Friday 3 October 2014

htmcc/Litar jerangau sungai

Jerangau sungai nama sebuah kampung yang terletak di-Dungun terengganu,Kampung jerangau sungai terletak ditepi sungai dungun,Pada tahun 50an hingga tahun 80an kampung jerangau sungai merupakan tempat pesinggahan motor sungai yang berulang alik antara kampung dihulu sungai dungun seperti kampung pasir Raja ke kuala dungun.Masa yang diambil untuk memudiki sungai dungun dari kuala dungun hingga ke Kampung pasir raja ialah dua hari,Dengan sebab itu lah kampung jerangau sungai sangat penting dalam sistem perhubungan sungai dimasa itu..Penduduk dihulu sungai dungun biasa nya akan bermalam dikampung jerangau sungai sebelum meneruskan perjalanan keesukan hari nya.Dimasa itu perhubungan sungai dengan bermotor sungai sangat penting,sepenting jalan raya seperti sekarang.Pada masa sekarang kampung jerangau sungai tidak menjadi penting lagi setelah terbina nya lebuh raya jerangau- Jabur.Kampung jerangau sungai mempunyai sebuah balai polis yang besar yang baru siap dibina pada tahun 2013 yang lalu,Boleh dikatakan kampung jerangau sungai merupakan sebuah pekan kecik yang mempunyai beberapa buah kedai untuk keperluan setempat>>>>>> rasa cukup setakat itu intro untuk event motocross 03-10-2014...(klu nok cerita byk lg neh sbb penulis sgt kreatif untuk loyar buruk dlm blog,hahahaha)

Pada 3-10-2014 litar jerangau sungai telah menganjurkan satu event moto yang mempunyai beberapa katagori..
1) Katagori Cubcross open
2) Klasik open
3) Motocross Open

Seperti biasa rider2 htmcc yang mengambil bahagian ialah.
1) Kamarul Munir..
2) Kamarul Harith
Hanya  katagori Cubcross disertai oleh rider2 htmcc

Kedudukan rider2 Htmcc setelah habis perlumbaan ialah..
1) Kamarul Munir ditempat Pertama
2) Kamarul Harith di tempat ke-3...
Kalau ikut nak tulis memang banyak tapi malas,terutama nya tentang sikap penganjur yang tak sporting,Penganjur yang tak memunyai semangat kesukanan tetapi kalau tulis pun akan memburukan keadaan je,Jadi biarlah sikap sesetengah penganjur ditinggalkan dengan sikap nya,sekian terima kasih,Wassalam....

0 comments:

Post a Comment