HTMCC

HULU TERENGGANU MOTORCROSCUBCROSS CLUB (HTMCC) was established officially on April 7, by, Malaysian Sports Commissioner with registration no: 4...443/2011. The objective of establishing this club is to produce positive characteristics of human capital in terms of mental, psychologically resilient and disciplined. In addition, it also aims to address and reduce social problems among local youth.

Saturday, 23 February 2013

htmcc/gong badak

Perlumbaan motocross dan cubcross meneruskan agenda bulanan nya dilitar gong badak pada 23hb feb 2013,Seperti biasa perlumbaan ini telah disertai oleh pelanggan utama nya dari club moto htmcc,Bleh dikatakan pada setiap kali perlumbaan dilangsungkan dilitar ini, rider2 dari htmcc akan menyertai nya...

Katagori yang dipertandingkan ialah:
1) Cubcross open
2) CKD


Start dalam katagori cubcross akhir

Rider2 htmcc yang mengambil bahagian ialah:
1)Ahmad Kamarul Munir Rashid..
2)Ahmad Kamarul Arif  Rashid
3)Hafizan Agus
4)Sazuan Ahmad
Aksi Ahmad Kamarul Munir
 Aksi kamarul arif
 Pemenang nya 
1)Ahmad Kamarul Munir          Tempat pertama
2)Ahmad Kamarul Arif              Tempat ke-3
3)Sazuan Ahmad (atu)               Tempat ke-5

 You tube menunjukan rider2 sedang berentap

 Ahmad kamarul Munir di check flag
Tenguk kapal terbang kejap..
 
Agak malang kerana hafizan agus gagal meneruskan perlumbaan kerana kerosakan jentera...
Ahmad kamarul Arif di check flag
 Pegawai yg check nombor.Macam kenal je,mungkin pegawai import...

Sedang membuat kiraan.. Pegawai ni duk tya2mcm mana nak buat kiraan,
 Tempat pertama
 Tempat ke-3
 Tempat ke-5

Monday, 18 February 2013

htmcc/bakor kambing


 Ucapan alu2an..

Majlis yang diadakan mengambil sempena dari kemenangan yang telah diperolehi oleh club htmcc pada tahun 2012 dan dikatakan juga sempena dengan kemenangan kejohanan futsal oleh pemuda2 kampung bukit  gemuroh,Beberapa acara telah diatur seperti tumbuk emping dan wayang bisu(huhuhu).
Hambeeek kau!!!!,terkangkang kambing bakor,huhuhu..

Beberapa orang kenamaan telah hadir bagi menyerikan majlis tersebut,Mereka ialah Yb Haji Rozi Mamat selaku ahli exco kerajaan negeri terengganu,Selain itu ialah yang berbahagia YDP MDHT Tuan Haji Talaha Ali..
 Second bos htmcc duk jaga kambing bakor,huhuhu.

.Kebanyakan dari Ahli2 club htmcc telah hadir untuk  menjayakan majlis yang diadakan untuk meraikan kemenangan yang telah mereka perolehi sambil menghabiskan kambing bakor.Boleh dikatakan semua Ahli club kuat makan jadi dengan mudah kambing yang kecik dapat dihabiskan dengan mudah tanpa ada masalah....huhuhu..


Pada tahun 2012 yang lalu beberapa orang rider telah memenangi kejohanan yang telah disertai.Mereka2 yang berjaya ialah,
1)Ahmad kamarul Munir, Lebih dari dua puluh kali
2)Ahmad Kamarul Harif   Enam kali kemenangan
3)Hafizan Agus                  Lima kali kemenangan
4)Mat akil                           Beberapa kali kemenangan
5)Amirul Anuar                  Beberapa kali kemenangan
6)Sazuan Ahmad                Beberapa kali kemenangan..
Fulamak!!!! bendahari pun jaga kambing jgk,macam mana nok makan ni,huhuhu
  Memang tak bleh nok makan,sbb ramai sgt yg jaga...
 Sampai licin,kan doh kena maroh tu..
Sesudah licin,makan ayam pulok...
 Berebut hok sikit
 Chiko senyum lebar sbb rider2 htmcc telah memenangi byk kejohanan yg disertai walau pun dok dang makan kambing bakor..
Sedih sbb kambing bakor dok cukup huhuhu..

Saturday, 9 February 2013

htmcc/di-bulan berbasikal 2013

 Htmcc telah dijemput untuk memeriahkan  lagi acara program bulan berbasikal 2013 dengan diminta untuk mempamirkan motor2 yang telah digunakan pada perlumbaan yang telah team dari htmcc sertai.. Program ini telah diadakan  dibandar kuala berang ditapak pasar malam/padang astaka pada jam 9pagi -3.00 petang 09-01-2013...Program ini telah dianjurkan oleh kerajaan negeri terengganu dengan kerjasama pejabat daerah hulu terengganu dan dirasmikan oleh Pengerusi jawatankuasa belia dan sukan  negeri terengganu iaitu Tuan Haji Rozi Mamat...
 Acara Majlis:
                      10.30-ketibaan konvoi dari terengganu ke-Ajil
                      11.00-Konvoi Ajil ke kuala berang.
                       2.30  Konvoi dilepaskan ke-kuala terengganu








Friday, 18 January 2013

htmcc/gong badak

Selamat tahun baru diucapkan kapada pembaca blog aku,semoga tahun 2013 membawa keberkatan dan dimurahkan rezeki kapada semua..

Sebagai pembuka tirai tahun  2013 htmcc telah menyertai perlumbaan pertamanya pada tahun ini dilitar Gong Badak Terengganu,Acara ini ialah rutin bulanan yang mesti diadakan..

