HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Saturday, 24 November 2012

Htmcc/Malaysian mx pro terengganu challenge 2012


Buat pertama kali htmcc telah menyertai perlumbaan dibawah kendalian AAM.Dengan penyertaan yang begini memerlukan persiapan standard mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak AAM sendiri.Htmcc telah menghantar tiga orang ridernya yang terdiri dari Pijan,Ahmad kamarul dan Mohd Amirul...Ketiga2 nya mendapat tempat pertama,kedua dan keempat...Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh yang berhurmat rozi mamat selaku exco kementerian belia dan sukan negeri terengganu....Sebanyak tiga katagori telah dipertandingkan...
Dewan makan dan tempat penyampaian hadiah yang luas
Tempat pendaftaran berhawa dingin..
Waiting zone
Crew2 Kesihatan
Pertahanan Awam
Pihak Media RTM
Aksi Rider2


Mamat Hensen dari team HTMCC dipentas besar...
Crew2 dari AAM
Amirul Anuar
Ahmad Kamarul
Pijan
Semua pemenang dalam katagori masing2 dalam sesi pengambaran...

Monday, 19 November 2012

htmcc-litar kg bintang/hari ke-dua

Pada hari ke-dua menyaksikan semua katagori dipertandingkan dalam acara akhir,Semua rider2 dari htmcc dalam katagori cubcross open telah berjaya keakhir yang dipertandingkan pada pukul 3.00 petang
Jadual pada hari ke-dua..
8.00-8.45                      Latihan untuk cubcross
8.45-9.30                      Latihan untuk motocross
9.30-10.30                    Motocross endurance veteran open
10.30-11.00                  Cubcross open,saringan 3
11.00-12.00                  Motocross endurance open
12.00-2.30                    Rehat
2.30-3.00                      Motocross veteran open
3.00-3.30                      Cubcroos open akhir
3.30-4.00                      Motocross junior
4.00-4.30                      Motocross open novice
4.30-5.00                      Motocross open expert
5.00-7.00                      Penyampaian hadiah dan bersurai......  
Pada kejohanan kali ini menyaksikan ramai dari rider2 htmcc yang gagal menamatkan perlumbaan disebabkan kegagalan jentera  atau pun kemalangan,Kurang menyerlah rider2 dari htmcc mungkin kerana kurang disiplin rider sendiri dan mungkin kerana nasib..Nama2 seperti Pijan,Munir telah sangat tercicir untuk kali ini..
Rider2 dari Htmcc yang agak berjaya pada kejohanan kali ini ialah Amirul Anuar dan Kamarul harif masing2 mendapat tempat ke-8 dan ke-9
Pada kesimpulan nya kejohanan dikampung bintang setiu boleh dikatakan berjaya dari segi sambutan penuntun dan pegurusan pengajuran..Yang sangat mendapat sambutan dari penuntun ialah dalam acara cubcross open dan acara motocross expert,Dalam acara expert perlumba dari Thailand paling menyerlah dan mendapat sambutan hangat penuntun....
 Video rider dari htmcc terbabas dlm katagori cubcross open..
Gambar2 kat bawah,tenguk lah sendiri,hehehehehehee...



waiting room


Saturday, 17 November 2012

HTMCC-kg bintang,setiu-hari pertama

 Litar cross dikampung bintang Setiu..

Dilitar kampung bintang setiu perlumbaan motocross dan cubcross dilangsungkan pada 17 dan 18 hb 11 2012,Htmcc telah telah menghantar rider2 nya seramai 7 org...Kejohanan kali ini telah belangsung selama dua hari...

Jadual hari pertama:
8.00-10.30                   Pendaftaran peserta..
10.30-11.00                  Taklimat..
11.00-12.00                  motocross endurance veteran open 1...
12.00-02.00                  Rehat...
02.00-03.00                  motocross endurance open 1..
03.00-03.30                  Cubcross open saringan 1..
03.30-04.00                  Cubcross open saringan 2
04-00-04.30                  Motocross junior 1
04.30-05-00                  Motocross veteran open 1
05.00-05.30                  Motocross open novice 1..
05.30-06.00                  Motocross open expert 1..
06.30..                          Tutup litar...  
 Antara penonton yg datang..

Rider2 dari htmcc dalam katagori cubcross telah berjaya kepusingan akhir pada 18hb11 2012
Antara penyokong Htmcc

Aksi rider2 htmcc-Ahmad kamarul Munir

Pijan
Ahmad Kamarul Hariff

Friday, 26 October 2012

HTMCC/Bakar daging qurban




Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Htmmcc tidak ketinggalan untuk meraikan hari raya qurban yang disambut pada saban tahun,Htmcc dibawah bos nya telah mengadakan satu majlis meraikan kemenangan rider htmcc dilitar kenyir,Sempena menyambut hari raya qurban satu majlis telah diadakan dipekarangan rumah seorang ahli htmcc..

Sambutan sangat mengalakan dengan ramai antara ahli2 yg dekat telah datang untuk meraikan mejlis tersebut,Majlis yang dimaksudkan ialah majlis membakar daging korban iaitu sendiri bakar dan sendiri makan,hehehehehehe..Gambar-gambar kat bawah...
Bos yg sentiasa  bertungkus lumus
rider2 htmcc
Resepi daging pacak sangat mudah,iaitu daging nya hanya digaul dengan garam kunyit,selepas tu letak je diatas api,agak warna kuning sket dah dikira masak n boleh dimakan,(peringatan:sebenarnya daging ini tak perlu lama atas api sebab ini yang pertama daging ni kena api,huhuhu..)
berebut..

daging bakar/merngkap daging pacak
Antara org kenamaan yg hadir..kekekekekeke....

