Sunday 30 October 2016

tasik atas bukit

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh
Penulisan kali ini tidak berkait sangat dengan race motor dilitar tetapi berkaitan dengan pengembaraan angota htmcc didalam hutan.Walau macam mana pun semua penulisan htmcc memang berkait rapat dengan dunia pemotoran.

Pengembaraan pada kali ini tak sepatutnya diangkat kedalam blog kerana aktiviti htmcc telah banyak kali ketempat ini,jadi boleh dikatakan sebagai biasa2 sahaja,Walau pun biasa2,masih ramai ahli group tak sampai ketempat ni,hanya beberapa orang sahaja yg telah mencapainya.Untuk kesini mesti mempunyai kekentalan yg tinggi kerana laluan nya sangat menguji,dengan bukit tingginya,dengan jauhnya dan dengan macam2 dengan lagi.....Selepas ini semua ganti nama mengunakan sebagai  KAMI...

Tempat yang kami pergi pada kali ini telah terjumpa dalam google map,Point itu ternampak sebagai sebuah kolam,dari situ kami bercita2 untuk mencapainya,kami jugak tau untuk kesitu mesti menempah berbagai dugaan kerana tempatnya tak pasti.hutan tebal,lurah2 yang dalam serta mendaki cerun yg tinggi dan mungkin ada bapok sawa dan mungkin ada bapak gajah,hehehe..


Pada 30-10-2016 telah diadakan satu event di jengka pahang,pada event ini ramai yang telah pergi sebagai penyokong kerana beberapa org rider dari team htmcc telah mengambil bahagian.Disamping itu ramai juga penyokong yang tak dapat pergi,mungkin kerana jauh dan mungkin kerana bajet tak ada dan tidak mungkin sama sekali kerana ingin menyambut hari depavali..

Kami yang tak pergi ini lah yang membuat program sendiri untuk ketasik yang dimaksudkan didalam google map.Seawal pukul 9.00 pagi kami bertolak,Seramai hanya enam orang peserta yang mengambil bahagian,Perjalanan diambik selama 3 jam dengan bermotor kerana telah berlaku kerosakan keatas sebuah motor jadi perjalanan yang sepatutnya sejam setangah menjadi tiga jam..


Sesampai ketempat yang dituju kami terus mendaki dengan panduan google map di tablet yang dibawa.Semua jejak ditanda di tablet supaya tak sesat,Dengan mendaki cerun yang tinggi menyebabkan tempat tak dapat dikesan dengan baik oleh benda alah tu,kami telah semakin jauh dari sasaran,kami mencuba lagi ketempat yang lebih tinggi dan ternyata tasik yang kami nak tuju dah pun semakin jauh,kami mengambil keputusan untuk turun semula ketempat asal dimasa itu waktu pun dah menunjukan pukul 1.30 tengah hari,bermakna kami dah mendaki dan menurun balik dah hampir sejam setengah,bermakna sejam setengah masa dah terbuang sia2,Oleh kerana tengah hari dan dah pun lapar kami mengambil keputusan untuk makan sebelum mencari laluan lain,

Sesudah solat zohor,pukul 2.30 petang kami mula mencari laluan baru berpandukan google map,tablet dibuka pada keseluruhan nya kerana bimbang tersesat balik,kami mengambil satu titik yang paling dekat dengan tasik,skrin(m!) menunjukan tempat yang paling dekat ialah 500 meter,500 meter dalam skrin tidak menunjukan ketepatan,mungkin lebih jauh dari itu,Kami mendaki hampir pukul tiga petang,permulaan pendakian ini merupakan tempat cerun yang berkecerunan  60-70 darjah,(senang cerita,kasut mu kat muka aku).Untuk mengelakan dari tersasar jauh dari laluan, tablet dibuka sepenuhnya kerana setiap langkah penanda ditablet akan menunjukan kearah dekat atau kearah yang lebih jauh,Dengan kecerunan yang macam itu pendakian menjadi sangat payah,sebelah tangan nak pegang tab,sebelah lagi nak pegang anak2 kayu takut tergolek kebawah (hok bawa tablet je payah,hok lain tentu beruh berah2 je, ) Lima belas minit mendaki,hujan turun dengan lebat sehinggakan laluan dah tak nampak,tab terpaksa dibungkus dengan plastik (jabir plastik boh).Kami terus mendaki dengan berpandukan kapada naluri sahaja,Hampir sejam mendaki,puncak belum lagi nampak,belum nampak bermakna tasik mungkin jauh lagi (mana ada tasik terjadi dicerun,kalau terjadi dicerun,tasik tu hanya kubang babi,kalau kubang babi mana ada ternampak dalam google map).


Pukul 4 petang lebih sikit, hujan pun dah reda,kami pun dah sampai ketempat yang landai,Tablet dibuka dibawah daun lat dan penanda di skrin telah menunjukan kami dah sampai ditasik,Semua anggota dah jadi macam orang gila,terselak kat situ dan selak kat sini mencari tasik,kerana penanda dah menunjukan kami semua dah ada didalam tasik,tercari2 tasik kami terjumpa dibawah semak samun,kami cari lagi ditempat yang boleh snap gambar dan hasilnya seperti gambar kat bawah ni..



Hanya lebih kurang 15 minit sahaja kami disitu,kami mengambil keputusan untuk turun balik kebawah sebab hari dah gelap dan agak berkabus,Walau 15 minit kami sempat snap gambar beberapa keping gambar untuk buat bukti bahawa kami memang sampai kat situ.Nak memancing memang tak patut kerana hari pun dah lewat.

Hanya  setengah jam lebih sikit kami menurun,kami sampai kebawah pada pukul 5.00 petang.Sampai sahaja kebawah, kami start motor dan menunggang balik dengan kelajuan yang sangat tinggi,hanya masa menurun ditempat yang bahaya sahaja kelajuan dikurang,takut tergolek kedalam tasik kenyir (perlu juga diketahui ditengah perjalanan terpaksa melalui hampir dengan tasik kenyir,Ditempat tersebut kecerunan dalam 80 darjah,maksudnya hampir menegak dan laluan pula hanya 15-20 kaki  sahaja.)


Kami sampai dikampung pada pukul 6.30 petang,mengambil masa sejam setengah..SEKIAN


Catitan:kalau pergi ramai2,mungkin mengambil masa yang lama untuk pergi dan masa yang lama juga untuk balik.Kami berbangga kerana sampai kat tasik ni hanya berpandukan dengan tablet je..

0 comments:

Post a Comment