HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Saturday, 22 September 2012

htmcc-gong badak

Perlumbaan motocross dilitar gong badak merupakan aktiviti bulanan dibawah kementerian belia dan sukan negeri terengganu,

Pada 21hb.sept 2012 sekali lagi ianya diadakan untuk memenuhi jadual kementerian ini,Htmcc(hulu terengganu motocross & cubcross club) telah menampilkan beberapa orang ridernya dalam katagori yang dipertandingkan.Pada kali ini 2 katagori yang dipertandingkan iaitu katagori cubcross dan katagori motocross endurance..

Katagori cubcross:
1)Ahmad Kamarul Munir.
2)Ahmad Kamarul Harif..
3) Ahmad sazuan
4)Pijan
5)sazuan azidin

Katagori motocross endurance:
1)Ahmad Kamarul Munir..


A

(start dalam katagori cubcross yang menyaksikan kegagalan sebahagian dari rider htmcc untuk meneruskan perlumbaan akibat dari kegagalan makanikal)




(budin:Juara dalam katagori motocross endurance)
 (Ahmad Kamarul Munir yang mendapat tempat ke-5 dalam katagori motocross endurance,hadiah berupa piala dan duit rm 50 je,hampeh betul)







Sunday, 16 September 2012

htmcc-0pen house litar cempaka

Kejohanan motocros dan cubcross kali ini telah dilangsungkan dikampung Cempaka,kuantan Pahang,Sebenarnya kejohanan ini lebih bersifat mengeratkan silaturahim antara club2 dan pelumba dari seluruh negara, Penganjur kejohanan kali ini telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena menyambut hari raya,Semua rider yang datang telah dijamu dengan bermacam juadah hari raya,,Disamping majlis ini pelumbaan telah diadakan disebelah petang nya dalam katagori cubcross,motocross open dan motocross veteran,Semua perlumbaan telah dijalankan dengan secara santai mengambil semagat hari raya...
 Oleh kerana perlmbaan kali ini hanya sempena menyambut hari raya maka pernyertaan nya sangat berkurangan,Lebih kurang 50 rider menyertai dalam semua katagori,Hadiah nya cuma dalam bentuk hamper sahaja...


 Rumah terbuka..

 Diadakan juga majlis menyambut hari jadi anak perempuan kapada penganjur..
Dalam katagori Cubcross telah dimenangi oleh..
1)Ahmad Kamarul Arif bin Abdul Rashid...
 2)Ahmad Kamarul Munir Bin Abdul Rashid
3)Mohd Kamil Bin Mohd Tahir...










Dalam katagori motocross vateren telah dimenagi oleh:
1) Ah son..
2)Ahmad
3) bobby..









Dalam katagori motocross open telah dimenangi oleh:
1)Fadhir becuk
2)Faiz becok
3)Taufik beseri..

Dalam katagori cubcross hanya empat rider sahaja yang menyertainya..
Dalam katagori motocross 0pen..


Wednesday, 22 August 2012

htmcc-kenduri kawin

Beras kunyit kami taburi,air mawar direnjis wangi,berkembang kasih menabur budi,undangan kami setulus hati,harap sudi datang mera'i..
 Bos yang sentiasa ada dimana-mana,huhuhu..
 Kali ini pada 22hb.ogos 2012 di-kampung kuala menjing htmcc tak bermain motor tapi ahli kelab nya telah melakukan kerja amal dimajlis perkahwinan dirumah salah seorang dari ahli kelab iaitu saudara chico,Beliau telah mengadakan  majlis kenduri kawin kerana perkahwinan adik nya,Ramai antara ahli kelab htmcc hadir untuk meraikan dan melakukan kerja gotong royong.
Aturcara majlis pada kenduri ini ialah dari 11pagi himgga 4 petang,Semoga jodoh kekal hingga keakhir hayat..

Gambar2 kat bawah bersama ahli kelab yang sentiasa bergaya..huhuhu...





Saturday, 4 August 2012

Kejohanan Motocross & Cubcross Pekan Budaya Kuala Berang

Meriah, rancak dan hebat. Gambaran secara umum ini memang hebat diberikan bagi menggambarkan kemeriahan Kejohanan Motocross & Cubcross sempena Pekan Budaya Kuala Berang pada 26 Jun 2012. Kejohan ini merupakan kejohanan sulung yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Hulu Terengganu Motocross & Cubcross Club (HTMCC). Kejohanan ini telah berlangsung di Litar Ajil, Hulu Terengganu.

