Monday 14 September 2015

htmcc dipekan budaya



Pekan budaya kuala berang bermula pada 3-9-2015 hingga 9-9-2015.Pengisian Pekan budaya ialah pamiran oleh jabatan2 kerajaan serta jualan oleh peniaga2 yang datang dari pelbagai tempat dari negeri terengganu,Jabatan yang popular dipekan budaya seperti Jabatan kerja Raya,pejabat daerah kuala berang,Egensi kerajaan seperti ketengah,jabatan bomba dan penyelamat,dan pelbagai jabatan lain seperti polis dan disertai oleh lebih tiga puluh jabatan kerajaan yang lain...

Htmcc tidak ketinggalan dijemput untuk memeriahkan lagi pekan budaya edisi 2015,Seperti biasa Htmcc mempamirkan barangan nya yakni jentera2 yang digunakan semasa event motocross yang disertai oleh rider2 htmcc yang diadakan diseluruh negara,tiga buah moto cub,tiga buah klx,dua buah MX 250 serta beberapa motor klasik,Barangan lain yang dipamirkan berupa peralatan keselamatan yang digunakan oleh rider2 semasa perlumbaan,termasuk baju,topi keledar,kasut dan peralatan lain yang gagal dikenal pasti oleh admin,kikikiki

Boleh dikatakan sambutan di “booth” htmcc sangat mengalakan dengan pengunjung tak henti2 melawat gerai htmcc seawal dibuka hingga larut malam.Diacara pembukaan gerai htmcc telah dikunjungi oleh Datuk SUK  negeri terengganu dan rombongan dengan menunjukan minat yang mendalam dalam aktiviti sukan lasak yang diceburi oleh team htmcc,boleh dikatakan gerai htmcc mendapat minat yang mendalam oleh pengunjung2 dengan melihat serta bertanya pelbagai soalan kapada urus setia...

Untuk memeriahkan lagi  gerai Htmcc dimasa yang akan datang,dicadangkan supaya pengurusan htmcc dapat mengadakan cabutan bertuah pada setiap malam dengan hadiah berupa T shirt htmcc atau barangan lain yang difikirkan sesuai seperti payung htmcc,keychain htmcc dan sebagai nya...... Sekian...

0 comments:

Post a Comment