HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Sunday, 22 March 2015

htmcc/chengal besar




Chengal besar menjadi idaman kapada angota team Htmcc yang belum lagi sampai kepokok chengal yang dikatakan yang terbesar didunia,Telah ramai ahli group htmcc yang telah mengapai kekawasan ini dan Chengal besar bukan lah asing kapada ahli group Htmcc  baca disini .http://alamiindah.blogspot.com/2011/06/cengal-besar.html.Chengal besar juga menjadi idaman kapada pecinta sukan lasak sama ada kapada kederaan 4x4 atau pun yang bermotor.Laluan ke-Chengal besar sangat sesuai untuk sukan yang macam ini.

Pada 20hb.mac 2015 dan 21hb.mac 2015 sekali lagi htmcc telah mengatur satu ekpedisi yang digerakan oleh orang kuat AJK Htmcc iaitu saudara afnizam nizam (nama facebook).Pada ekpedisi kali ini telah disertai oleh 16 orang ahli clubnya.Pada ekpedisi yang lalu (baca disini)http://htmcc-motocross-cubcross.blogspot.com/2013/12/htmcccengal-besar.html htmcc telah gagal untuk mengcapai Chengal besar kerana kesuntukan masa dan Cuma telah sampai dihentian terakhir iaitu hentian sungai loh,dari hentian ini masa telah suntuk dan ekpedisi telah berpatah balik.Pada kali ini htmcc telah mengatur satu masa yang baik iaitu selama dua hari dan ekpedisi pada kali ini telah mencapai matlamatnya.






Untuk ke Chengal besar dengan mengambil laluan dari Felda Mengkawang boleh dikatakan mempunyai 4 bahagian,iaitu;
1)Felda Mengkawang ke-sungai Kelemin.>>>>> 10 km
2)Sungai Kelemin ke Jambatan Besi Sungai Loh.>>> 8km
3)Jambatan Besi Sungai Loh ke-boundary Chengal Besar. >>> 4km
4)Dari boundary Chengal besar ke Pokok Chengal besar>>> 15km
Catitan: jarak jauh yg ditunjukan berdasarkan agak2 admin sahaja>>(dok boleh buat kira cara)



1) Hari Pertama:
Bertolak tepat pada pukul 4 petang 20hb.mac difelda Mengkawang iaitu salah satu pintu masuk untuk ke-Chengal besar.Dari Felda Mengkawang mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke sungai kelemin iaitu salah satu sungai yang agak besar,Dilaluan ini tak banyak masalah yang dihadapi Cuma sebuah motor telah meragam.Motor ditinggalkan.Kelewatan perjalanan disebabkan oleh masalah yang seperti ini.Laluan jalan ke sungai kelemin sangat baik  dan tak perlu memerah tenaga yang banyak.



Tiba dan menyemberang sungai kelemin pada pukul 5 petang dan sampai ke jambatan besi sungai Loh pada pukul 5.40 petang dengan sedikit pun tak mengalami masalah Cuma laluannya yang penuh dengan debu kerana laluan ini merupakan jalan balak baru dan masih beroperasi.Laluan ini sangat mendamaikan kalau tak disebabkan dengan debu laluan balak,Sungai Loh yang merentangi laluan ini sangat menghiburkan dengan pemandangan nya yang indah dan mengembalikan ingatan kecantikan seperti yang digambarkan didalam buku2 cerita.Sungai loh yang sangat menghiburkan dengan air jernih mengalir laju dijeram2nya hingga kesungai Dungun.



Berhenti sebentar untuk solat asar dan meneruskan perjalanan untuk bahagian yang ke-3 iaitu untuk ke boundary Chengal besar,Dari sini tak menjadi masalah langsung kerana sebahagian besarnya merupakan jalan yang berturap tar,Cuma laluan ini hanya 4-5 km sahaja.Biasanya pengunjung keChengal besar akan berhenti dipapan kenyataan yang menunjukan kita berada dikawasan Chengal besar,Disini para peserta akan bergambar untuk membuktikan mereka mengunjungi tempat ini dan tak kecuali ahli2 group htmcc.



