Monday 24 October 2016

Litar kerteh


Kerteh merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah kemaman..Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis,Kg Baru, Kg Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg Mat Ikal, Kg Lama, Rasau Kerteh dan KETENGAH JAYA.
Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar laut china selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.
Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di kerteh. Antaranya ialah bandar seri kerteh,lapangan terbang kerteh,kawasan perindustrian petronas,pelabuhan kerteh,loji penapisan minyak terengganu,rantau petronas,sekolah rantau petronas,rantau mall kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu
Dibandar kerteh ini lah telah diadakan satu event kerteh motocross challenge yang telah diadakan pada 7-10-2016 dan 8-10-2016,Event ini diada sempena menyambut hari sukan negara pada tarikh tersebut. Beberapa acara telah dipertandingkan.Acara2 itu ialah:

1) CKD Endurance
2)Cubcross Open
3)CKD Open
4) MX Endurance
5)MX Junior
6)MX Veteren
7)MX Open...

litar kerteh motocross challenge..

Pada event kali ini htmcc telah menghantar dua orang peserta nya iaitu kamarul munir dan kamarul harith.Kamarul munir telah mengambil bahagian dalam tiga katagori iaitu

1)CKD Open
2)CKD Endurance..
3)Cubcross Open

Kamarul harith telah mengambil bahagian dalam katagori.

1)Cubcross open..
2)CKD Open



Kemenangan..

Kamarul Munir:
CKD Endurance>>>>>.>>>>>>>>>>>> tempat ke-2
CKD Open >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> tempat ke-3
Cubcross Open >>>>>>>>>>>>>>>>>>tempat ke-2

Kamarul Harith
Cubcross Open >>>>>>>>>>>>>>>>> tempat ke-6
CKD Open>>>>>>>>>>>>>>>>>>>xxxxxxxx  gagal

Jumpa lagi dilitar yang lain,SEKIAN

0 comments:

Post a Comment