Sunday, 21 October 2012

HTMCC/Kenyir motocross challenge 2012


Sekali lagi kenyir motocross challenge  telah dilangsungkan pada 20/21102012 selama dua hari.Penyertaan datang nya dari seluruh negara dan penyertaan luar telah datang dari thailand. Sebelas katagori  dipertandingkan..
(Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar diMalaysia dan yang terbesar diasia tenggara.Tasik ini terjadi disebabkan pembinaan empangan sultan mahmud kenyir.Luas tasik ini hampir sama denga keluasan pulau Singapura,Mempunyai beratus-ratus buah pulau,berpuluh2 batang sungai,Empangan ini dibina disekitar akhir tahun 70an dan siap pada pertengahan tahun 80an..Sangat sesuai untuk merasa kelainan dengan berkhemah di pulau2 atau pun menyewa chalet2 yang disediakan.Tarikan utama tasik kenyir ialah tasik kenyir itu sendiri dan kawasan semulajadinya.Tarikan lain ialah kawasan perkelahan sungai lasir,sungai pertang,gunung bewah,santuari gajah,tempat pemeliharaan ikan sungai como dan beberapa tempat yang lain..Jauh tasik ini dari kuala terengganu ialah 70km dan dari bandar kuala berang ialah 30km..

Ditepi tasik ini lah diadakan perlunbaan motocross yang dianjurkan oleh ketengah iaitu perbadanan  tasik kenyir.Pihak pengurusan tasik telah beberapa kali menganjurkan kejohanan yang seperti ini dan telah mendapat sambutan yang sangat mengalakan dari perlumba tempatan dan antarabangsa,Pada 20hb10 2012 dan 21hb10 2012 dilangsungkan kejohanan yang dinamakan sebagai KENYIR MOTOCROSS CHALLEGE 2012....)
 ACARA2 yang dipertandingkan: -
EXPERT OPEN
NOVICE SENIOR
NOVICE JUNIOR
JUNIOR 85 CC
ENDURANCE OPEN
ENDURANCE VETERAN
MX VETERAN
CLASSIC
CUB CROSS 2 STROKES
CUB CROSS 4 STROKES 
CKD

HARI PERTAMA: 
SABTU ( 20 OKTOBER 2012 )
9.00 – 12.00 Pendaftaran, pemeriksaan motosikal dan latihan rasmi
12.00 – 1.00 Taklimat pelumba
1.30 – 2.30 Endurance Open/ veteran ( Moto 1)
2.40 – 3.00 CKD ( Moto 1 )
3.10 - 3.30 Cub Cross 4 strokes ( Moto 1 )
3.40 – 4.00 Junior ( Moto 1 )
4.10 – 4.30 Cub Cross 2 strokes ( Moto 1)
4.40 – 5.00 Novice Junior ( Moto 1)
5.10 – 5.30 Mx Veteran
5.40 – 6.00 Novice Senior ( Moto 1 )
6.10 – 6.30 Expert ( Moto 1 )

Pertandingan telah dijalankan dengan pengiraan mata iaitu moto satu dan moto dua,semua acara moto satu diadakan pada hari pertama. Team HTMCC telah menhantar beberapa rider nya menyertai kejohanan pada kali ini, Penyertaan team HTMCC dalam katagori cubcross 4T, cubcross 2T dan CKD..

Yang mewakili team HTMCC ialah:
A)Katagori Cubcross 4T.
1)Ahmad Kamarul Munir..
2)Ahmad Kamarul Harif
3)Reduan Azidin..
4)Mohd Amirul Shamsudin
5)Mohd Sazuan Mamat
6)Mohd Khairul Akil Shafii

B)Katagori Cubcross 2T
1)Amirul Anuar

C)Katagori CKD
1)Pijan



Pada hari pertama pertandingan menyaksikan beberapa kemalangan terjadi melibatkan beberapa orang peserta,Pada hari pertama kebanyakan rider2 dari team HTMCC duduk dikelompok hadapan yang membolehkan kutipan mata yang banyak untuk dikumpulkan pada moto 2...

 HARI KE-DUA
AHAD ( 21 OKTOBER 2012)
10.00 – 10.20 Classic (Moto 1)
10.30 – 10.50 CKD (Moto 2)
11.00 - 12.00 Endurance open/veteran (Moto 2)
12.10 –12.30 Cub Cross 4 strokes (Moto 2)
12.40 – 1.00 Cub Cross (Moto 2)
1.00 – 2.00 Rehat
2. 00 – 2.30 Novice Junior ( Moto 2)
2.40 – 3.05 Junior (Moto 2)
3.15 – 3.35 Classic (Moto 2)
3.45 – 4.05 Mx Veteran (Moto 2)
4.15- 4.35 Novice Senior Moto 2
4.45 – 5.10 Expert (Moto 2)
5.30 petang Penyampaian Hadiah dan Jamuan Ringan.
 

Pada hari kedua pertandingan telah dilangsungkan pada pukul 10 pagi dengan dimulakan dengan acara Klasic,Semua pertandingan adalah dalam acara akhir iaitu moto 2,Mata dalam moto  1 akan dicampur pada moto 2 untuk menentukan pemenang...Pada hari ke-2 pertandingan, cuaca tidak menizinkan kerana hujan turun dengan lebat dari awal sehingga petang...
Team HTMCC telah memenangi dalam katagori masing2:
1)Dalam katagori CKD
a)Pijan ditempat ke-2

2)Dalam katagori cubcross 4T
a)Ahmad Kamarul Munir ditempat ke-3

3)Dalam katagori Klasic
a)Mohd Amirul Anuar ditempat ke-4
 Pijan ke-2
 Ahmad Kamarul Munir ke-3
 Mohd Amirul Anuar ke-4

Gambar-gambar disekitar litar Kenyir challege 2012...