Step yang keempat ini  merupakan cabaran nya yang sebenar untuk ke-pokok Chengal besar yang sejauh 15 km.Dari boundary sejauh beberapa kilometer menyaksikan laluan yang baik.Tak mempunyai masalah langsung tetapi setelah hampir separuh perjalanan laluan dah semakin meninggi dan beberapa jentera telah mengalami kerosakan,mungkin kerana perahan tenaga yang teruk atau pun disebabkan ramai dari peserta rombongan telah jatuh semasa menunggang.Kegetiran menunggang dikawasan yang laluan berlurah serta sempit menyebabkan perjalanan semakin lambat ditambah dengan hari yang semakin gelap disebabkan malam telah pun tiba.Sebuah jentera telah ditinggalkan kerana mengalami kerosakan yang teruk dan tak dapat dibaiki didalam malam yang gelap,Kegetiran menunggang berakhir pada pukul 8.20 malam setelah tiba dihentian terakhir ditepi sungai loh.Memasak untuk makan malam dengan cara ala kadar dan tidur untuk menunggu cabaran untuk ke pokok Chengal besar pada keesukan hari nya.



Hari ke-2..
Setelah makan pagi pada pukul 9.00 pagi peserta bergerak ke Chengal besar dengan hanya 9 orang peserta sahaja dari 16 semuanya,Kegagalan untuk menyertai kumpulan pendaki keChengal besar kerana kecederaan yang dialami semasa menunggang pada hari pertama dan tak ingin memburukan keadaan lagi untuk mengambil risiko dimasa balik.



Chengal besar sangat gah nama nya disuatu masa yang lalu kini telah tidak dikunjungi lagi berdasarkan keadaan laluan yang sangat terbiar,Laluan yang team htmcc lalui merupakan jalan yang langsung tak di diperbaharui oleh pihak berkenaan,Dengan memikul motor menyemberangi sungai Loh dan mengambil masa yang agak lama untuk menyudah kan sesi memikul pada masa pergi menyebabkan kelewatan masa diambil untuk sampai ke Chengal besar,Beberapa tempat tanah runtuh yang teruk dan menghela motor dengan cara memikul dibanyak tempat,Team sampai ke pokok Chengal besar pada pukul satu tengah hari dengan berjalan kaki selama satu jam setengah kerana untuk mengunakan motor tak mungkin sama sekali.



Setelah sesi bergambar team telah turun balik pada setengah jam kemudian nya dengan cara yang serupa dimasa mendaki iaitu memikul satu persatu motor menuruni bukit dijalan yang runtuk serta memikul motor semasa menyemberang sungai Loh untuk bergabung dengan team yang gagal mendaki.Team telah sampai ke hentian terakhir ditepi sungai Loh pada pukul 3.30 petang dengan menamatkan impian melihat pokok CHENGAL BESAR YANG TERBESAR DIDUNIA.




Bertolak balik pada pukul 4.30 petang,masa bertolak balik yang agak lewat kerana perjalanan yang diambil semasa datang ialah 4 jam setengah dan bertolak balik pada waktu ini merupakan sesuatu yang sangat menyukarkan kerana berkemungkinan besar perjalanan pada waktu malam akan terjadi,Balik pada laluan yang sama pada masa datang dan membaiki motor yang rosak menyebabkan masa yang diambil sangat lama di laluan yang sukar.Setelah bersusah payah menghela motor dengan cara menarik menaiki dan menuruni bukit team htmcc telah sampai ke jambatan besi disungai loh pada pukul 8 malam.




Oleh kerana dua buah motor dah tak boleh digunakan lagi bantuan luar dipanggil untuk mengambil motor yang rosak,(panggilan talipon dibuat mengunakan talipon pekerja balak yang kebetulan lalu,Talipon mengunakan perkhidmatan line maxis,line celcom hampeh kat sini) Team telah berkampung dijambatan besi selama 2 jam untuk menunggu bantuan luar tiba.Mengambil masa itu beberapa orang angota team telah keluar membeli makanan ringan dikampung jongok batu yang terletak 8 km dari jambatan besi sungai Loh.Kebanyak angota team memang kelaparan pada masa itu,Menunggu bantuan luar mengambil masa yang lama kerana bantuan yang akan sampai kejambatan besi sejauh lebih kurang 100km.Bantuan akan datang melalui lebuhraya pantai timur Ajil-Bukit besi dan mengambil jalan kekampung pasir raja dikampung jongok batu dan kejambatan besi sungai Loh.



