Monday 23 May 2016

litar pancur kuin..



Pada 21-5-2016 team htmcc telah kelitar pancur kuin,batu rakit, untuk menyertai satu event yang diadakan dilitar tersebut,Acara ini telah dianjurkan oleh pemuda pas kawasan batu rakit.Htmcc telah diwakili oleh kamarul munir untuk menyertai tiga kategori..


Kategori Cubcross terbuka..
Katagori CKD terbuka..
Kategori Open (semua motor)


Acara waktu pagi telah dimulakan pada pukul 10.30 dengan acara Cubcross terbuka,Acara ini telah diadakan tiga saringan,iaitu saringan satu,Saringan dua,dan saringan tiga.Saringan 3 telah diambil dari rider yg kalah disaringan pertama dan yang kalah disaringan yang ke-2.Pada saringan pertama enam orang rider diambil untuk keakhir,Saringan ke-2 seramai lapan orang telah diambil dan saringan ke-3 seramai enam orang rider telah diambil untuk kepusingan akhir..Dalam acara cubcross open hampir 40 rider telah mengambil bahagian.

Acara CKD open dan acara open telah diadakan dengan kiraan mata iaitu moto 1 dan motor 2..Moto 1 untuk acara CKD dan acara open diadakan bersela-seli dengan acara saringan cubcross open,Acara disebelah pagi tamat pada pukul 1.00 tengah hari.


Acara disebelah petang telah diadakan pada pukul 3.00, dengan acara Ckd open untuk moto 2 dan diikuti dengan acara dlm kategori Open untuk moto 2...Acara akhir Cubcross Open merupakan acara yang ke-3 dan terakhir..Event tamat pada pukul 5.30 petang dan pembahagian hadiah telah diadakan pada pukul 6.00 petang oleh pemuda pas kawasan..

Kemenangan:

Cubcross open >>>>>>>Kamarul munir tempat pertama
CKD open>>>>>>>>>>Kamarul munir tempat Pertama
Acara Open>>>>>>>>>Kamarul Munir tempat pertama















0 comments:

Post a Comment