Friday 18 January 2013

htmcc/gong badak

Selamat tahun baru diucapkan kapada pembaca blog aku,semoga tahun 2013 membawa keberkatan dan dimurahkan rezeki kapada semua..

Sebagai pembuka tirai tahun  2013 htmcc telah menyertai perlumbaan pertamanya pada tahun ini dilitar Gong Badak Terengganu,Acara ini ialah rutin bulanan yang mesti diadakan..

Katagori yang dipertandingkan ialah:
1) Cubcross open
2) Motocross open

Seperti tahun2 yang lalu htmcc menyertai dalam katagori cubcross open. Rider2 yang mengambil bahagian ialah:
1)Ahmad Kamarul Munir Rashid..
2)Ahmad Kamarul Arif  Rashid
3)Hafizan agus
4)khairul akil shafii
5)sazuan Ahmad
6)Amirul shamsudin


 Start dalam katagori cubcross open 18 hb jan 2013...
 Pemenang nya
1)Hafizan Agus                         Tempat pertama
2)Ahmad Kamarul arif              Tempat ke-2
3)Ahmad Kamarul Munir         Tempat ke-3
4)Sazuan Ahmad (atu)               Tempat ke-4
5)Amirul Shamsudin                  Tempat ke-7 

Banyak kelemahan yang didapati pada perlumbaan kali ini,Pihak penganjur seolah2 tak pedulikan standard penganjuran, Kelemahan itu ialah pihak penganjur gagal menyediakan kelengkapan yang sepatutnya..
1)Pembesar suara tak ada..
2)Paip air tak berfungsi..
3)Cara pemarkahan terlalu lemah.
4)Keputusan tak dipamirkan,Sepatutnya semua keputusan hendak lah disertakan dengan nama rider2 dan nombor,yang diguna pakai sekarang ialah hanya nombor rider sahaja..


Moto 2,menyaksikan hafizan agus pertama,kamarul arif kedua,kamarul munir keenam..berentap bagaikan nak gila,huhuhu...

Pendek kata penganjuran bulanan yang diperuntukan oleh pihak kerajaan negeri seolah2 seperti melepaskan batuk ditangga,Seolah2 untuk memenuhi agenda sahaja,Pihak penganjur tak mampu menarik lebih banyak peserta,Seolah2 seperti ada sesuatu yang tak kena.Pihak terbabit hendaklah mengambil cakna dengan kelemahan2 yang didapati..


Pihak penganjur khususnya kerajaan negeri hendak lah membuat penganjuran yang grand setiap 6 bulan sekali dengan penyertaan dari seluruh negara.Setakat yang diketahui penganjuran dilitar Gong Badak hanya lah ditahap yang sama tanpa ada nafas baru.MUNGKIN KAH ADA SESUATU YANG MENJADIKAN LITAR INI TAK MENARIK PERHATIAN??HANYA PENGANJUR DAN KERAJAAN NEGERI YANG BOLEH MEMBERI JAWAPAN KHUSUSNYA  JABATAN YANG BERKAITAN DENGAN BELIA...sekian,(Hek eleh,xde org yg nk ambik port pun)huhuhu...





Hafizan Agus (1)
Ahmad Kamarul Arif (2)
Ahmad kamarul Munir (3)
Sazuan Ahmad (4)
Amirul Shamsudin (7)
Mohd Khairul Akil (jeng)

0 comments:

Post a Comment