Hampir 2 jam menunggu, bantuan tiba pada pukul 9.45.Setelah mengangkat motor team berbaki seramai 14 orang kerana dua orang anggota nya balik mengunakan pancuan 4 roda yang datang.Bertolak pada pukul 10.00  malam dengan laluan yang penuh debu team telah sampai agak lewat disungai kelemin kerana sebelum itu semua angota team telah tersesat jalan sehingga kekaki gunung,Satu pengalaman yang sangat mengerikan.Sesuatu yang tak patut terjadi,kerana sesat yang panjang mengakibatkan berapa perkara akan terjadi iaitu berkemungkinan minyak akan habis,sejuk yang teruk dikawasan gunung,semangat akan luntur,bahaya dari binatang buas seperti gajah dan sebagainya (memang terjumpa gajah,salah seorang angota hampir melanggar gajah yang kebetulan lalu kat kawasan itu,yang hairan gajah pun ada rombongan jugak,mungkin rombongan meminang kut kerana angota rombongan gajah memang agak ramai,kalau bukan rombongan meminang mungkin nak pergi kenduri,kikikikiki).Berpatah balik untuk mencari laluan yang sebenar dengan keributan dengan angota kumpulan pak besar,team telah sampai kesungai kelemin pada pukul 11.30,Seperti masa datang team hanya menyemberang sungai kelemin tanpa masalah kerana sungai kelemin sangat cetek air nya iaitu sedalam paras lutut sahaja,



Laluan antara sungai kelemin dan felda mengkawang tak banyak mengambil masa kerana semua angota mengunakan kelajuan agak tinggi,Cuma sedikit masa diambil kerana menarik motor yang rosak yang ditinggalkan pada hari pertama.Sampai ditepi Felda mengkawang pada hampir pukul 12.30 malam,Setelah mengangkat motor yang rosak kedalam pacuan empat roda yang sedia menunggu kerana semua  masalah telah diberitahu semasa dijambatan besi disungai Loh.



Bertolak dari Felda Mengkawang pada pukul 12.40 dengan melalui kampung belukar bukit dan ke kampung sekayu dan terus kekampung angota team yang terletak 25 km dari felda mengkawang.Sampai kedistinasi pada pukul 1.05 tengah malam dengan semua angota mengunakan kelajuan yang tinggi seperti nak masuk race motor.huhuhuhuhu..SEKIAN




Catitan: Terus terang aku cakap sebagai seorang admin bahawa team htmcc yang pergi tak mempunyai peralatan yang cukup terutamanya dari segi penyediaan jentera,kerana hingga diperjalanan balik kebanyakan jentera yang digunakan tak mempunyai brek,sama ada brek belakang dan hadapan.Bayangkan jentera yang sedang menuruni bukit yang tinggi dan alur air yang dalam melalui tempat2 tersebut,Walau macam mana pun kerosakan brek memang tak dapat dielakan kerana pengunaan brek yang maksimun dalam perjalanan..





Friday, 27 February 2015

htmcc/Litar binjai rendah

Pada 27-02-2015 telah diadakan satu event motocross yang dianjurkan di kampung binjai rendah Marang Teregganu. Race ini telah julung2 kali disertai oleh rider2 dari team Htmcc..Di fahamkan race yang diadakan ini hanya pembuka litar sahaja dan difahamkan race yang besar akan menyusul...
Empat katagori telah dipertandingkan
1)katagori motorcross open
2)moto junior
3)katagori cubcross open.
4)katagori CKD open.
Rider2 htmcc mengambil bahagian hanya dalam katagori CubCross Open
Rider2 Htmcc yg mengambil bahagian ialah.
1) Kamarul Firdaus..
2) Kamarul Harith

Pemenang bagi rider2 htmcc ialah..
1) Kamarul Firdaus>>>>>>>>>>> tempat ke-8
2) Kamarul Harith>>>>>>>>>>>>Tempat ke-2
Litar binjai rendah boleh lah dikatakan litar yang bagus,Litar yang mendapat sambutan dari rider2 motocross dan cubcross,Semoga maju jaya...

Friday, 20 February 2015

htmcc/gong badak

Pada 20-02-2015 merupakan race pembukaan bagi tahun 2015,Tidak diketahui sebab apakah pada bulan januari 2015 tidak diadakan kejohanan bulanan yang sepatutnya diadakan pada bulan tersebut.Atas apa pun sebab hanya pihak penganjur saja yang tau.
Dua katagori telah dipertandingkan
1)katagori motorcross open
2)katagori cubcross open.

