Monday 1 June 2015

kenyir festival



Tasik kenyir memang tak payah diperkenalkan lagi kerana banyak siri2 yang lalu telah diperkenalkan tentang tasik kenyir dengan seluas2nya tetapi tasik kenyir menyimpan banyak misteri nya hingga tak mampu untuk diceritakan.Dalam siri yang lalu admin banyak menceeritakan tentang sejarah tasik kenyir,pada kali ini admin ingin menarik perhatian cerita yang agak tersembunyi dari pengetahuan umum.Cerita nya serba ringkas sahaja.

Cerita 1>>>>>> Rahsia besar (tak boleh cerita)
Cerita 2 >>>>> Rahsia besar (tak boleh cerita jgk takut CIA dan FBI datang cari Admin,jadi ceritanya akan kekal rahsia)


Walau pun cerita tasik kenyir terpaksa dirahsiakan tetapi banyak juga yang boleh diceritakan,salah satu yang boleh diceritakan ialah tentang festival kenyir  2015,Cerita ini tak ada rahsia langsung dan boleh dikongsi oleh ramai orang. Festival kenyir 2015 sedang berlangsung pada 31-5-2015 hingga 6-6-2015,banyak pengisian yang diisi untuk memenuhi pesta ini,Macam2 acara telah diatur untuk memeriahkan lagi festa tahunan tasik kenyir yg telah diadakan sejak sekian lama.Salah satu acara yang diadakan ialah race motocross yang diadakan pada 31-5-2015,Acara ini diadakan hanya untuk suka2,tak terlalu serius sangat dan disertai oleh beberapa orang rider ternama dan selebih nya dari sekitar negeri terengganu sahaja.Rider dari HTMCC memang tak ketinggalan menyertai event ini yang diadakan pada setiap tahun.

Acara:
1)      Mx  Expert
2)      Mx 30
3)      Mx Veteran
4)      Mx Endurance
5)      Junior
6)      Cubcross/CKD Open (kategori baru)

Peserta dari HTMCC.
1)      Kamarul Munir
2)      Kamarul Harith
3)      Khairul Haki
4)    Mat yie

Acara yang disertai oleh rider htmcc
Cubcross/CKD Open
1)      Kamarul Munir
2)      Kamarul Harit
3)      Khairul Haki
4)    Irwan m.zaid

Mx Endurance
1)      Kamarul Munir 

Pemenang dalam katagori Cubcross/CKD open
1)      Kamarul harith >>>>>>>>>> tempat ke-2
2)      Kamarul Munir >>>>>>>>>> tempat ke-3
3)    Khairul Haki>>>>>>>>>>>>tempat ke-6
4)    Irwan M.Zaid>>>>>>>>>>>>tempat ke-10

Katagori Open Endurance
1)  Kamarul Munir>>>>>>>>>>>Tempat ke-7

Sebenarnya rider htmcc bercadang menyertai dua katagori iaitu CKD dan Cubcross tetapi penganjur telah menyatukan dua katagori ini menjadi satu katagori sahaja jadi kekal lah rider yang mengunakan jentera cub tinggal sayup dibelakang,kesiannnnnn.

Ramai jugak cakap2 kat luar mengatakan penganjur tak adil kapada rider2 yang hanya mengunakan motor Cub,Kalau nak dihapuskan terus katagori Cubcross jangan buat naya kapada rider2nya dengan menyatukan katagori ini dengan moto yang  berkuasa lebih besar.Sepatutnya penganjur bagi tau awal2 lagi Jentera motor cub kena buat besi buruk,Aku sebagai admin hanya tersengeh je,Tak dok nok komen apa...Sekian


Sedikit aksi
katagori CKD/Cubcross

0 comments:

Post a Comment