Kejohanan yang pada asalnya dirancang untuk 'Tertutup' telah bertuka menjadi 'Terbuka'. Pelumba-pelumba dari seluruh pelusuk negara seperti dari Selangor, Johor, Pahang & Kelantan telah datang untuk mencuba nasib.

 Sesi latihan




Cubcross 4T





Cubcross 2T

 Terima ksaih kepada En. Najmi yang sudi menjadi Emcee
Penasihat HTMCC En. Abdul Rashid

Perkongsian Maklumat : Topi Keledar Perlumbaan

Keselamatan perlumbaan motocross/Cubcross melibatkan beberapa isu. Perkara pertama yang kebanyakan orang berfikir apabila keselamatan dibincangkan adalah pakaian keselamatan atau 'Safety Gear' yang dipakai oleh penunggang.

Tidak cukup hanya membuang beberapa gear dan berfikir bahawa anda adalah selamat. Malah, gear yang tidak dipasang dengan betul boleh mewujudkan kemalangan. Sekurang-kurangnya, anda perlu memakai topi keledar dengan betul, baju lengan panjang, seluar panjang, sarung tangan, goggle, kasut but, pelindung dada dan talipinggang pelindung buah pinggang/belakang bawah.

 

Topi keledar merupakan kehendak mutlak perlumbaan. Topi keledar sepatutnya tidak longgar, ringan, dan mempunyai penilaian Snell M95. Sedikit maklumat tentang Yayasan Snell, ia adalah merupakan satu organisasi yang tidak berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat. Organisasi ini telah menetapkan piawaian atau standard bagi helmet perlumbaan motosikal, basikal dan kereta, berlainan dengan DOT yang hanya mentapkan piawaian minima untuk kegunaan di jalan raya awam. Ianya diketahui umum merupakan piawaian terketat di dunia.

Mana-mana topi keledar yang telah diuji dan disahkan oleh Yayasan Snell telah menjalani ujian yang ketat dan terbukti untuk menyediakan standard perlindungan yang tidak dijamin dengan penarafan mana-mana pihak. Yayasan Snell melakukan ujuian berasingan bagi setiap saiz topi keledar untuk menyediakan tahap perlindungan yang sama.

Topi keledar yang baik tidak semestinya mahal, tetapi ia perlu untuk menyediakan perlindungan yang mencukupi. Terdapat topi keledar di pasaran yang murah tetapi masih memenuhi standard keselamatan tertinggi.

Ingat! Keselamatan adalah keutamaan, keseronokan hanya akan menyusur sekiranya keselamatan suksess....

Tuesday, 24 July 2012

htmcc/cubcross 4T

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuhh,..................................
Selamat berpuasa diucapkan kapada semua terutamanya ahli2 HTMCC,Pada bulan ni nmpknya semua rider2 dah menyimpan jentera masing2 untuk tatapan diri sendiri menjelang kejohanan yang akan diadakan selepas  hari raya.

Di-blog pula kegiatan htmcc memang tak habis kerana untuk membuat blog tak memerlukan tenaga yang banyak.Tenaga yang digunakan hanya menhentak jari dikey pad sahaja maka blog pun terjadi lah,huhuhu...

Kat bawah ni diperturunkan kan gambar motor2 yang telah diperlasakkan oleh tuan masing2 dalam memburu kemenangan.Motor kat bawah ni nmpk bersih kerana telah digosok memgunakan pasir sungai untuk menghilangkan segala kekotoran yang melekat untuk tujuan di-blogkan,Ini lah hasil nya..

Kapada Ahli2 club yang lain, yang ingin mempamirkan motor nya dalam blog sila hubungi admin yang sentiasa ada kehulu kehilir untuk mencari mangsa,Anda boleh membawa motor anda ke club sementara yang buka 24jam atau pun anda boleh menyerahkan foto motor kapada admin bila berjumpa,oleh itu jangan segan2,sekian...

As Salam...
Happy Ramadhan to all HTMCC members & followers. In this holy month, all racing & training activities has been stopped temporarily. However, some riders took the opportunity to upgrade their cubcross for the future race.
For the HTMCC's Blog Admins, blogging activities has been proceeded as usual. There's noting to be fear about energy loosing, just pushed out the idea & keep pushing the keyboard...
below are the cubcrosses used by riders in race. 

 Ahmad Kamarul Harif.
 Hafizan Agus
Redzuan Azidin
Ahmad Kamarul Munir
Amirul Anuar.