Rider2 htmcc hanya bertanding dlm katagori cubcross open sahaja..

Peserta htmcc:
1) kamarul munir
2) kamarul harith
3) kamarul Firdaus

Pemenang dilitar gong badak pada 20-2-2015:
1)Kamarul munir >>>>>>>>>tempat ke-2
2)Kamarul Harith>>>>>>>>>tempat ke-4
3)Kamarul Firdaus>>>>>>>>tempat ke-5


Race pada kali ini telah diadakan dua pusingan iaitu moto 1 dan moto  2,Pada Moto 1.Kamarul munir tempat pertama,Pijo tempat ke-2,kamarul harith tempat ke-4.Pada moto 2,pijo tempat pertama kamarul munir tempat ke-2,kamarul harith tempat ke-4,.Keputusan penuh ialah,pijo tempat pertama,kamarul munir tempat ke-2,Kimi tempat ke-3, kamarul harith tempat ke-4 dan kamarul Firdaus tempat ke-5...Sekian...

Friday, 13 February 2015

htmcc/felda jerangau

Litar jerangau felda terletak 35km dari bandar kuala berang dan lebih kurang 50km dari bandar kuala terengganu,Jerangau felda terletak dalam daerah dungun terengganu dan sejauh 50 km dari bandar dungun.Bayak nama yang dikenali dengan nama jerangau iaitu jerangau felda,jerangau barat,jerangau sungai dan jerangau kilang,semua nama2 jerangau ini terletak dilaluan ajil-bukit besi,atau pun laluan jerangau-jabor,Setelah ada nya lebuh raya pantai timur-2 laluan lama jerangau jabur sudah agak sepi dengan kederaan yang lalu lalang.
Pada 13-2-2015 felda jerangau telah mengada event motocross dan cubcross,Ada beberapa katagori yang dipertandingkan.
1.Cubcross expert
2. Cubcross novice
3. Motocross open.
4. CKD.
5. Acara sampingan ialah lumba basikal
Rider htmcc yang mengambil bahagian ialah:
1) Kamarul Munir 
2) Kamarul Harith

Katagori yang disertai:
1) Kamarul Munir
a) CKD
b) Cubcross expert

2) Kamarul Harith
a) Cubcross expert..
Pemenang untuk Rider Htmcc ialah:
1) Kamarul Munir
a) CKD >>>>>>>>>>>  tempat ke-2
b) Cubcross expert>>>    tempat pertama
2) Kamarul Harith.
a) Cubcross expert >>>>>>>> tempat ke-3..

Semua event dikira dengan kiraan mata kecuali dalam katagori Cubcross novice telah diadakan saringan..Penyampaian hadiah telah disampai kan oleh tuan pegawai Felda jerangau pada pukul 6 petang.Sekian




Friday, 30 January 2015

htmcc/telaga daing

Part 1..
Telaga daing terletak diseberang takir kuala nerus,Hanya mengambil masa 20 minit atau kurang untuk kekuala terengganu melalui jambatan sultan mahmud Sesuatu yang menarik tentang kampung telaga daing ialah nama daing nya.Dikatakan disuatu masa yang lalu ditelaga daing mempunyai ramai pahlawan yang disegani Kampung telaga daing mempunyai sejarah nya yang tersendiri,Sejarah yang sama dengan sejarah melaka yang sangat popular itu.Telaga daing merupakan sebuah penempatan yang telah maju sejak beribu2 tahun dahulu,mempunyai sistem pemerintahan nya sendiri tapi semua itu telah pun lenyap ditelan zaman kerana tiada sejarawan yg menulis serta mengkaji sejarah telaga daing,Sekian.Part 1
Part 2..
Pada 29,30 dan 31 hb jan 2015 Parti pas telah mengadakan satu himpunan yang telah diberi nama hasrat 3.1,Berbagai acara telah diadakan,seperti sukan,ceramah,forum perdana dan bermacam lagi program yang berkaitan dengan agama dan kesihatan,Salah satu acara ialah acara race cubcross..Hanya acara Cubcross sahaja yang diprtandingkan
Htmcc telah menyambut cabaran dari program yang pertama kali dianjurkan ini dengan menghantar seoarang rider popular nya iaitu Ahmad Kamarul Munir,Lebih dari 30 rider telah mengambil bahagian pada program yang boleh dikatakan meriah ini,Acara ini telah dilangsungkan  secara saringan dan rider dari Htmcc telaah mendapat tempat pertama,Sekian..




