Thursday 24 November 2016

Litar batu pahat


Apabila sebut batu pahat, mesti teringatkan negeri johor tetapi batu pahat bukan hanya ada dijohor tetapi batu pahat ada juga ditempat lain.Tempat lain yang dimaksudkan ialah di negeri perlis.Tempat tersebut dinamakan sebagai sungai batu pahat.Sungai batu pahat dikenali sebagai tempat rekreasi iaitu sungai nya sendiri sebagai tempat perkelahan.Tarikan lain sungai batu pahat ialah taman ular dan taman burung.Tarikan baru sungai batu pahat ialah trek motocross.Banyak acara motocross telah dilangsungkan ditrek ini,sama ada diperingkat malaysia atau hanya diperingkat tempatan...
Tempat perkelahan sungai batu pahat perlis,Sungai ini hanya lapan km sahaja panjang nya

Pada 19-11-2016 dan 20-11-2016  telah dilangsungkan satu event motocross yang melibatkan peserta dari seluruh malaysia serta disertai oleh rider2 dari thailand.Team dari HTMCC tidak ketinggalan mengambil bahagian dilitar paling atas disemenanjung tanah melayu dengan disertai oleh beberapa orang ridernya.

booth cokeng dera tganu

Rider dari team HTMCC yang mengambil bahagian.
1)Kamarul Munir
2)Kamarul Harith
3)Ridwan Zamri..

Beberapa acara telah dipertandingkan,Acara2 yang dipertandingkan ialah..
1)MX Expert
2)MX Novice
3)MX 30
4)junior
5)CRD Open
6)Cubcross Open
7)Cubcross Tertutup Perlis
8)CKD Endurance
9)Endurance Open
10)Endurance Veteren
11)Modenas Open 

Acara yang disertai oleh rider team htmcc ialah.
1)Cubcross Open
2)CKD Open.
3)CKD Endurance

Kamarul Munir telah mengambil bahagian dalam ketiga2 acara iaitu
1)Cubcross Open
2)CKD Open
3)CKD Endurance

Kamarul harith telah mengambil satu acara sahaja iaitu,
1)Cubcross Open..

Ridwan Zamri telah mengambil bahagian dalam acara.
1)CKD Open..

KEMENANGAN RIDER TEAM HTMCC.
Kamarul munir.
1)Cubcross Open ditempat yang ke-3
2)CKD Open ditempat yang ke-2
3)CKD Endurance tempat yang ke-3

Kamarul Harith
Cubcross Open tempat yang ke-7

Ridwan Zamri..
CKD Open   di gagal.

Jumpa lagi dilitar yang seterusnya nya iaitu litar dibukit gantang perak pada 26-11-2016 dan 27-11-2016...

Cerita kaki: Misi ke sungai batu pahat telah diketuai oleh chef de mission saudara zairie abu bakar,(hentam saja) Saudara zairie merupakan mekanik bagi team htmcc,seorang yang cukup berwibawa dalam pengurusan.Dengan sebab beliau lah misi ini terlaksana.


Kederaan untuk membawa jentera ke lokasi pertandingan telah mengalami kerosakan dan tak sempat untuk dibaiki,jadi beliau telah membuat satu inisiatif lain dengan membina sebuah lori tunda yang akan ditarik  mengunakan kereta,Sehari suntuk penunda ini dibuat iaitu pada 17-11-2016,Penunda yang dibuat siap pada pada pukul 11.00 malam pada hari yang sama.Team telah telah disertai seramai tujuh orang termasuk rider dan crew.Rombongan bertolak pada pukul 2.00 pagi 18-11-2016 dan sampai dilokasi sejauh 600km selepas 12 jam perjalanan iaitu pada pukul 2.00 petang...



Sebenarnya kejayaan rider team htmcc bergantung kapada pengorbanan ramai dari crew2nya.Sama ada dorongan atau persiapan kemudahan selain dari sokongan moral.. Umpamanya pembinaan lori tunda,bukan perkara mudah kederaan yang macam tu untuk dibina kalau sikit pengorbanan,Wang ringgit dan keringat.Nama2 yang terlibat dengan pembinaan lori tunda ialah KP Af nizan dan anak buah nya,rombongan tujuh orang terdiri tiga rider dan empat orang crew termasuk zairie dan wan fazrullah..malas dah nak citer,sekian...

0 comments:

Post a Comment