Sunday 8 July 2012

htmcc.setiu

Kejohanan motorcross & cubcross setiu telah berlangsung pada 6hb.julai 2012 dan 7hb,julai 2012,Htmcc telah menghantar 10 rider2nya dalam katagori cubcross 4T,cubcross 2T,cubcross junior dan motorcross.Yang mewakili htmcc ialah ahmad kamarul munir,ahmad kamarul arif,zuan azidin,amirul ,ahmad sazuan,hafizan agus,budin,eddie,along dan pijo,
Litar dibuat dalam kawasan sawah padi,..
HARI PERTAMA,6hb.julai...
Hari pertama semua acara bertumpu kapada saringan sahaja dalam katagori cubcross 4T dan cubcross 2T serta motorcross.Semua yang mewakili htmcc telah mengambil saringan ini dan beberapa peserta nya gagal..Masa saringan bermula pada pukul 3.3o petang...
Pijo
arif
Munir
 Brother ni tak race tp dia tukang angkat  bendera,huhuhu..

HARI KE-DUA,7hb,julai............
Hari ke-dua acara telah dimulakan pada pukul 10 pagi dengan beberapa saringan yang melibatkan cubcross yang  rider2 telah gagal pada saringan pada hari pertama,saringan dimulakan dengan cubcross junior dan cubcross 4T.

Semua acara akhir dimulakan pada sebelah petang yang melibatkan semua katagori dari junior sehingga ke andurance,Rider2 dari htmcc yg telah memenangi acara masing2 ialah ahmad kamarul munir dalam katagori 4T ditempat ke-3 yg penuh kontraversi,amirul anuar ditempat ke-5 dlm katagori 2T,pijo ditempat pertama dlm katagori junior dan dlm katagori motorcross dengan pemenang ialah along dan eddie,masing2 mendapat tempat kedua dan ketiga...

Semua hadiah telah disampaikan pada pukul 5.30 petang,bersurai dan out of service is pukul 6 petang,huhuhu..

 Rider dari htmcc dalam katagori motorcross.Along
Mata yang sakit tak berbaloi dengan hadiah yg disediakan,tp kerana minat, yang sakit jadi tak sakit,huhuhu
Keluarga yg tetap setia melihat dan memberi perangsang kapada anaknya..
Kadang2 terasa juga bodoh menunggu dan melihat sesuatu yang tak memberi faedah kpd diri kita,tp permainan apakah yang ternampak atau dirasakan cerdik bila kita melihatnya!!!!!


Sebelum kita tgk video kat bawah,mari kita makan derian terlebih dahulu,klu derian tak ada kat rumah harap pegi beli kat pasar,durian sekarang ni murah2,klu kat pasar tak ada, mari je kat rumah aku ni,Boleh jgk kongsi seulas empat orang,kekekekekekeke.....

Yang dikatakan kontraversi ialah:
1)Dalam katagori 4T saringan telah diadakan sebanyak 3 saringan dan setiap saringan hanya 4 rider yang akan berentap difinal dan saringan yang ke-4 antara yang kalah disaringan 1,2 dan 3,Tetapi pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk memecahkan saringan rider yang kalah kepada 2 saringan yang sepatutnya pecahan tak patut diadakan dan menjadikan semua saringan menjadi 5 saringan,Dari 5 saringan yang kontraversi itu rider yang sepatutnya berentap difinal hanya lah 20 rider sahaja,Tetapi pada final yang diadakan disebelah petang nya terdapat 24 rider yang berentap,..Dari manakah 4 rider yang terlebih itu................

2)Dalam katagori cubcross 2T masa tambahan telah dibuat dari 15 minit kapada 20 minit sedangkan diawal permulaan telah diistiharkan masa untuk katagori itu hanyalah 15 minit sahaja tetapi atas sebab2 kepentingan penganjur masa tambahan telah dibuat.....


3)Dalam satu saringan perlumbaan telah dibatalkan pada pusingan ke-3 atas sebab2 kepentingan penganjuran, sepatutnya pada pusingan tersebut tidak ada pembatalan sama sekali walaupun ramai rider yang gagal atau pun tak dapat meneruskan pertarungan.......


4)Pada pemerhatian htmcc rider yang bernombor 71 dalam katagori cubcross 4T sepatutnya mendapat tempat pertama difinal dan dari pihak urus setia pula, rider ini mendapat tempat ke-2,tetapi telah diistihar pula mendapat tempat ke-3.Pihak htmcc telah membuat bantahan dan dipihak urus setia telah menjadi gelabah tetapi pihak urus setia telah mengunakan kata kebal mereka iaitu,"KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD,".. huhuhuhuhu...hampeh..sekian...

0 comments:

Post a Comment