Monday 5 December 2016

litar bandar tenggara

Bandar tenggara terletak dinegeri johor.Bandar tenggara adalah  sebuah penempatan yang dibangunkan didalam wilayah pembangunan KEJORA .Terletak ditengah2 antara bandar kulai bandar kota tinggi dan keluang.Mula diujudkan pada tahun 1972.Asalnya merupakan penempatan  untuk pekerja ladang sawit.Pada masa itu (1972) terdapat hanya 100 buah rumah sahaja,Sekarang bandar tenggara merupakan tempat yang pesat membangun dibawah KEJORA.
Bandar tenggara telah berkembang pesat dengan terbinanya banyak penempatan baru serta premis perniagaan dan kemudahan awam.Kawasan penempatan penduduk telah dibahagikan kapada 17 zon kecil dibawah JK Masyarakat bandar tenggara..Salah satu dari kemudahan yang dibina ialah Masjid Al-Husna bandar tenggara...


Pada 3-12-2016 dan 4-12-2016 Dibandar tenggara telah mengadakan satu event motor yang dinamakan sebagai Johor Motocross Series.Acara ini telah diadakan dilitar bandar tenggara yang terletak dipinggir bandarnya.Acara ini telah mendapat sambutan dari rider johor sendiri dan beberapa orang rider dari luar johor.Salah satu club dari luar yang menyertai Johor Motocross Series ialah club dari HTMCC.Banyak acara yang telah dipertandingkan,hanya empat acara sahaja yang disertai oleh team HTMCC.

1)MX Expert
2)MX Novice
3)CKD Open
4)Cubcross Open
Peserta yang mewakili htmcc ialah
1)Zulkifli Abdul Mutalib
2)Kamarul Munir.


Kemenangan rider HTMCC:
1)Zulkifli Abdul Mutalib
MX Expert tempat yang ke-gagal
MX Novice tempat yg ke-4

2)Kamarul Munir
Cubcross Open tempat yang ke-2

CKD Open tempat yang ke-5.

Cerita Kaki:
Team telah bertolak dari terengganu pada pukul 12.00 tengah malam pada hari jumaat dan sampai dilitar pada pagi esuk nya pada 3-12-2016.Pada kali ini hanya rider dan enam orang crew sahaja telah menyertai event di bandar tenggara.Yang diketuai oleh saudara Zerie,seorang makanik yg sgt berwibawa.Seramai lapan orang itu merupakan satu keadaan yang cukup menyedihkan,rebah bangun hanya lapan orang tu je tanpa penyokong.Harap masa depan ramai penyokong yg pergi .Sekian

Masjid Al Husna Masjid jamek bendar tenggara

0 comments:

Post a Comment