Saturday 24 May 2014

htmcc/litar tasik kenyir

Tasik kenyir memang tak payah diperkenalkan lagi,tasik kenyir sangat popular diseluruh negara.Yang telah  menjadi kemushkilan yang selalu bermain difikiran sesetengah orang ialah nama kenyir,Dari mana asal usul kenyir,apa kah maksud kenyir dan mengapa tasik kenyir diberi nama dengan nama kenyir.


Telah diceritakan kepada admin nama tasik kenyir telah diambil dari nama sebatang sungai yang mengalir kedalam tasik kenyir iaitu sungai kenyir,yang menjadi persoalan ialah nama kenyir,sebab apa kenyir dan kenyir terbitan dari apa.

Telah dicerita sejak zaman dahulu sungai terengganu merupakan sungai yang penting sebagai laluan pedagang dari timur jauh serta dari negeri china pada abad ke-12 masihi.Sungai terengganu telah menjadi jalan laluan pendakwah2 dari timur tengah untuk menyebarkan agama islam keseluruh negeri terengganu khas nya dan kebumi tanah melayu am nya.Dari kebanjiran pendatang yang begitu ramai menyebabkan terdiri nya banyak kampung disekitar sungai terengganu bermula dari hilir sungai sehingga ke hulu nya.Dengan kebanjiran ramai pendatang untuk berdagang dan berdakwah serta penduduk tempatan sendiri, kegemaran kapada pemburuan telah menjadi salah satu kegiatan mereka.Salah satu pemburuan dimasa itu ialah menangkap ikan disungai2 dibahagian hulu nya,Salah satu sungai yang menjadi kegemaran tempat menangkap ikan ialah sungai kenyir,dimasa itu sungai kenyir memang tak mempunyai nama lagi,sebab2 sungai kenyir menjadi tempat kegemaran penangkap ikan kerana sungai ini terletak berdekatan dengan kampung dan sungai kenyir agak kecil dan mempunyai ramai ikan yang menjadi penhuni sungai tersebut.

Dipendekan cerita,disuatu masa, telah pergi beberapa orang tempatan dan juga pendatang sama ada yang datang untuk berdagang atau berdakwah mengikut untuk menangkap ikan, dan hasil yang diperolehi sangat banyak dan telah menimbulkan berbau hanyir diseluruh sungai...
Komunikasi antara penduduk tempatan dan perdagang:

penduduk tempatan, "huh sampai hanyir bau,"
pendatang,"apa? kenyir??," (dlm bahasa arab ar ni,sbb lost language)
Dan dari situ lah nama kenyir mendapat nama (sebab2 terjadi demikian kerana sikap orang melayu suka kapada jenama asing dari dulu hingga sekarang,bukti nya mantan MB terengganu telah datang ketasik kenyir mengunakan kereta AUDI tidak kereta kancil atau proton BLM atau kereta jenama tempatan,klu rkyt biasa ni gok dok soh kabor ar,mkn budu pelare dok nok doh,deme suka mkn mcd,burgger dan mcm2 lagi nama jenama asing)..hahaha....





Walau macam mana pun kenyir itu sendiri bermaksud mempunyai harapan yang sangat baik,Lojik makna tu kerana dikawasan tersebut berdiri dengan gagah empangan kenyir yg sangat terkenal diseluruh dunia...

Dah nak mengarut,Admin sendiri pun dah naik pening kerana penulisan,dah keliru sama ada blog ni blog motocross atau blog sejarah,huhuhu
Pada 29hb april 2014 hingga 29hb mei 20141 telah berlangsung festival tasik kenyir,Di-Festival tersebut telah di-isi dengan berbagai2 program kebudayaan  perniagaan dan periklanan,salah satu acara yang mengambil bahagian dalam festival tasik kenyir ialah acara motocross Pada 24 hb mei 2014..

Pada event yang mendapat kerja sama dari persatuan motor lasak terengganu telah diadakan empat katagori,
1)katagori cubcross 4T
2)katagori  cubcross 2T
3)katagori motorcross open
4)katagori endurance open
Rider2 htmcc yg mengambil bahagian ialah,
1) Kamarul Munir Rashid..
2) Kamarul Harith Rashid..
3) Khairul Haki shafii..

Acara yang disertai oleh rider2 Htmcc ialah.
 Cubcross 4T:
1) Kamarul Munir Rashid..
2) Kamarul Harith Rashid..
3) Khairul Haki shafii..

Cubcross 2T:
1)Kamarul Munir..
Keputusan yang diperolehi dari rider2 Htmcc ialah:
Cubcross 4T
1)Kamarul Munir>>>.. tempat pertama motor 1 dan moto 2
2)Kamarul Harith>>>..tempat ke-3,moto 1 dan moto 2
3)Khairul haki>>>>>  Moto 1---gagal   moto 2 tempat ke-4

Cubcross 2T:
1) Kamarul Munir..tempat ke-2 moto 1 dan tempat pertama moto 2

Hadiah telah disampaikan pada pukul 5.00 petang oleh pegawai dari ketengah..
(pada 23 dan 24hb ogos 2014 akan diadakan acara tasik kenyir challage)






1 comments: