Wednesday 22 October 2014

litar kemaman


 LITAR MAK NIK

Kemaman terletak dihujung negeri terengganu,kemaman merupakan sebuah daerah didalam negeri terengganu,Pusat pentadbiran daerah kemaman ialah bandar cukai,Selain bandar cukai, kemaman juga mempunyai beberapa buah bandar seperti Sri Bandi,kemasek kerteh dan beberapa bandar kecil dan pekan.Yang paling menonjol apabila disebut kemaman ialah bandar minyak nya iaitu kertih.Kemaman merupakan tempat pendaratan minyak yang terbesar di semenanjung Malaysia,Kemaman juga mempunyai penduduk nya yang kaya raya akibat dari terdapat nya kilang memperoses minyak.Boleh dikatakan penduduk kemaman merupakan penduduk yang paling kaya di Malaysia,Mempunyai pendapatan yang sangat tinggi berbanding dengan daerah lain di Terengganu.Kalau penduduk hulu terengganu atau daerah lain pergi ke kemaman,maka kena diperli oleh penduduk kemaman kerana miskin nya penduduk daerah lain,

Nama2 besar apabila disebut kemaman ialah teluk kalong,Geliga,mak chili,ibok dan beberapa nama tempat lain
LITAR MAK NIK PANDANGAN DARI TEMPAT TINGGI

Diceritakan kemaman mendapat nama hasil dari nama seekor binatang ia-itu kera dan dari satu jenis tumbuhan ulaman yang bernama maman,Diceritakan dizaman dahulu kala ada satu puak telah singgah dikuala sebuah sungai ia-itu sungai kemaman sekarang.Puak2 tersebut mendapati ada sejenis kera yang ekornya serupa dengan pokok maman,Mereka bersepakat menamakan tempat itu sebagai keramaman,Lama kelamaan sebutan keramaman telah bertukar kapada kemaman.Dari situ lah kemaman mendapat namanya

Selain dari bandar2 nya yang besar dan sibuk kemaman juga mempunyai tempat2 yang menarik untuk dikunjungi,tempat2 yang menarik itu ialah KUALA KEMAMAN,PANTAI KEMASIK,MINI ZOO KEMAMAN,TEMPAT MELIHAT KLIP2 DI KAMPUNG YAK YAH,dan salah satu tempat yg menarik itu ialah pantai teluk mak nik..
 CREW2 DAN MEKANIK HTMCC

PANTAI TELUK MAK NIK
Pantai teluk mak nik terletak di kemaman terengganu,Pantai teluk mak nik hanya 5 km sahaja dari bandar Cukai,Pantai teluk mak nik mempunyai pantai yang cantik dan sangat sesuai untuk beriadah kapada penduduk yang tinggal berhampiran Cukai dan kawasan sekitar nya.Diceritakan pantai mak nik mendapat nama sejak zaman Wan Empok dan Wan Malini,dizaman itu dikatakan mempunyai teknologi yang sangat tinggi,Untuk bergerak dari satu tempat dan ketempat yang lain tidak menjadi sukar,dikatakan dizaman wan empok dan wan malini teknologi nya mengatasi teknologi yang ada sekarang dan dikatakan juga dimasa itu teknologi EMP telah pun digunakan.Dizaman itu semua penduduk telah pun memanipulasikan cahaya untuk bergerak.(klu dok caya cerita amber ni sila rujuk kapada cerita wan empok wan malini)

Pada zaman tersebut ada sekeluarga bangsawan yang mendiami disekitar geliga,Keluarga tersebut sangat terkenal dan kaya raya.Semua nama ahli keluarga tersebut bermula dengan Nik terutama anak bangsawan tersebut.Dari anak yang sulung sehingga kapada anak yang bongsu.Permainan dimasa tersebut bukan lah seperti permainan dimasa sekarang,dikatakan teknologi komputer benda yang ketinggalan zaman dimasa itu,Race motor benda yang ek eleh jer.Dizaman tersebut buruan harta benda sudah tak menjadi rebutan,Orang ramai tak pandang peralatan yang maju,mungkin kerana terlalu maju membuat kan orang dah tak hirau perkara2 yang macam tu lagi.

Rebutan utama dizaman itu ialah taman yang indah,tempat yang menarik seperti pantai dan air terjun.Nak terjadi cerita pantai mak nik mendapat nama memang bersusur galur dari rebutan dimasa itu iaitu tempat yang indah.Pada suatu hari anak2 kapada keluarga bangsawan telah ketepi pantai dan terlihatlah keadaan teluk yang berpantai yang sangat indah menyebabkan mereka menamakan kawasan tersebut sebagai tempat mereka.Dimasa itu juga hurmat kapada orang tua sangat dititik berat,jadi untuk menghurmati orang tua mereka langsung pantai mak nik diberi nama sebagai pantai mak nik iaitu pantai emak kapada anak2 NIK.Begitu lah cerita asal usul pantai mak nik mendapat nama......


