Monday 5 October 2015

Litar burung mandi

Pada 3-10-2015 dan 4-10-2015 htmcc telah menyertai satu race motocross yang telah diadakan dilitar burung mandi,benta.Pahang.Race motocross ini hanya dlm katagori endurance sahaja.Litar ini tak dilangsung kan dlm acara trek.

Htmcc telah diwakili oleh peserta nya iaitu Kamarul Munir,Kegagalan menghantar lebih ramai rider disebabkan oleh kekurangan kewangan yang selalu dihadapi oleh team htmcc..Kegagalan menghantar lebih ramai rider mungkin juga disebabkan terlalu banyak acara yang dihadiri oleh rider2 team HTMCC sejak kebelakangan ini dan memadai hanya dengan seorang peserta sahaja.

Acara CKD Endurance telah menjadi pilihan rider HTMCC.Dalam acara tersebut peserta htmcc telah mendapat tempat ke-2 di motor 1 dari 70 rider yg menyertai nya tetapi telah gagal pada moto 2 disebabkan oleh kerosakan jentera yg sangat kritikal iaitu putus cabel minyak,kekekekekeke..(berat menanang,nak buat guaner,nasib tak dok lah tu.Cuba lagi tahun depan)..sekian...

0 comments:

Post a Comment