Katagori yang dipertandingkan ialah:
1) Cubcross open
2) Motocross open

Seperti tahun2 yang lalu htmcc menyertai dalam katagori cubcross open. Rider2 yang mengambil bahagian ialah:
1)Ahmad Kamarul Munir Rashid..
2)Ahmad Kamarul Arif  Rashid
3)Hafizan agus
4)khairul akil shafii
5)sazuan Ahmad
6)Amirul shamsudin

 Start dalam katagori cubcross open 18 hb jan 2013...
 Pemenang nya
1)Hafizan Agus                         Tempat pertama
2)Ahmad Kamarul arif              Tempat ke-2
3)Ahmad Kamarul Munir         Tempat ke-3
4)Sazuan Ahmad (atu)               Tempat ke-4
5)Amirul Shamsudin                  Tempat ke-7 

Banyak kelemahan yang didapati pada perlumbaan kali ini,Pihak penganjur seolah2 tak pedulikan standard penganjuran, Kelemahan itu ialah pihak penganjur gagal menyediakan kelengkapan yang sepatutnya..
1)Pembesar suara tak ada..
2)Paip air tak berfungsi..
3)Cara pemarkahan terlalu lemah.
4)Keputusan tak dipamirkan,Sepatutnya semua keputusan hendak lah disertakan dengan nama rider2 dan nombor,yang diguna pakai sekarang ialah hanya nombor rider sahaja..


Moto 2,menyaksikan hafizan agus pertama,kamarul arif kedua,kamarul munir keenam..berentap bagaikan nak gila,huhuhu...

Pendek kata penganjuran bulanan yang diperuntukan oleh pihak kerajaan negeri seolah2 seperti melepaskan batuk ditangga,Seolah2 untuk memenuhi agenda sahaja,Pihak penganjur tak mampu menarik lebih banyak peserta,Seolah2 seperti ada sesuatu yang tak kena.Pihak terbabit hendaklah mengambil cakna dengan kelemahan2 yang didapati..


Pihak penganjur khususnya kerajaan negeri hendak lah membuat penganjuran yang grand setiap 6 bulan sekali dengan penyertaan dari seluruh negara.Setakat yang diketahui penganjuran dilitar Gong Badak hanya lah ditahap yang sama tanpa ada nafas baru.MUNGKIN KAH ADA SESUATU YANG MENJADIKAN LITAR INI TAK MENARIK PERHATIAN??HANYA PENGANJUR DAN KERAJAAN NEGERI YANG BOLEH MEMBERI JAWAPAN KHUSUSNYA  JABATAN YANG BERKAITAN DENGAN BELIA...sekian,(Hek eleh,xde org yg nk ambik port pun)huhuhu...





Hafizan Agus (1)
Ahmad Kamarul Arif (2)
Ahmad kamarul Munir (3)
Sazuan Ahmad (4)
Amirul Shamsudin (7)
Mohd Khairul Akil (jeng)

Tuesday, 15 January 2013

htmcc/kembara monson..

Kegiatan akhir tahun club moto HTMCC ialah kembara motor ke cameron highland pada 27-29 dis 2012 yang lalu.Jumlah semua peserta ialah 68 orang dengan 23 buah motor cup,,9 buah kereta dan 2 buah pacuan 4 roda....Tiga orang mashall telah dilantik untuk mengawal perjalanan supaya lebih licin...
Hari Pertama...
Htmcc telah bertolak pada pukul 11 pagi dengan bacaan doa oleh s/u htmcc iaitu saudara Zulkifli Ahmad  (black) Rombongan kembara telah sampai pada pukul 5 petang.Jalan yang diambil ialah lebuh raya gua Musang iaitu melalui kuala berang, sungai Gawi,Aring dan Gua Musang, Masa perjalanan mengambil masa 6 jam,satu masa yg agak lama tetapi perjalanan berkumpulan memang banyak kerenah nya.

Pada pukul 12.30 rombongan bermotor htmcc telah mengambil masa sedikit untuk singgah di santuari gajah sungai ketiar,berehat sambil bermuhasabah diri,huhuhuhu....

Pukul 5 petang rombongan htmcc sampai ketanah rata dan terus kerumah penginapan.Tempat penginapan ialah rumah penginapan persekutuan berupa asrama dengan sewanya rm150 semalam,htmcc telah menyewa 2 asrama untuk dua malam..Kos sewaan ialah rm 600...
 Hari Kedua..
Dihari kedua kegiatan tertumpu kapada lawatan ketempat2 menarik disekitar  cameron highland,Tumpuan utama ialah gunung berincang yang bersempadankan perak/pahang untuk merasa kesejukan dipuncak nya yang dibawah 15' celsius..,Mungkin kurang lengkap dimana2 rombongan ramai kalau tak melihat ladang teh,pasar berincang,ladang straberry,Agenda yang paling menarik bila berkunjung ke cameron highland ialah membeli belah dikedai2 yang berselerak ditepi2 jalan..

Dimalam hari kegiatan tertumpu kapada kegiatan berkumpulan biasa seperti menyelami malam dibandar yang berhawa dingin ditanah tinggi yang terletak digarisan khatulistiwa ini..Selain itu kumpulan kecil yang lain keluar minum2 sambil santai2 dan berangan seperti dinegara sejuk eropah,huhuhu....Good night,tidur....
 Hari Ketiga/Balik
Pada pukul 11 pagi rombongan bermotor htmcc telah berangkat balik dengan melalui jalan semasa datang iaitu lebuh raya gua musang kuala berang, melalui aring dan sungai gawi, tasik kenyir,Selamat sampai pada pukul 5 petang...

 Kos perjalanan semua nya bernilai 4000 ringgit,sebahagian dari nya datang dari ahli sendiri dan sebahagian kecil telah mendapat sumbangan dari beberapa pihak..