Tuesday 15 January 2013

htmcc/kembara monson..

Kegiatan akhir tahun club moto HTMCC ialah kembara motor ke cameron highland pada 27-29 dis 2012 yang lalu.Jumlah semua peserta ialah 68 orang dengan 23 buah motor cup,,9 buah kereta dan 2 buah pacuan 4 roda....Tiga orang mashall telah dilantik untuk mengawal perjalanan supaya lebih licin...
Hari Pertama...
Htmcc telah bertolak pada pukul 11 pagi dengan bacaan doa oleh s/u htmcc iaitu saudara Zulkifli Ahmad  (black) Rombongan kembara telah sampai pada pukul 5 petang.Jalan yang diambil ialah lebuh raya gua Musang iaitu melalui kuala berang, sungai Gawi,Aring dan Gua Musang, Masa perjalanan mengambil masa 6 jam,satu masa yg agak lama tetapi perjalanan berkumpulan memang banyak kerenah nya.

Pada pukul 12.30 rombongan bermotor htmcc telah mengambil masa sedikit untuk singgah di santuari gajah sungai ketiar,berehat sambil bermuhasabah diri,huhuhuhu....

Pukul 5 petang rombongan htmcc sampai ketanah rata dan terus kerumah penginapan.Tempat penginapan ialah rumah penginapan persekutuan berupa asrama dengan sewanya rm150 semalam,htmcc telah menyewa 2 asrama untuk dua malam..Kos sewaan ialah rm 600...
 Hari Kedua..
Dihari kedua kegiatan tertumpu kapada lawatan ketempat2 menarik disekitar  cameron highland,Tumpuan utama ialah gunung berincang yang bersempadankan perak/pahang untuk merasa kesejukan dipuncak nya yang dibawah 15' celsius..,Mungkin kurang lengkap dimana2 rombongan ramai kalau tak melihat ladang teh,pasar berincang,ladang straberry,Agenda yang paling menarik bila berkunjung ke cameron highland ialah membeli belah dikedai2 yang berselerak ditepi2 jalan..

Dimalam hari kegiatan tertumpu kapada kegiatan berkumpulan biasa seperti menyelami malam dibandar yang berhawa dingin ditanah tinggi yang terletak digarisan khatulistiwa ini..Selain itu kumpulan kecil yang lain keluar minum2 sambil santai2 dan berangan seperti dinegara sejuk eropah,huhuhu....Good night,tidur....
 Hari Ketiga/Balik
Pada pukul 11 pagi rombongan bermotor htmcc telah berangkat balik dengan melalui jalan semasa datang iaitu lebuh raya gua musang kuala berang, melalui aring dan sungai gawi, tasik kenyir,Selamat sampai pada pukul 5 petang...

 Kos perjalanan semua nya bernilai 4000 ringgit,sebahagian dari nya datang dari ahli sendiri dan sebahagian kecil telah mendapat sumbangan dari beberapa pihak..                
 





0 comments:

Post a Comment