Saturday 11 April 2015

litar kg tanjung aur


Kg tanjung aur terletak ditepi tebing sungai terengganu,Kg tanjung aur bersempadan kan kg tapu dan kg pantai Ali,Kg tanjung aur sebuah kampung yang sangat mendamaikan,mempunyai hubungan jalan yang baik untuk ke kuala berang dan untuk ke kuala terengganu,Tanah nya yang luas,mempunyai kebun buah2an yang terlihat disana sini hidup dengan subur dan mempunyai kebun kelapa sawit yang sangat merisaukan tuan ampunya kebun kerana bimbang buah sawit nya dicuri orang,kikiki..


Kampung tanjung aur mendapat nama dengan begitu unit sekali kerana perkataan aurnya. Disuatu masa yang lalu iaitu sezaman dengan colombus mengelilingi dunia,seorang pelancung dari negara arab(zaman dulu ada pelancung jgk,bkn zaman le ning jer ada pelancung,kena ingat toh) telah singgah disebuah tanjung dan ingin bermalam disitu,oleh kerana hari dah malam pelancung tersebut tak sempat untuk bertemu dengan penduduk ditempat tersebut untuk mendapatkan bekalan makanan,pelancung tersebut cuba memancing ditepi perahu nya untuk makan malam nya dan dapat lah beberapa ekor ikan dengan ikan tersebut lah pelancung tersebut mendapat makan malam nya.Pagi esuk nya pelancung tersebut telah didatangi oleh penduduk tempatan dekat situ dan mereka bercerita yang berkaitan dengan penempatan dan sebagai nya.Setelah bertanya2 nama ikan dan pokok yang pelancung tersebut buat khemah dibawahnya,diketahui lah nama ikan tersebut sebagai ikan aur dan pokok yang tumbuh ditepi sungai tersebut sebagai pokok buluh aur,Untuk menghurmati pelancung dari negeri arab tersebut penduduk disitu menamakan kampung tersebut sebagai kampung tanjung aur,sebelum itu nama tempat tersebut ialah kampung tanjung sahaja.

Pada 10-4-2015, Kampung tanjung aur ini lah telah mengadakan satu sukanneka yang membabitkan beberapa acara sukan untuk penduduk kampung tanjung aur bersilaturahim.Acara2 seperti tarik tali,tiup air dalam labu kundur telah menjadi kebiasaan selain dari acara lari dalam guni yang sangat popular untuk sukan neka.Beberapa orang pemuda telah bersepakat untuk hasut AJK sukaneka untuk mengadakan satu acara race moto cross dan memasukan acara sukan ini dalam ajenda sukanneka, dan mereka berjaya.Itu lah salasilah terjadinya acara sukan motor cross dalam sukanneka,memang tak dibuat orang lagi,kikikiki
Rider Htmcc telah dijemput untuk memeriahkan acara sukan neka mereka dengan menyertai acara cubcross yang telah diadakan ditengah2 kampung tanjung aur.Oleh kerana acara race motocross hanya bertaraf sukanneka, hanya beberapa orang rider berdekatan sahaja dijemput,mungkin bimbang dengan ngauman dari jentera moto terlalu bising,rider2 luar tak dijemput,huhuhuhu
 Rider2 htmcc.
1) Kamarul Munir
2) Kamarul Harith
 Pemenang dalam acara cubross open.
1) Kamarul Munir tempat pertama..
2) Kamarul Harith tempat ke-2..
Malas doh nok menaip,sekian...

Video moto 2,Litar tanjung aur..

0 comments:

Post a Comment