Monday 2 May 2016

ekspedisi chengal besar

Pada awal tahun 2016,pengurusan htmcc telah membuat satu jadual untuk jelajah kekawasan chengal besar,dungun.Jadual biasa yang selalu menjadi program bulanan telah menjadi sangat biasa untuk team htmcc,jadi program yang agak mencabar telah diwar2kan seawal tahun 2016.Untuk mengumpul peserta bukan lah mudah kerana masing2 telah terikat dengan jadual masing2.Ada yang bekerja ada yang belajar.Atas sebab itu lah program yang melibatkan ramai peserta mesti diwar2kan seawal mungkin..

Chengal besar bukan lah asing kapada team htmcc kerana sudah banyak kali program kekawasan tersebut telah diadakan,jadi tak jadi masalah untuk kekawasan tersebut,yang jadi masalah untuk pergi kekawasan tersebut yang jauh nya dalam 60km,20km melalui jalan tar dan 40km melalui jalan hutan,sejauh itu memerlukan kesungguhan peserta,kekentalan dan semangat yg tinggi,Sejauh itu mungkin jadi halangan untuk mengumpulkan peserta yang ramai kerana motivasi awal sudah pun sangat memenatkan.(dok gi lagi tapi penat doh) Tarikh yang dipilih ialah pada 30-4-2016 dan 1-5-2016 kerana tarikh tersebut merupakan hari cuti umum iaitu hari pekerja..

Seramai 25 orang peserta telah benar2 didalam list dan telah berkumpul seawal jam 9.00 pagi pada 30-4-2016 untuk mendengar taklimat dan makan pagi oleh sponsor dari jasa (admin pun tak tau apa itu jasa,tulis je hehehe)..Peserta dilepaskan pada pukul 10.00 pagi setelah bacaan doa...

Perjalanan ke chengal besar melalui lima bahagian.
1)      Dari kampung melalui jalan tar sejauh 25 km ke felda mengkawang
2)      Dari felda mengkawang ke sungai kelemin sejauh 10km
3)      Dari sungai kelemin kekawasan chengal besar(papan tanda) sejauh 15 km
4)      Dari kawasan chengal besar kesungai loh sejauh 9km
5)      Dari sungai loh kepokok chengal besar sejauh 3km (jalan kaki)

HARI PERTAMA
Perjalanan bermula dari kampung bukit gemuroh melalui kampung sekayu untuk ke-Felda mengkawang sejauh 25km,Felda mengkawang merupakan pintu masuk kecengal besar disebelah hulu terengganu.Dari felda mengkawang ini lah laluan agak memeritkan kapada peserta yang baru, kerana terpaksa melalui laluan yg agak teruk dan dari sini lah kembara ke chengal besar dah pun bermula.melalui laluan yg sempit,merentas alur2 kecil,laluan yg berlurah serta laluan yg penuh dgn batuan yg agak besar merupakan perkara biasa yg mesti diharungi oleh peserta.Sampai disungai kelemin dah pun pukul 11.45 pagi setelah mengharungi sungai kelemin yg dalam nya separas lutut (musim kemarau boh).

Dari sungai kelemin keboundary (sempadan) chengal besar mengambil masa selama 45 minit,Laluan nya agak baik kerana laluan ini merupakan laluan balak yang masih lagi beroperasi.Semua peserta berjaya menempuh laluan ini dengan tiada masalah,sesekali berhenti rehat oleh kerana kepanasan yang melampau dikawasan yang terdedah.Sampai di boundary chengal besar dah pun pukul 1 tengah hari,Diboundary ini biasanya semua peserta akan berhenti ambil gambar tetapi tak terjadi kapada team htmcc untuk kali ini kerana cuaca yang sangat panas sehingga tak berani untuk singgah.Hanya beberapa orang peserta sahaja yang berhenti untuk snap gambar untuk kenang2an.

Dari boundary ini lah laluan yang benar2 mencabar akan ditempuhi,Laluan yang curam,laluan yang sempit dan berbatu serta kering.Dilaluan ini ramai peserta akan kecundang jika laluan nya basah teruk,tapi jelajah pada kali ini laluan nya sangat kering sehingga susah untuk peserta mengawal jentera masing2.Dilaluan ini lah berkemungkinan ramai peserta akan jatuh dan mungkin akan cedera.Setelah mengharungi perjalanan sejauh 9km dengan melalui sekurang2nya enam batang alur yang agak besar serta empat bukit yang tinggi,team sampai ditepi sungai loh pada pukul 3.00 petang,laluan yang paling singkat tetapi mengambil masa yang lama kerana laluan nya memang sukar.Rehat serta mendirikan khemah untuk tidur dikem ini menunggu keesukan hari untuk mendaki ke chengal besar.

Malam diisi dgn makan apa yang ada,memasak air untuk diminum keesukan harinya (kesihatan kena jaga boh) bercakap2,memancing disungai loh. Boleh dikatakan semua peserta bersolat samaada solat berjamaah atau bersendirian,Ditengah2 perjalanan peserta mengambil jalan masing2 untuk bersolat (main2 juga boh,solat jangan tinggal).Rasa nya dah tamat untuk hari pertama dengan peserta tidur dikedinginan malam dalam suhu yang menurun sehingga 18 darjah celsius.

HARI KEDUA.
Kebanyakan peserta bangun pukul 6.00 pagi untuk bersolat,masak untuk makan pagi dengan buat jeput2,masak mee segera atau pun tenguk nasi sejuk.Ramai peserta menikmati awal pagi yang sangat dingin dengan melihat indahnya matahari terbit dipagi hari.Perjalanan ke chengal besar diambil seawal 7.30 pagi.Seramai 16 peserta telah menyertai misi kepokok chengal besar,selebih yang tak menyertai kerana dah pun sampai kepokok tersebut dan ada yang terlalu letih kerana menunggang di hari pertama.Dari kem ke pokok chengal besar lebih kurang sejauh 3 km.Dari kem kepokok chengal besar hanya berjalan kaki kerana laluan nya dah tak ada,untuk mengunakan jentera adalah tak mungkin kerana akan mengambil masa yang sangat lama dan meletihkan.Mendaki sejauh 3km mengambil masa dua jam lebih disebabkan laluan yang terpaksa dicari atau pun tercari2 laluan nya,jadi masa yg diambil menjadi lama.Kebanyakan laluan dah pun menjadi semak samun,dengan laluan yang terputus serta pokok tumbang.Sampai dipokok chengal besar hampir pukul 10.00 pagi.

Setelah beraksi dipokok chengal besar dengan bermacam2 gaya selama sejam lebih,semua peserta turun ke-kem untuk memulakan perjalanan balik.Masa yang diambil semasa menurun bukit hanya sejam sahaja.Ditengah2 masa untuk balik,semua peserta mengambil masa untuk mandi manda disungai loh yg sangat sejuk,ada yang makan dan memeriksa jentera masing2.Bertolak balik seawal jam 2-30 petang dengan melalui laluan yg diambil semasa datang dengan pengalaman yang serupa.

Sampai dikampung pada pukul 6.30 petang setelah mengharungi perjalanan selama 4 jam,mungkin ramai peserta dah mempunyai pengalaman semasa penunggang dihari pertama dan masa yang diambil menjadi singkat sedikit.Sampai dikampung semua peserta telah dijamu oleh sponsor dengan makan mee rebus,Sekian

Gambar2>>>>>>>>














0 comments:

Post a Comment