Monday, 16 July 2012

htmcc-pasir kemudi

 HTMCC bersama AJK Motorcross &Cubcross Pasir Kemudi,Pancing Pahang
HTMCC with Pasir Kemudi Motocross & Cubcross Committee

Buat julung kali nya HTMCC telah keluar dari negeri Terengganu meneruskan cabarannya ke pasir Kemudi, Sg. Lembing, Pahang...Kejohanan ini telah diadakan selama dua hari bermula pada 14hb julai hingga 15hb julai 2012.Katagori yang dipertandingkan ialah.
1)Motorcross open...
2)Motorcross vateran
3)Cubcross 2T & 4T...
4)Classic & CKD...

This is the first race outside Terengganu participated by HTMCC. The race was held from 14 - 15 July 2012. The categories that have been contested are as follows:
1) Motocross - Open
2) Motocross - Veteran
3) Cubcross - 2T & 4T
4) Cubcross - Classic & CKD
  
HTMCC telah mengambil semua bahagian dalam katagori yang dipertandingkan,Acara yang menjadi tumpuan ialah dalam katagori cubcross 4T & 2T kerana dalam acara ini ramai rider dari HTMCC yang mengambil bahagian...

HTMCC has participated in all categories in the race. The focused race was cubcross 4T & 2T where there were a few riders had participated. 
 Nama rider HTMCC dalam katagori cubcross 4T & 2T..

1)Ahmad Kamarul Munir...
2)Pizan Agus...
3)Amirul Anuar..
4)Mohd Akil...
5)Ahmad Kamarul Hariff..
6)Rezuan Azidin
7)Pijo
8)Mohd Nassaie Najmi
9) Mohd Hafizul...

Nama rider dari HTMCC dalam katagori motorcross vateren..
1)Othman Ali..

Nama rider dari HTMCC dalam katagori motorcross open...
1)Taufik Othman..
2)Mohd Nassaie Najmi
3) Budin..

Nama rider  dari HTMCC dalam katagori Classic & CKD
1)Amirul Anuar..
2)Nassaie Najmi..





Keputusan nya....
Dalam katagori Cubcross 4T & 2T..
1)Nassaie Najmi                         Htmcc
2)Mohd asyranie
3)Ahmad Kamarul Munir..         Htmcc
4)Ahmad Kamarul Hariff           Htmcc
5)Mohd Khairul Akil                  Htmcc

Dalam Katagori MotocrossVateren
1) Ah Son..
2) Othman Ali..           Htmcc
3) Adzmi Ismail
4) Mazlan..
5) Cikgu Bakar..


Dalam katagori Motorcross Open.
1) Budin                            Htmcc
2) Nassaie Najmi..             Htmcc
3) Taufik Othman..            Htmcc




 Dalam katagori Classic & CKD
1) Mohd Asyaranie..
2) Nassaie Najmi..          Htmcc
8) Mohd Amirul Anuar.  Htmcc..

Pada keseluruhan nya kejohanan motorcross & cubcross di-pasir kemudi adalah kejohanan  yang terbaik yang HTMCC sertai.Banyak kemudahan yang disediakan terutamanya dari segi keselamatan.Rider2 sentiasa dinasihatkan oleh penganjur untuk mengenakan pakaian yang sesuai untuk kejohanan..Pertahanan Awam sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan,Kemudahan lain ialah surau,bilik air,tandas,conopy dan beberapa kemudahan yang lain,Selain itu penganjur telah menyediakan makan malam untuk semua yang ada dilitar pada sebelah malam nya...

Yang agak terkurang sedikit ialah sound sistem nya agak kurang memuaskan,Sepatutnya pihak penganjur mengambil berat tentang sistem bunyi kerana segala maklumat boleh diambil dari sumber tersebut kalau sistem bunyinya baik...

Overall, this is the best race ever participated by HTMCC so far. Here, many facilities have been established such as surau, bath rooms, toilets, canopies, Emergency Response Team (JPAM) and most importantly is BBQ session which rarely done in many races. Thanks for the good hospitality to Cikgu bakar Mx Club, Sg. Kemudi..
 
Pada saringan dihari pertama sering berlaku kemalangan,Beberapa rider gagal meneruskan perlumbaan masing..
 Pasukan perubatan sangat2 diperlukan dikejohanan yang ektrem seperti lumba motocross & cubcross
Anggota Pertahanan Awam yang sentiasa bersedia..
JPAM who constantly ready for emergencies
Hadiah2nya
Prizes
Mek,huhuhu...
Pemenang kategori Classic & CKD
Winners for Classic & CKD
Pemenang Cubcross - 4T & 2T
Winners for Cubross - 4T & 2T
Pemenang Motorcross -Veteran
Winners for Motocross - Veteran
Pemenang kategori Motorcross -Terbuka
Winners for Motocross - Open


Perlumbaan kategori cubcross 4T & 2T ..
4T & 2T cubcross racing category