HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Wednesday 22 August 2012

htmcc-kenduri kawin

Beras kunyit kami taburi,air mawar direnjis wangi,berkembang kasih menabur budi,undangan kami setulus hati,harap sudi datang mera'i..
 Bos yang sentiasa ada dimana-mana,huhuhu..
 Kali ini pada 22hb.ogos 2012 di-kampung kuala menjing htmcc tak bermain motor tapi ahli kelab nya telah melakukan kerja amal dimajlis perkahwinan dirumah salah seorang dari ahli kelab iaitu saudara chico,Beliau telah mengadakan  majlis kenduri kawin kerana perkahwinan adik nya,Ramai antara ahli kelab htmcc hadir untuk meraikan dan melakukan kerja gotong royong.
Aturcara majlis pada kenduri ini ialah dari 11pagi himgga 4 petang,Semoga jodoh kekal hingga keakhir hayat..

Gambar2 kat bawah bersama ahli kelab yang sentiasa bergaya..huhuhu...





Saturday 4 August 2012

Kejohanan Motocross & Cubcross Pekan Budaya Kuala Berang

Meriah, rancak dan hebat. Gambaran secara umum ini memang hebat diberikan bagi menggambarkan kemeriahan Kejohanan Motocross & Cubcross sempena Pekan Budaya Kuala Berang pada 26 Jun 2012. Kejohan ini merupakan kejohanan sulung yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Hulu Terengganu Motocross & Cubcross Club (HTMCC). Kejohanan ini telah berlangsung di Litar Ajil, Hulu Terengganu.

Kejohanan yang pada asalnya dirancang untuk 'Tertutup' telah bertuka menjadi 'Terbuka'. Pelumba-pelumba dari seluruh pelusuk negara seperti dari Selangor, Johor, Pahang & Kelantan telah datang untuk mencuba nasib.

 Sesi latihan




Cubcross 4T





Cubcross 2T

 Terima ksaih kepada En. Najmi yang sudi menjadi Emcee
Penasihat HTMCC En. Abdul Rashid

Perkongsian Maklumat : Topi Keledar Perlumbaan

Keselamatan perlumbaan motocross/Cubcross melibatkan beberapa isu. Perkara pertama yang kebanyakan orang berfikir apabila keselamatan dibincangkan adalah pakaian keselamatan atau 'Safety Gear' yang dipakai oleh penunggang.

Tidak cukup hanya membuang beberapa gear dan berfikir bahawa anda adalah selamat. Malah, gear yang tidak dipasang dengan betul boleh mewujudkan kemalangan. Sekurang-kurangnya, anda perlu memakai topi keledar dengan betul, baju lengan panjang, seluar panjang, sarung tangan, goggle, kasut but, pelindung dada dan talipinggang pelindung buah pinggang/belakang bawah.

 

Topi keledar merupakan kehendak mutlak perlumbaan. Topi keledar sepatutnya tidak longgar, ringan, dan mempunyai penilaian Snell M95. Sedikit maklumat tentang Yayasan Snell, ia adalah merupakan satu organisasi yang tidak berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat. Organisasi ini telah menetapkan piawaian atau standard bagi helmet perlumbaan motosikal, basikal dan kereta, berlainan dengan DOT yang hanya mentapkan piawaian minima untuk kegunaan di jalan raya awam. Ianya diketahui umum merupakan piawaian terketat di dunia.

Mana-mana topi keledar yang telah diuji dan disahkan oleh Yayasan Snell telah menjalani ujian yang ketat dan terbukti untuk menyediakan standard perlindungan yang tidak dijamin dengan penarafan mana-mana pihak. Yayasan Snell melakukan ujuian berasingan bagi setiap saiz topi keledar untuk menyediakan tahap perlindungan yang sama.

Topi keledar yang baik tidak semestinya mahal, tetapi ia perlu untuk menyediakan perlindungan yang mencukupi. Terdapat topi keledar di pasaran yang murah tetapi masih memenuhi standard keselamatan tertinggi.

Ingat! Keselamatan adalah keutamaan, keseronokan hanya akan menyusur sekiranya keselamatan suksess....