadaan lagi untuk mengambil risiko dimasa balik.



Chengal besar sangat gah nama nya disuatu masa yang lalu kini telah tidak dikunjungi lagi berdasarkan keadaan laluan yang sangat terbiar,Laluan yang team htmcc lalui merupakan jalan yang langsung tak di diperbaharui oleh pihak berkenaan,Dengan memikul motor menyemberangi sungai Loh dan mengambil masa yang agak lama untuk menyudah kan sesi memikul pada masa pergi menyebabkan kelewatan masa diambil untuk sampai ke Chengal besar,Beberapa tempat tanah runtuh yang teruk dan menghela motor dengan cara memikul dibanyak tempat,Team sampai ke pokok Chengal besar pada pukul satu tengah hari dengan berjalan kaki selama satu jam setengah kerana untuk mengunakan motor tak mungkin sama sekali.



Setelah sesi bergambar team telah turun balik pada setengah jam kemudian nya dengan cara yang serupa dimasa mendaki iaitu memikul satu persatu motor menuruni bukit dijalan yang runtuk serta memikul motor semasa menyemberang sungai Loh untuk bergabung dengan team yang gagal mendaki.Team telah sampai ke hentian terakhir ditepi sungai Loh pada pukul 3.30 petang dengan menamatkan impian melihat pokok CHENGAL BESAR YANG TERBESAR DIDUNIA.




Bertolak balik pada pukul 4.30 petang,masa bertolak balik yang agak lewat kerana perjalanan yang diambil semasa datang ialah 4 jam setengah dan bertolak balik pada waktu ini merupakan sesuatu yang sangat menyukarkan kerana berkemungkinan besar perjalanan pada waktu malam akan terjadi,Balik pada laluan yang sama pada masa datang dan membaiki motor yang rosak menyebabkan masa yang diambil sangat lama di laluan yang sukar.Setelah bersusah payah menghela motor dengan cara menarik menaiki dan menuruni bukit team htmcc telah sampai ke jambatan besi disungai loh pada pukul 8 malam.




Oleh kerana dua buah motor dah tak boleh digunakan lagi bantuan luar dipanggil untuk mengambil motor yang rosak,(panggilan talipon dibuat mengunakan talipon pekerja balak yang kebetulan lalu,Talipon mengunakan perkhidmatan line maxis,line celcom hampeh kat sini) Team telah berkampung dijambatan besi selama 2 jam untuk menunggu bantuan luar tiba.Mengambil masa itu beberapa orang angota team telah keluar membeli makanan ringan dikampung jongok batu yang terletak 8 km dari jambatan besi sungai Loh.Kebanyak angota team memang kelaparan pada masa itu,Menunggu bantuan luar mengambil masa yang lama kerana bantuan yang akan sampai kejambatan besi sejauh lebih kurang 100km.Bantuan akan datang melalui lebuhraya pantai timur Ajil-Bukit besi dan mengambil jalan kekampung pasir raja dikampung jongok batu dan kejambatan besi sungai Loh.



Hampir 2 jam menunggu, bantuan tiba pada pukul 9.45.Setelah mengangkat motor team berbaki seramai 14 orang kerana dua orang anggota nya balik mengunakan pancuan 4 roda yang datang.Bertolak pada pukul 10.00  malam dengan laluan yang penuh debu team telah sampai agak lewat disungai kelemin kerana sebelum itu semua angota team telah tersesat jalan sehingga kekaki gunung,Satu pengalaman yang sangat mengerikan.Sesuatu yang tak patut terjadi,kerana sesat yang panjang mengakibatkan berapa perkara akan terjadi iaitu berkemungkinan minyak akan habis,sejuk yang teruk dikawasan gunung,semangat akan luntur,bahaya dari binatang buas seperti gajah dan sebagainya (memang terjumpa gajah,salah seorang angota hampir melanggar gajah yang kebetulan lalu kat kawasan itu,yang hairan gajah pun ada rombongan jugak,mungkin rombongan meminang kut kerana angota rombongan gajah memang agak ramai,kalau bukan rombongan meminang mungkin nak pergi kenduri,kikikikiki).Berpatah balik untuk mencari laluan yang sebenar dengan keributan dengan angota kumpulan pak besar,team telah sampai kesungai kelemin pada pukul 11.30,Seperti masa datang team hanya menyemberang sungai kelemin tanpa masalah kerana sungai kelemin sangat cetek air nya iaitu sedalam paras lutut sahaja,



Laluan antara sungai kelemin dan felda mengkawang tak banyak mengambil masa kerana semua angota mengunakan kelajuan agak tinggi,Cuma sedikit masa diambil kerana menarik motor yang rosak yang ditinggalkan pada hari pertama.Sampai ditepi Felda mengkawang pada hampir pukul 12.30 malam,Setelah mengangkat motor yang rosak kedalam pacuan empat roda yang sedia menunggu kerana semua  masalah telah diberitahu semasa dijambatan besi disungai Loh.



Bertolak dari Felda Mengkawang pada pukul 12.40 dengan melalui kampung belukar bukit dan ke kampung sekayu dan terus kekampung angota team yang terletak 25 km dari felda mengkawang.Sampai kedistinasi pada pukul 1.05 tengah malam dengan semua angota mengunakan kelajuan yang tinggi seperti nak masuk race motor.huhuhuhuhu..SEKIAN




Catitan: Terus terang aku cakap sebagai seorang admin bahawa team htmcc yang pergi tak mempunyai peralatan yang cukup terutamanya dari segi penyediaan jentera,kerana hingga diperjalanan balik kebanyakan jentera yang digunakan tak mempunyai brek,sama ada brek belakang dan hadapan.Bayangkan jentera yang sedang menuruni bukit yang tinggi dan alur air yang dalam melalui tempat2 tersebut,Walau macam mana pun kerosakan brek memang tak dapat dielakan kerana pengunaan brek yang maksimun dalam perjalanan..





0 comments:

Post a Comment