Walau mcm mana pun kita kena kembali ke masa sekarang kerana sehebat mana pun teknologi dizaman lampau ia nya telah menjadi sejarah,Dimasa sekarang pantai mak nik dan kawasan sekitarnya mempunyai banyak kegiatan yang dijalankan,terutama yang berkaitan dengan hidup,ada yang berniaga,ada yang berbudaya,ada yang belajar dan ada yg rilek2 tak ada kerja.Tumpuan utama blog ini ialah yang berkaitan dgn sukan,Sukan yg menjadi tumpuan pada blog ini ialah race motor,Dan race motor salah satu dari kegiatan di pantai Mak nik yang popular itu.....Ok BEREH...
BOS HTMCC EN ZULKIFLI ISMAIL

Pada 18 dan 19 haribulan oktober 2014 yang lalu pantai teluk mak nik telah menganjurkan race motor lasak iaitu kemaman international motocross,Acara ini telah dijalankan pada setiap tahun dan merupakan salah satu acara yang paling popular di Malaysia.Acara ini telah di bos kan oleh En aziz Arifin seorang yang sangat bekerjaya dan kaya.Acara ini telah dilangsungkan selama 2 hari dan telah disertai oleh rider2 dari dalam dan luar negeri.Tidak ketinggalan rider2 dari team HTMCC.
 Dari kiri.kamarul munir,kamarul firdaus,kamarul harith

Banyak katagori yang dipertandingkan yang melibatkan motocross dan Cubcross.Hanya 3 acara telah disertai oleh rider2 dari team HTMCC.
1) Cubcross Open..
2) CubcrossTertutup Terengganu..
3) CKD
KAMARUL HARITH

Acara cubcross open dan cubcross tertutup terengganu hanya dijalankan satu race sahaja,Semua acara dilangsungkan pada 18-10-2014.Acara CKD dilangsungkan 2 pusingan iaitu moto 1 dan moto 2.Acara CKD diadakan pada hari pertama dan hari ke-2 sebagai final,Dalam acara ini dikira dengan kiraan mata.
KAMARUL MUNIR

Rider2 HTMCC yang mengambil bahagian ialah.
1) Kamarul Firdaus..
2) Kamarul Munir..
3) Kamarul Harith

Acara yang disertai oleh rider2 HTMCC ialah.
1) Cubcross open.
a) Kamarul Firdaus.
b) Kamarul Munir
c) Kamarul Harith
KAMARUL FIRDAUS (berpayung)

2) Cubcross tertutup terengganu.
a) Kamarul Firdaus
b) Kamarul Munir
c) Kamarul Harith

3) CKD..
a) Kamarul Munir.
b) KamarulHarith
CHECK FLAG CUBCROSS OPEN

Kemenangan:
1)Cubcross open
a) Kamarul Munir >>>>>>>>tempat pertama.
b) Kamarul Harith>>>>>>>> tempat ke-5
c) Kamarul Firdaus gagal top ten

2) Cubcross tertutup terengganu.
a) Kamarul Munir >>>>>>>>>tempat pertama
b) Kamarul Harith>>>>>>>>> tempat ke-3
c) Kamarul Firdaus>>>>>>>> tempat ke-9
KAMARUL FIRDAUS

 3) CKD.
a) Kamarul Munir >>>>>>>>>>>>>>>tempat ke-5
b) Kamarul Harith >>>>>>>>>>>>>>>gagal top ten
KAMARUL HARITH

Analisa:
Dalam acara Cubcross rider2 HTMCC telah mendapat tempat yang baik,cuma kamarul firdaus mendapat tempat yang agak tercorot mungkin kerana penyrtaan pertama nya dan telah mengalami kerosakan jentera yang serius.Kamarul Munir telah mencapai target nya dengan mengekalkan kemenangan nya dgn lebih bergaya kerana tiada cabaran oleh rider2 lain,Kamarul Harith dalam keadaan yang agak tertekan kerana sentiasa dlm kesukaran akibat dari tekanan dari rider2 lain,Dalam acara CKD kamarul munir kurang berjaya disebabkan oleh jentera nya yang rosak teruk.(konon2nya,hahaha)
KAMARUL MUNIR

Kesimpualn nya ialah litar mak nik telah berjaya menganjurkan event ini dgn baik dgn hanya terdapat sedikit kecacatan dlm penganjuran nya dan tidak memberi bekas apa2 kapada peserta yang mengambil bahagian dan diharap litar mak nik dapat membuat dgn lebih bagus pada masa yang akan datang,SEKIAN
PODIUM CUBCROSS TERTUTUP TERENGGANU
KAMARUL MUNIR DGN TROFI KEMENANGAN
RIDER2 HTMCC DENGAN HADIAH KEMENANGAN
JENTERA YANG ROSAK
ADA TEROWONG YG JELAS

0 comments:

Post a Comment