Thursday, 8 January 2015

htmcc/percapaian 2014



Tahun 2014 telah berlalu beberapa hari yang lalu.Tahun 2014  merupakan tahun yang agak gemilang kapada team htmcc,Banyak percapaian yg telah diperolehi oleh rider2 htmcc.Pada tahun 2014 team Htmcc telah menyertai 18 event yang diadakan diterengganu dan diluar terengganu. Event yang di ingati ialah event yang dilangsungkan di rawang selangor,selain itu dilitar teluk mak nik kemaman dan litar tasik kenyir.Dilitar ini menjanjikan hadiah yang agak besar dan disertai oleh ramai rider2 popular tanah air.Litar yang paling banyak rider2 htmcc mengambil bahagian ialah litar gong badak.

Hanya empat orang rider2 htmcc yang bergerak cergas dan sentiasa menyertai event yang diadakan;
1)Ahmad Kamarul Munir
2)Ahmad Kamarul Harith
3)Ahmad Kamarul Firdaus
4)Mohd Khairul Haki
Dua katagori telah disertai oleh rider2 htmcc:
1)Cubcross
2) CKD
Pecapaian yang diperolehi oleh rider2 htmcc dalam beberapa katagori yg disertai ialah
1)AHMAD KAMARUL MUNIR
Tempat pertama>>>>>>>>>>15 kali
Tempat ke-2>>>>>>>>>>>>>>5 kali
Tempat ke-3>>>>>>>>>>>>> 2 kali
Tempat ke-4>>>>>>>>>>>>> sekali
Tempat ke-5 >>>>>>>>>>>>  sekali

2) AHMAD KAMARUL HARITH
Tempat pertama >>>>>>>>>>> 3 kali
Tempat ke-2 >>>>>>>>>>>>>>> 3 kali
Tempat ke-3 >>>>>>>>>>>>>>> 5 kali
Tempat ke-4>>>>>>>>>>>>>>> tiada
Tempat ke-5>>>>>>>>>>>>>>> sekali
Tempat ke-6>>>>>>>>>>>>>>> 2 kali
Tempat ke-7 >>>>>>>>>>>>>> 2 kali

3) MOHD KHAIRUL HAKI
Tempat ke-4 >>>>>>>>>>>>> 3 kali
Tempat ke-5 >>>>>>>>>>>>> sekali

4)AHMAD KAMARUL FIRDAUS
Tempat ke-5 >>>>>>>>>>>>>>2 kali
Tempat ke-9>>>>>>>>>>>>>> sekali


Kesimpulan nya:
Sejak team htmcc menyertai event2 yang diadakan diserata tempat,ada beberapa litar yang boleh dikatakan sebagai menepati kehendak race motor lasak,dari pelbagai sudut seperti  penyediaan tempat, sistem permarkahan,pasarana dan sebagai nya.
1)  Litar teluk mak nik kemaman
2)      Litar tasik kenyir,kenyir
3)     Litar Gong badak


Litar yang kurang baik dari segi penganjuran dan penyediaan kemudahan:
1)      Litar rawang ,selangor
2)      Litar Paka,
3)      Litar Jerangau sungai.
4)      Litar Chalok
5)      Litar permaisuri,setiu
Semoga pada tahun 2015 memberi kejayaan yang lebih besar kapada team HTMCC..Sekian

Sunday, 4 January 2015

htmcc/ranggok

Pada 3hb jan 2015 telah berlangsung satu event di marang terengganu,Event yang yang pertama pada tahun 2015,Pada event kali ini hanya 4 acara diadakan iaitu:
1)cubcross open
2)cubcross expert
3)novice
4)motocross open
Rider htmcc yg mengambil bahagian:
1) kamarul firdaus
2) kamarul munir
3) kamarul Harith.
Acara yang disertai rider htmcc ialah:
a)Cubcross open
1)kamarul firdaus
2) kamarul munir
3) kamarul harith
b)cubcross expert
1) kamarul firdaus
2) kamarul munir
3) kamarul harith.
Pemenangnya:
1)cubcross expert
a) kamarul munir>>>>> tempat ke-2
b) kamarul harith>>>>> tempat ke-3
c) kamarul firdaus>>>>tempat ke-5

2)Cubcross open
a)kamarul harith>>>>> tempat ke-2
b)kamarul firdaus>>>> tempat ke-3